Mari kita baca
sebuah hadis tentang peristiwa akhir zaman. Ia sebagai tanda bahawa Imam Mahdi
itu sentiasa dipelihara Allah dan dijaga Allah dari segala sesuatu yang cuba
menyakitinya.
Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga
apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian
tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bahagian depan
kepada pasukan bahagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan
bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan
mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim,
Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)
Ini bukan cerita dongeng tetapi cerita yang pasti berlaku.
Cerita itu juga menjadi tanda pemisah antara 2 orang yang bersengketa, yang
masing-masing mengaku dari keturunan mulia Rasulullah SAW.
As-Sufyani itu adalah pemerintah majority jazirah Arab, yang
dikenali oleh segenap orang Arab & tersohor namanya hingga ke Negara-negara
Teluk. Dia mempunyai kerajaan & wilayah kekuasaan.
Al-Mahdi itu pula seorang lelaki yang tidak dikenali. Ia
mungkin orang Arab atau orang Ajam. Ia mungkin berasal dari Arab Saudi atau
Iraq atau Iran atau Mesir atau dari mana sahaja.
Ia tidak terkenal sebagai pemerintah. Dia tidak tersohor
sebagai ulamak. Dia lelaki pincang & gagap. Tidak ada yang mengenalnya
kecuali para wali dan para asoib yang terbuka mata-batinnya.
Kedua-duanya mengaku sebagai ahlul bait. Tidak ada yang betul
kecuali salah seorangnya ditolong Allah dengan seruan dari langit pada malam 23
Ramadhan. Dengan pengumuman itu, maka jelaslah kepada seluruh dunia bahawa
Al-Mahdi sebenar telah muncul.
Tetapi tidak semua orang dapat ke Mekah dan menyaksikan
keberadaannya. Maka berlakulah pembenaman Al-Baida (maksudnya tenggelam askar
As-Sufyani di Baida) sebagai petunjuk kepada kebenaran Al-Mahdi.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam
Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Difahami bahawa
perlantikan Imam Mahdi (Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan
Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan
berlaku.
Dalam hadis yang
disebutkan di atas, Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun.
Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi
kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah
kekuasaanya.
Kemudian ada satu
perkara yang sampai sekarang, masih menjadi misteri kepada kita semua. Apakah
nama sebenar Imam Mahdi itu?
Sekiranya nama
baginda itu Muhamad bin Abdullah (seperti yang tersebut pada hadis), maka nama
itu tentunya dapat menarik Yahudi dan Agen-agen Dajjal untuk datang kepadanya
& menyembelihnya.
Namanya tentu
sesuatu yang agak sukar untuk difahami secara biasa. Saya tertarik dengan satu
andaian yang namanya mungkin Wan Muhamad bin Wan Abdullah, Pangeran Muhamad
Pangeran Abdullah, Muhamad Ibrahimovic Abdullah, Ahmad Sulton bin Abdullah
Al-Maliki atau apa sahaja nama yang membawa erti yang sepadan dengannya.
Sesungguhnya,
Al-Mahdi itu adalah lelaki misteri yang sukar dicapai oleh sesiapa sahaja.
Sebelum dia ke Mekah, dia tentunya seorang lelaki yang telah banyak menjalani
ujian-ujian batin untuk mengukuhkan kerohaniannya. Saya harap anda telah
memahaminya tanpa saya menghurai lebih lanjut.
Al-Mahdi adalah seorang lelaki yang baik kepada semua
orang. Dia tidak suka mencemuh yang tua atau yang muda, yang alim atau yang
jahil, manusia baik atau manusia jahat. Bahkan kepada binatang atau tunggul
kayu sekali pun.
Barangsiapa yang berkawan dengannya, atau yang bersahabat
dengannya, atau yang dapat bercakap dengannya, nescaya dapat merasa kelembutan
akhlaknya. Dia tidak akan menyia-yiakan anda sama sekali. Bahkan tidak akan
memburuk-burukan anda sedikitpun. Bahkan tidak ada niat kotor sedikitpun kepada
anda.
Sekarang mari kita melihat kepada diri kita sendiri.
Kefasikan diri kita sudah jelas kelihatan pada diri kita sendiri, walaupun
Allah SWT. menyembunyikannya daripada orang lain. Maka dengan demikian, tahulah kita bahawa
kita adalah yang paling fasiq kerana melihat kefasikan kita termasuklah yang
tersembunyi, lebih banyak daripada orang lain.
LIHATLAH KEBURUKAN DIRI SENDIRI, JANGAN SUKA MELIHAT
KEBURUKAN ORANG LAIN.
LIHATLAH KEBAIKAN ORANG LAIN TERHADAP KITA, JANGAN
MELIHAT KEBAIKAN KITA SEMATA-MATA.
Sesiapa yang tidak melaksanakan perjanjian ini, nescaya tidak
mampu untuk melaksanakan perjanjian-perjanjian ketaatan yang lainnya, kerana
sesiapa yang sentiasa melihat keburukan makhluk, nescaya akan memandang hina
kepadanya dan merendah-rendahkan hak-hak mereka, serta tidak dapat mengambil
manfaat dan pelajaran daripada mereka, berbeza dengan mereka yang melihat
kebaikan makhluk sahaja.
Mari kita dengarkan lagi kata-kata Syeikh Al-Baqir.
“Tanda orang alim itu, paling minimanya 2 perkara. [1] Tidak dengki kepada
orang yang di atasnya, [2] tidak menghina akan orang di bawahnya”.
Imam Mahdi menghimpunkan semua sifat-sifat mulia padanya.
Dia sentiasa bersifat tawadhuk dengan menganggap orang-orang lain di
sekeliingnya lebih mulia & lebih baik daripadanya. Bahkan pada saat dia
akan di baaiah di Kota Mekah nanti, dia cuba melarikan diri kerana merasa
dirinya tidak layak.
Ini sejajar dengan konsep tawadhuk yang kita semua
fahami. Barangsiapa sombong (takabbur), maka Tuhan membenamkannya ke dasar bumi
(menjadi hina). Barangsiapa tawadhuk (merendah diri), maka Tuhan akan
mengangkat darjatnya.
ISNIN 8/7/2013
...ALMAHDI INSAN MISTERI SEPERTI INDUKNYA...
ReplyDeleteAlMahdi Insan Misteri dia manusia biasa berjasad seperti kita.
AlMahdi tidak gagap sukar berbicara seperti apa yg disangka.
AlMahdi petah lancar berkata2 sambil melawan ha3 dia ketawa.
AlMahdi dgn kertas dan pena itulah pertama2 dia suka gembala...
AlMahdi ngak pincang pengkor paha besar renggang apa cerita.
AlMahdi berjalan kencang ajaib bisa selangkah kemana dia suka.
AlMahdi bukan Muhammad bin Abdullah itu nama jolokan semata.
AlMahdi Insan Misteri sama seperti induknya Insan Misteri juga...
Induknya dibilang Insan Misteri karna ujudnya dari Ada jadi Tiada.
Berkat dolat Mukjizat Nabinya dia dari Tiada menjadi semula Ada.
Riang gembira Nabinya bukan kepalang walo waktunya seketika.
Itulah Miracles Misteri dlm Misteri ngak terperi riwayatnya adanya...
Syukur, rupanya ade juga yag tahu perkara sebenar. terima kasih.
Deletethanks Bray Infonya !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id
Subhanallah
ReplyDeleteAlhamdulillah
Allahuakbar
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Al Mahdi yang dijanjiNya akan zahir.
Daku kenal petunjukNya.
Cari daku.