Wednesday, 28 August 2013

KOMET ISON (1) Tanda Kemunculan Imam Mahdi?




Kami telah menerbitkan post pertama tentang komet ISON di bawah tajuk APA PETUNJUK DARI KOMET ISON?. Sekarang kami bawakan post kedua dengan tajuk yang lebih berani, KOMET ISON (1) Tanda Kemunculan Imam Mahdi? 


Benarkah ia isyarat dari kemunculan Imam Mahdi? Mari dengar kupasan kami.

Berkenaan komet yang akan keluar akhir zaman (sebelum kemunculan Al-Mahdi),  ada satu petikan kata-kata dari Syaidina Ali. Mari kita dengarkan.

Saidina Ali k.w.h telah mengungkapkan dalam catatannya yang bertajuk Jufr Ahmar, "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.  Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat.
 
Sebelum kami memberi kupasan panjang lebar tentang kata-kata Syaidina Ali di atas, kami dengan jelas ingin memberitahu anda bahawa kisah ini akan menjadi panjang berjela-jela.

Mungkin siri ini akan sampai kepada 5 siri yang panjang. Kami berjaya mengutip keterangan saintis Barat yang di dalam keterangannya, terdapat campurtangan banyak pihak  untuk mengetahui tentang asteroid di langit.

Kami akan sedaya upaya menyertakan pendapat-pendapat dari saintis bebas, NASA, ulamak-ulamak Islam, pihak gereja atau sesiapa sahaja untuk memperkayakan perbahasan ini. Semoga anda mendapat manfaatnya,

Seruan kami, saintis-saintis Islam patut ke hadapan untuk mengetahui dunia angkasa lepas seperti saintis barat. Pusat-pusat Islam atau badan berkuasa Islam patut juga ke hadapan (mengkaji angkasa lepas) seperti Vatican Vity mereka.

Mari kita mulakan kisah Komet ISON ini dengan mengupas ciri-cirinya menggunakan data dari kitab Jufr Ahmar, nukilan Syaidina Ali K.w.h, sahabat & menantu Nabi yang mulia.

[1] EKOR YANG MENAKJUBKAN
Syaidina Ali k.h.w menyebut dalam Jufr Ahmar di atas bahawa bintang/komet itu mempunyai ekor yang menakjubkan. Kemudian dia menyebut juga bahawa ekornya memanjang. Maka ada 2 deretan ayat yang saling berkait iaitu memanjang dan menakjubkan.

Bagaimanakah anda dapat memahaminya? Bahawa akan wujud satu situasi iaitu bila komet ISON itu datang, maka partikel-partikelnya yang tertinggal sepanjang perjalanan orbitalnya (selepas 100 hari bila nukleasnya pergi) akan menghasilkan lerekan awam (noctilucent clouds).

Mungkin beberapa habuk debunya  akan memasuki atmosfera bumi. Kemungkinan terjadinya pancuran meteor atau lerekan awan adalah tinggi walaupun sebelum ini, menurut rekod belum pernah terjadi lagi.

Dari perkataan “ekor yang memanjang”, maka kemungkinan terjadinya (lerekan awan) itu sangat tinggi. Tentu sekali ini akan menimbulkan satu fenomena yang menakjubkan bahawa ekor Komet ISON itu panjang dan bercahaya.

Bahkan cahayanya bukan sekadar cahaya biasa, tetapi cahaya yang berganda-ganda terang seperti yang akan kami sebutkan berikutnya.

Mari kita dengar beberapa kata ilmuan sains terhadapnya

“Saat komet ini melintas, pemandangan paling spektakular akan terlihat dari belahan bumi  sebelah utara, kerana di saat itu kepala komet mengarah kepada matahari dengan EKORNYA YANG PANJANG. Maka ilmuan sains, ramai yang menyebutnya sebagai KOMET PALING TERANG SEPANJANG SEJARAH MANUSIA”

BILA SEBENARNYA IA DIJUMPAI?
Untuk mengetahuinya, elok kita mendengar penerangan seorang saintis terhadapnya.

Untuk beberapa tahun saya berfikir tentang kandungan mesej ini tanpa nama (yang tidak diikuti oleh komunikasi lanjut) sehingga ia ditemui pada September 21 2012 komet C / 2012 S1, lebih mudah dikenali sebagai Comet ISON.  

Tarikh 21/9/2012 itu adalah bersamaan dengan 4 Zulkaedah 1433H (Jumaat). Satu tarikh yang menunjukkan bahawa ia akan meninggalkan 1433H dan memasuki tahun baru 1434H.

[2] BUKAN SETIAP 6 ATAU 7 TAHUN SEKALI
Ia bukan komet yang datang setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), Dari kata-kata Syaidina Ali di atas, kita dapat fahami bahawa ia bukan sejenis komet yang datang setiap 6 atau 7 tahun sekali.

[3] BUKAN SETIAP 60 ATAU 70 TAHUN SEKALI
Ia bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad. Ini membawa maksud bahawa dia bukan sejenis bintang/komet yang datang setiap 60 atau 70 tahun sekali.

[4] BUKAN SETIAP ABAD
Ia bukan juga bintang/komet yang muncul setiap abad. Kata-kata Syaidina Ali di atas juga menjelaskan bahawa bintang/komet ini tidak datang setiap 100 tahun sekali. Maka maksudnya apa? Maka maksudnya bahawa bintang/komet ini adalah bintang yang sangat payah kelihatan. Ia mengambil masa yang sangat lama (dikhabarkan 10,000 tahun) untuk kembali semula berjumpa manusia. Mari kita melihat keterangan seterusnya.

MARI MEMAHAMI NAMANYA
Nama komet yang mempunyai orbit yang pendek (short-period comets) menggunakan nama astronomi atau angkasawan yang menemuinya. Contohnya Komet Halley atau Komet Swift Turtle (Komet Perseid).

Akan tetapi jika ia mempunyai nama ISON di belakangnya, sebagai ganti kepada Comet Nevski–Novichonok atau  C/2012 S1 (Nevski–Novichonok). Maka komet itu dianggap mempunyai kitaran orbitnya yang panjang. Maka maksudnya adalah seperti di bawah.

[5] BINTANG BERABAD-ABAD
Ini kata-kata Syaidina Ali k.h.w berikutnya. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah.

Maka kami ingin menjelaskannya seperti berikut. Bintang berabad-abad itu bermaksud bintang yang diketahui sudah lama. Maka timbullah persoalan, Adakah bintang/komet ISON itu adalah planet X atau planet Nibiru  yang diketahui sejak zaman Mesopotamia lagi?

Kami tidak mengesahkan itu. Bahkan para saintis moden juga gagal mengesahkan itu. Tetapi ada keterangan saintis yang menjelaskan ketuaannya (umurnya) dan perjalanannya. Mari kita dengarkan.

“Lebih kurang 10000 tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini.”

Umur 10,000 tahun itu menunjukkan bahawa ia sudah sangat tua. Kalau dikira dalam unit abad, maka ia sudah menjangkau 100 abad. Maka benarlah kalau Syaidina Ali menyebutnya sebagai bintang berabad-abad.

PENJELASAN SEMULA KAMI
Sebagaimana kami jelaskan di atas, bintang yang mempunyai nama ISON di belakangnya, maka ia menunjukkan bintang yang kitaran orbitnya sangat panjang. Dengan bahasa mudahnya, dia payah dijumpai atau memakan waktu yang cukup lama pula untuk melihatnya.

PENGENALAN KOMET ISON
Mari kita melihat sedikit pengenalan. Maklumat saintifik diperolehi ialah tanda pengenalan rasmi komet ini ialah C/2012 S1. Huruf "C" di hadapan namanya bermaksud tidak berkala (non-periodic), diikuti oleh tahun kemunculannya.  

Huruf "S" menunjukkan separuh bulan terjadinya penemuan. Dalam kes C/2012 S1, ia bermaksud separuh bulan September dan angka "1" menunjukkan bahawa ini adalah komet pertama yang dijumpai dalam separuh bulan September itu.

Tambahan nama "(ISON)" selepas namanya menggambarkan organisasi yang menjumpainya. Dalam kes ini, ISON bermaksud International Scientific Optical Network (ISON) yang berpengkalan di Rusia.

Jika organisasi yang sama menjumpai komet satu lagi, tetapi tidak berkaitan dengannya, maka namanya akan menjadi "C/2012 S2 (ISON)"

Kami berhenti di sini dahulu. Penceritaannya masih panjang dan masih memerlukan waktu secukupnya. Kitab Jufr Ahmar itu menerangkan banyak sifat-sifatnya yang perlu dihuraikan lebih lanjut lagi.

Semoga kita dapat bertemu semula di siri (2). Terima kasih.

RABU 28/8/2013. 5-21 PM

12 comments:

  1. Alhamdulillah syeikh 2013 bagus sekali kajian yg anda lakukan sgt teliti dan rajin serta ilmiah berfakta. teruskan usha mudah mudanan serta segala puji bagi Allah. Memang bangsa arab dahulu terkenal ilmu falaknya dan antara kebolehan mukjizat nabi juga ialah mengira bintang diwaktunya - salam

    ReplyDelete
  2. mungkinkah sang imam adalah muhammad mursi?

    ReplyDelete
  3. Bagi Khalifah al Mahdi / 666 / Satrio Piningit / Satrio Pinandito Sinisihan Wahyu ini adalah pertanda akan mulainya memegang tampuk kekuasaan di atas Tanah Jawa dan Nusantara dalam naungan Pajajaran Anyar: Daulah Khilafah Islam yang kemunculannya dinantikan oleh seluruh umat Islam yang berada di jalan yang lurus di seluruh muka bumi ini. (Ratu Adil - 666)

    ReplyDelete
  4. muhammad mursi apa pulak kau nie....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum w.b.t

    ReplyDelete
  6. Diramalkan Selasa tadi 14 Januari 2014M, bumi dijangka sudah melanggar debu2 peninggalan laluan orbit Komet ISON. Tanggal 14/01/2014M tadi pula bertepatan dgn 21 Rabbiulawal 1435H bersempena dgn Sambutan Maulidur Nabi. Tanggal 21 Rabbiulawal bersamaan juga dgn kelahiran Muhammad Ke2 - Imam Mahdi Sejati..

    Hanya pencinta2 Bocah Angon Sejati yg meraikan "2 Super Powers" dlm satu hari.Hmmm...Tok Janggot (Pemuda Berjanggot) dari Tasikmalaya hanya mengurut janggotnya sambil memerhati..

    ReplyDelete
  7. Ampon koreksi pak... 12 Rabbiulawal...

    ReplyDelete
  8. AS ABOVE SO BELOW itu satu kata kunci mahulah dikaji difahami..
    Alamat dilangit kehadiran Komet ISON koq sudah datang melepasi.
    Ngak perlu Hadis itu Hadis ini ngesot sana ngesot sini mencari bukti.
    Alamat dibumi Alam Nusantara banyak berubah ngapa ngak perhati..

    Pewaris Sah Sang Saka Merah Puteh dari Tasikmalaya datang ziarahi.
    Paling dekat Kelate bumi Pak Bung berpijak dia datang ngak disedari.
    Paling jauh Bogor Gunong Salak/ Halimun Banda Aceh sudah dilawati.
    Bukti2 Bocah Angon Sejati dgn Tok Janggot telah hadir cobaklah dicari...

    ReplyDelete
  9. Ilmu yg bermanfaat...

    ReplyDelete
  10. Salam
    Mari lah kita perbanyakkan hadiah
    surah al-fatihah dan surah al-ikhlas
    kepada imam mahadi
    supaya kita dibukakan hati dan akal untuk bertemu dgnnya

    ReplyDelete
  11. tolong lawat blog ini http://sufferbuthappy.blogspot.my/

    ReplyDelete