Friday, 19 July 2013

70,000 YAHUDI ISFAHAN TELAH PUN KELUAR BERSAMA DAJJAL


Yahudi Isfahan telahpun keluar bersama Dajjal. Anda tahu maksudnya? Dan bila ia berlaku? Memang benar ia berlaku. Mari ikuti kisahnya

Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav telah gempar seluruh dunia. Anda kenal dia siapa? Ia adalah bekas presiden Israel (2000 - 2007). Berikut sedikit cerita tentangnya.

Kalau anda ingin melihat wajahnya, sila baca sampai habis.

Wajahnya lembut dan sopan, tetapi inilah manusia jahat bergelar Dajjal yang telah banyak melakukan kekejaman terhadap umat Islam.

Moshe Katsav (Hebrew: משה קצב‎, mempunyai nama Parsi atau Iran seperti berikut, “Musa Qasab” (Persian: موسی قصاب)). Dia mempunyai nama Parsi atau Iran kerana memang dia dilahirkan di sana. 
Tetapi dia orang Yahudi. Dia kemudian dibawa oleh ibubapanya ke Israel pada umurnya 5 tahun pada bulan Jun 1951.

Dia bersekolah dan membesar di Israel sehingga Berjaya dalam akedemiknya.

Kemudian dia bergiat cergas  dalam politik Israel dan Berjaya sebagai ahli politik Israel (Israeli politician). Dia kemudian Berjaya sebagai Presiden Kelapan bagi Israel dan merupakan ahli parti Likud yang penting dalam Israeli Knesset (semacam parlimen di Malaysia).

Era kepimpinanannya telah berakhir dengan kontroversi yang memalukannya. Dia telah dituduh mencabul seorang staf wanitanya  dan 2 kes yang lainnya.  Katsav kemudian meletak jawatan sebagai presiden pada tahun 2007 atas permintaan umum.

Katsav menolak perbincangan dengan pihak pendakwa raya dan yakin untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah di mahkamah.

Dalam pembicaraan terhadapnya pada 30 December 2010, Katsav telah disabitkan kesalahan dengan 2 tuduhan merogol,  penyalahgunaan kuasa dan lain-lain tuduhan.

Pada 22 March 2011,  Katsav telah dikenakan hukuman 7 tahun penjara.  Katsav kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan Israel (Supreme Court of Israel). Pada 10 November 2011, Mahkamah Rayuan Israel menolak rayuannya dan sekarang ia dipenjarakan.

Saya bukan nak bercerita pasal politik beliau atau pasal kepimpinan beliau sebagai presiden Israel. Saya hendak bercerita pasal tempat kelahiran beliau di Iran.

Anda tahu di mana? Iaitu di Isfahan, Iran.

Mari kita dengarkan hadis Nabi S.A.W tentang Isfahan ini.

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, “Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN”. [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].

Nabi bersabda “ Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan(Nan), mereka memakai Al-Tayalisah”.Hadis riwayat muslim.

Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Persoalannya kini,bilakah dajjal akan muncul ? Adakah agak keterlaluan jika saya katakan dajjal sebenarnya telah lama muncul dan 70,000 pengikutnya telah dizahirkan oleh Allah baru-baru ini, namun ramai yang belum menyedari hakikat ini.

Tahukah kita bahawa beliau (Moshe Katsav atau nama Irannya, Musa Qassab) dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran?

Menurut statistik, jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948. Sebaik sahaja selesai revolusi yang menjatuhkan Shah Iran, yang tinggal hanyalah 80,000 orang.

Ke mana perginya baki 70,000?

Untuk pengetahuan anda, 70,000 orang Yahudi tersebut telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.

Mereka mengikut siapa ke Israel? Tentunya ketua mereka yang bernama Moshe Katsav atau Musa Qassab sebagaimana yang kita bicarakan di atas.

Adakah Moshe Katsav atau Musa Qassab itu dajjal? Untuk menjawab soalan itu, elok anda baca post saya yang terdahulu, IMAM MAHDI, TASIK GALILEE & DAJJAL.

Kita sekarang sedang berada pada zaman Dajjal peringkat ketiga sebagaimana yang dihuraikan oleh Syeikh Imran bin Nasir, ulamak terkenal Trinidad itu. Sebagaimana yang saya sebutkan, peringkat ketiga ini bermula dari tahun 2001 hingga 2020.

Dajjal pringkat ketiga ini adalah entiti Israel yang jahat, rakus & zalim terhadap umat Islam. Moshe Katsav itu adalah penggerak pertama kepada Dajjal peringkat ini.

Moshe Katsav mula berkuasa sebagai Presiden Israel dari tahun 2000 hingga 2007. Beliaulah yang menjalankan pelbagai usaha jahat ke atas Palestin dan umat Islam serata dunia.

Kalau anda melihat wajahnya, nampak pada anda wajahnya yang lembut seolah-olah dia manusia baik dan tulus. Tetapi sebenarnya beliaulah yang memberi kuasa kepada 3 orang perdana menteri di bawahnya untuk menjalankan intimidasi dan kejahatan kepada umat Islam.  

Saya akan menulis sambungan post ini untuk membritahu anda lebih detail tentang manusia jahat ini. Anda patut tahu banyak perkara tentang dia. Dialah yang telah membawa keluar Yahudi Iran seramai 70,000 orang itu. Anda juga patut tahu maksud jubah Tayalisah dan sebagainya.




JUBAH TAYALISAH? Anda tengok semula gambar askar Yahudi kat atas. Jubah yang dipakai itu adalah Jubah Tayalisah.






4 comments:

  1. Assalamualaikum semua. Kami mengharapkan komen-komen membina dari pembaca semua untuk info yang kami semaikan. Mesin komentar kami hanya menerima nama sebenar anda. Harap maklum

    ReplyDelete
  2. Adakah golongan Isfahan di Penang?

    ReplyDelete
  3. tolong jangan menggadaikan akidah agama hanya karena masalah uang. kembalikan semua perkara kepada Allah yang maka kaya maha baik maha pengasih maha penyayang

    ReplyDelete
  4. Kalau kita mau mudah rizky dan kaya, maka kita harus berusaha secara makruf ditambah juga berdoa kepada Allah satu2nya pemilik kekayaan di alam semesta ini. Mari nerlindung kepada Allah jangan sampai urusan kebutuhan makan kita hari harus menjadi musuh abadi Allah yaitu MUSYRIK yg tidak ada kerugian didunia ini yg melebihi itu. Salam.

    ReplyDelete