Thursday, 18 July 2013

IMAM MAHDI (5) Kisah-kisah relevan masakini.

 
Kami akan menyambung kisah dari tajuk IMAM MAHDI (Siri 1, 2,3 & 4) yang lepas. Tetapi kali ini kami menggunakan tema “kisah-kisah relevan masakini”. Memang kemunculan Al-Mahdi sudah sangat dekat. Tunggu waktunya sahaja bila King Abdullah Arab Saudi akan meninggal dunia.

Konflik Syria sudah berlaku dan belum diketahui hujung kisahnya. Mesir pula bergolak dan belum diketahui nasib Ikhwanul Muslimin (IM) yang tertindas. Sekarang King Abdullah sakit tenat dan sedang menunggu waktu kematiannya.

Kami tidak tahu bilakah waktu kematiannya. Tetapi kami mendapat isyarat bahawa di antara tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi ialah bila berlakunya perbalahan kaum (kabilah) di Arab Saudi akibat kematian raja mereka. 

Tetapi anda mesti ingat bahawa pada saat kemunculannya, dunia akan jadi penuh huru-hara. Lebih huru-hara & hiruk pikuk daripada sekarang. Pembunuhan manusia berlaku sewenang-wenangnya. Penyembelihan, perogolan, pemerkosaan dan sebagainya lebih teruk daripada sekarang.

Lebih teruk daripada itu, ia akan berlaku di Mekah dan Madinah. Keadaan umat Islam akan jadi lebih kucar-kacir.

Memang kita gembira mendengar nama Imam Mahdi. Tetapi adakah anda yakin anda akan jadi pengikut dan pembelanya?
Sekarang Yahudi dan agen-agen Dajjal bersorak melihat penderitaan kita di Syria. Islam sesama Islam bertempur dan berbunuh-bunuhan. Mereka juga terkinja-kinja kegembiraan melihat dua puak yang bertentangan bertempur di Mesir.

Lebih gembira lagi bagi mereka, tentera Mesir dapat diperbodohkan & diperalatkan untuk membunuh mereka yang menentang penggulingan Presiden Mursi yang sah.

Dan mereka tentu lebih gembira bila umat Islam berperang dan berbunuh-bunuhan di Haramain (Mekah & Madinah).

Maka apakah maksudnya yang anda mengatakan yang anda gembira dengan kemunculan Imam Mahdi? Adakah anda akan membelanya? Atau anda akan jadi pengikut As-Sufyani yang menentangnya di akhir zmaan nanti?    

Kami memang nak menulis panjang lebar tentang peperangan di zaman Al-Mahdi. Tetapi kami merasa ia semacam mendahului (proaktif). Imam Mahdi itu sendiri belum muncul, maka eloklah kalau kami dapat menulis seputar kisah-kisah masa kini yang lebih relevan.

DI MANA DIA SEBENARNYA?
Di manakah Imam Mahdi sekarang ini? Sangat payah  menjawab soalan ini sebenarnya. Ia semacam tulang yang terlekat di tenggorakan. Kalau dibiarkan, sakit rasanya. Kalau diusahakan, pun sakit juga rasanya.

Saya cadangkan anda membaca blog MENCARI DAMAI DI LANGITMU (MDLM), kepunyaan abah. Kalau nak pergi ke sana, elok anda cari Mybloglist saya di hujung setiap post saya.

Elok anda baca post beliau bertajuk APA MAKSUD KEDATANGAN JEREBU & RAHSIA JEREBU MASAKINI (Siri 1 & 2).  

Setengah orang berpendapat Al-Mahdi itu berasal dari Mesir. Ada orang kata dari Palestin. Setengahnya mengatakan ada kat Iraq. Paling ramai mengatakan dia berasal dari kaum Pashtun, Afghanistan.

Ada orang kata berasal dari Nusantara (Asia Tenggara), termasuk saya. Tetapi saya ada pendapat saya sendiri. Saya tak suka mengikut membabi buta pendapat orang lain. Kalau perlu, saya memerlukan perbahasan dan kajian.

Anda boleh percaya kepada saya. Dan anda juga boleh menolak saya. Saya percaya, setiap yang benar pasti selamanya benar. Setiap yang salah, pasti roboh dan musnah.

Elok anda membacanya dengan teliti dan terperinci.   

Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa setelah menakluki negeri Hijaz (maksudnya Arab Saudi), Imam Mahdi akan menuju ke selatan Iran tempat beliau akan menemui tentera dan masyarakat Iran yang dipimpin oleh Al Khurasani dan Shuaib bin Saleh.

Walau bagaimanapun, pendapat di atas hanyalah pendapat Kaum Syiah. Mereka maksudkan Al-Khurasani itu sebagai Syeikh Bani Sadr Al_Moqtadar & Shuaib bin Salleh sebagai Abu Shaleh Ubaidah. Kedua-duanya Syiah dan kami menolaknya dari ASWJ.

Kalau benar bahawa Al-Mahdi akan pergi ke sana, maka maksudnya ialah bahawa dia bertemu dengan Pemuda Bani Tamim (PBT) yang bergelar Syuaib bin Salleh dan juga Pemuda Bani Hasyim (PBH). Di sana mereka akan membaiat dan bergabung bersama Al Mahdi untuk melakukan pertempuran dengan kekuatan yang memusuhinya di Basrah, Iraq.

Di kota itu mereka akan mendapatkan kemenangan besar. Kemudian Imam Mahdi akan memasuki wilayah Iraq yang lain, setelah mententeramkan suasana dan memerangi sisa-sisa kekuatan As-Sufyani. Lantas, al Mahdi juga akan memerangi puak-puak Khawarij, dan menumpaskan mereka. Dan akhirnya Imam Mahdi akan menjadikan Iraq sebagai pusat pemerintahan dan Kufah sebagai ibu kota. Dengan cara ini beliau mempersatukan Yaman, Hijaz, Iraq, Iran dan negeri-negeri lain di bawah penguasaannya.

Kita berhenti sekejap dan akan menyambung kembali pada siri akan datang. Jumpa lagi. Insyaallah.

JUMAAT 13/7/2013.

3 comments:

  1. IMAM MAHDI (5) KESAH2 RELEVAN MASAKINI... Manusia cuma pintar mengaitkan kesah2 dan isu2 semasa dlm pencarian bukti2nya AlMahdi. Maka ujudlah topik Kesah2 Relevan Masakini... Namun kesah2 riwayat2 sejarah2 Ahlulbait dimasa silem telah terpendem hingga dilupakan. Sejarah Ahlulbait telah banyak diselewengkan, dipalsukan, hilang dari sejarah dan kebeneran...

    KESAH SILAM 3 BERSAUDARA... Hingga dibukakan dipecahkan semula, itu pun hanya sedikit... Bermula riwayatnya telah dikhabarkan : "Hahaha... jangan kamu usik itu harta, itu harta AlHussein yg ampunya..." Karena kerakusan ketamakan Sang Kakak saudara sekandongannya, kesemua harta hak AlHussein dibolotnya. Lantas akhirnya dipulun pula oleh Sang Debab anak saudaranya. Karena perebutan harta pusaka dan tahta, akhirnya terputuslah sudah ikatan 3 bersaudara...

    Gara2 sengketa 3 bersaudara ribuan tahun lamanya, akibatnya akhirnya Sang Dajjal pula telah merampok harta, telah bertahta bermaharaja-lela.... Nah sekarang kalian bisa meneruskan kajian renungan carian kesah2 sekarang masakini, yg relevan dgn kebangkitan Imam Mahdi AS...


    ( Sekian sedikit keluhan dari Habib Hussein Lampoyang - Jamalullail Cairostan - Wowww...!!! )

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kiat perbanyakkan hadiah
    Surah Al fatihah dan surah alikhlas
    kepada imam mahadi

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete