Tuesday 13 August 2013

RAHSIA DI SEBALIK PEMBELOTAN KELUARGA ARAB SAUDI (1) Putera Khalid bin Farhan Al-Saud.



RAHSIA DI SEBALIK PEMBELOTAN KELUARGA ARAB SAUDI (1) Putera Khalid bin Farhan Al-Saud.

Ini bukan kali pertama kritikan terbuka terhadap keluarga Diraja Arab Saudi.. Sebelum ini pun dah ada. Tetapi tak banyak. Bukan seperti di Negara kita atau di Negara-negara yang mengamalkan demokrasi.

Sebelum ini pun, sudah timbul isu Putri Ameerah,  isteri dari Putra Talal  yang memperjuangkan hak-hak wanita Arab Saudi yang selama ini dibelenggu oleh  undang-undang kerajaan. Tetapi itu suara wanita. Sekuat mana pun dia menjerit, lelaki boleh buat dengar tak dengar jew.

Kini telah muncul suara baru (suara orang muda) yang lebih lantang dan berani. Nama beliau ialah Putra Khalid bin Farhan al-Saud. Pada 27/7/2013, Sabtu, dia telah menyatakan pembelotannya pada keluarga kerajaan Saudi.



Sebelum saya pergi lebih jauh, elok kalau anda dapat dengar beberapa perkara yang saya dengar.

[1] Saya pernah bercakap dengan seorang ustaz yang menetap di Mekah. Katanya, di sana (Arab Saudi) tidak boleh ada perkumpulan melebihi 3 orang. Maknanya, tak boleh berkumpul beramai-ramai untuk buat tahlil atau sebarang aktiviti agama.

[2] Kata seorang rakan saya yang pernah belajar di Mesir. Jangan sesekali cuba mengkritik kerajaan Arab Saudi, kerana perbuatan tersebut sangat bahaya. Saya cuba mendapatkan status bahaya itu, tetapi dia diam sahaja. Bila saya mendesak, jawapannya benar-benar mengejutkan saya. Masyaaallah.

Maka sekalung tahniah saya ucapakan kepada Puteri Ameerah. Juga kepada orang muda seperti Putera Khalid bin Farhan ini.

Walau bagaimanapun, kita jangan mudah percaya kepada kata-kata yang merupakan pembelotan ini. Boleh jadi dia merajuk dengan apa yang dia tidak dapat. Atau boleh jadi dia menjadi alat kepada kelompok-kelompok tertentu untuk menentang kerajaan.

Serangan itu ditulis menggunakan twitter (berpusat di London) bersama penulis Mujtahid dan Saad Al-Faqih yang juga merupakan seorang pembelot. Pelbagai pengalaman pahit selama dalam kekuasaaan pemerintahan kerajaan Arab Saudi diungkapkan.

Dan dalam pernyataannya juga, Putera Khaled menyatakan kebanggaannya telah membelot dari keluarga kerajaan.

Bukan hanya itu sahaja, dia juga menyeru putra-putra raja yang lain untuk bergabung dan berani memecah kebisuan dan mengungkapkan kebenaran demi Allah..

Rasa bersyukur kepada Allah swt juga diucapkannya yang telah membantu memahami “kebenaran” rejim Saudi melalui pengalaman pribadi yang mengerikan yang juga dirasakan orang-orang di negerinya semenjak masa kecil.

MARI BEREHAT SEBENTAR (1)
Mari kita rehat sebentar. Mari kita berfikir secara matang. Apakah bentok-bentok kezaliaman yang telah dialaminya semasa di bawah pemerintahan Kerajaan Arab Saudi?

Dia tidak menyatakan dengan tepat apakah bentok kezaliman itu? Kalau ditanya kepada para remaja Malaysia sekalipun, tentu mereka menjawab Kerajaan Malaysia juga zalim dan tidak adil.

ADAKAH ANDA FAHAM MAKSUD SAYA?
Saya bagi contoh mudah. Mereka tidak suka dipaksa mengikuti PLKN, belajar sekolah 5 hari seminggu, menunggang motorsikal tidak melebihi 90 km/j, mesti pakai topi kelendar dan sebagainya.

Kalau kata-kata Putra Khaled bin Farhan diterimapakai tanpa tapisan atau analisa mendalam, tentu kata-kata itu membawa 2 makna berikut.

[1] Dia itu seorang yang bodoh. Makna kebodohan itu pula merangkumi 3 perkara. (a) Bertindak tanpa pertimbangan akal yang sehat, (b) Tidak merujuk kepada ibubapa atau orang tua sebelum mengeluarkan kenyataan dan (3) Sengaja menempah penyakit (pasal) dengan pihak pemerintah itu sendiri.

[2] Dia seorang yang tidak kuat pendirian (terikut-ikut). Ini dapat dibuktikan melalui 3 perkara berikut pula. (a) Menulis secara maya (twitter), (b) bersahabat dengan pembelot yang mendorongnya menjadi pembelot pula dan (3) mereka-reka alasan untuk membelot.

ANGGAPANNYA DALAM TWITTER
Dia menganggap negara Saudi sudah tidak berdiri atas aturan Allah atau kemapanan sebuah negara. Segala kebijaksanaan, keputusan semata-mata didasarkan kehendak pemimpin pribadi. Semua yang dikatakan tentang hukum dan aturan agama hanyalah kepalsuan yang dibalut dengan kepura-puraan mentaati ajaran islam.

MARI KITA BEREHAT SEBENTAR (2)
Kita tidak pasti samada Putra Khaled ini bermahzab Wahabi atau Sunni atau Syiah. Kalau Sunni, maka maka dia belajar dari siapa. Kalau Syiah, mana gurunya. Ada sesuatu yang lucu dari percakapannya.

Kalau dia Wahabi, maka apa yang dilakukan oleh Kerajaan Saudi adalah wahabi sepertinya. Apa yang salah menurutnya?

Dia tidak memberikan contoh-contoh tepat di dalam pembelotannya. Ayatnya tergantung, kata-katanya tidak jelas dan maksudnya tidak sampai.

NEGARA MILIK PERIBADI
Lebih jauh dia juga mengkritik kerajaan yang menganggap negara adalah milik pribadi dan membungkam suara-suara dari dalam atau luar pemerintah untuk melakukan perubahan atau reformasi..

Dikatakannya juga bahawa negara hanya memikirkan kepentingan pribadi dan tidak memikirkan kepentingan rakyat bahkan keamanan nasional..

MARI BEREHAT SEBENTAR (3)
Ada 3 perkara yang disentoh. (1) Kronisme, (2) Menutup peluang bersuara & (3) bukan Negara berkebajikan.

Saya tidak mempunyai maklumat cukup untuk mengupas isu-isu di atas secara mendalam. Tetapi saya nak jawab mudah sahaja. Kronisme tidak salah kalau memang kaum keluarga berkelayakan dan berkemampuan melaksanakan tugas.

Peluang bersuara di Arab Saudi tidaklah tertutup 100%. Mereka ada parlimen untuk bersidang dan berbahas. Rakyat pun boleh bercakap di kedai-kedai kopi macam kita. Tetapi faham-faham sahajalah. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Kalau cakap berdegar-degar macam samseng, macam gangster, saya sendiripun tak suka.  Pandai-pandailah jaga akhlak. Awasilah sopan santun. Suara kita adalah benchmark (penanda aras) akhlak kita.

Tentang kemaslahatan rakyat, saya hendak bantah sikit. Saya pernah menonton rencana tentang pembangunan di Jeddah, Arab Saudi. Kemudahan rakyat disediakan dalam semua perkara. Tak ada yang tak cukup melainkan cukup semuanya. Bahkan saya rasa di tempat-tempat lain sekalipun, keadaan adalah sama.

KALAU MELAYAN NAFSU
Kalau Putra Khaled mengkritik kerajaan (Keluarga Saud) mengikut nafsunya, memang dia takkan berpuas hati sampai ke mati. Anda boleh melihat bagaimana kritikan-kritikannya akan menzahirkan siapa dirinya yang sebenar.    

Saya cuma bimbang bahawa dia menjadi alat kepada kumpulan-kumpulan pembelot sahaja. Kalau itu berlaku, maka keadaan dirinya, keluarganya & masa depannya adalah sesuatu yang sangat buruk.

KRITIKAN-KRITIKAN LAIN
Masalah serius mengenai korupsi politik dan kewangan serta penyalahgunaan kekuasaan juga menjadi sorotan kritikannya..Tidak terkecuali yang terjadi di parlimen maupun di pengadilan negara tersebut.

Pangeran Saudi itu juga menjelaskan, segala sesuatu yang dikatakan oleh oposisi pro-reformasi mengenai politik, ekonomi, peradilan negara, sosial dan kondisi keamanan serta penyalahgunaan mereka atas nilai-nilai agama adalah benar. Bahkan menurutnya lebih buruk dari apa yang dinyatakan oleh oposisi pro-reformasi..

MARI BEREHAT SEBENTAR (4)
Apa yang dia tulis di Twitter itu seolah-olah seperti dia sedang melalui pengalaman itu satu persatu. Adalah janggal untuk orang muda sepertinya tahu semua perkara, kecuali….

KECUALI ada pembelot di sisinya menceritakan apa yang patut ditulis. Kami tidak mengkehendaki ketegangan antara Putra Khaled dan keluarga besarnya. Bahkan kami sangat mengharapkan supaya semuanya hidup harmoni.

MENGAKHIRI TULISANNYA
Mengakhiri tulisannya, Putra Khalid mengajak orang-orang yang masih peduli dengan keadaan masa depan negaranya untuk bergabung dengan gerakan reformasi untuk membongkar korupsi (rasuah) yang bermaharajalela di kerajaan Saudi..

MENGKAHIRI TULISAN KAMI
Kami tidak pasti tentang maksud korupsi (rasuah) yang disebutkan di atas. Tetapi fikiran kami lebih senang menjelaskan begini. Negara kaya seperti Arab Saudi tentunya mempunyai bilangan kes rasuah yang sangat kecil (10%). Atau ia mungkin menjadi sangat besar (sebesar 90%) jika disebarluaskan oleh kumpulan yang anti kepada Arab Saudi.

JAWAPAN SAYA PALING AKHIR
Bila nanti Al-Mahdi muncul, kekacauan dan perbalahan kaum akan terjadi di Arab Saudi. Sebab utama ialah kerana perebutan merebut kuasa.

Alangkah indahnya kalau Wahabi mengambil pendekatan zuhud untuk seluruh keluarga Saud. Jadikan mereka raja-raja kami dari kalangan orang miskin yang pernah hidup miskin dan lapar kebuluran.

RABU 14/8/2013

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bermula Othmanniah Turki lemah Lawrance Of Arabia catur angkara.
    Pakatan Dajjal Yahudi British Nasara Iluminati Bani Saud senyum mula.
    Akhirnya bertahtalah Bani Saud bermaharaja-lela hahaha... dia ketawa.
    Terdirilah ikatan Pakatan Dajjal Yakjod Makjod jasa mereka dia ngak lupa.
    Terpelanting Keluarga AsSyariff keJordan mengemis royalti padan muka..
    Pesan Zulqarnaen ha3... jangan kamu usik itu harta AlHussein ampunya.

    ReplyDelete