Kami mahu tunaikan janji kami bahawa perbincangan selanjutnya berkisar kepada kata-kata Abu Hurairah r.a.
Teks penuh
kata-kata beliau boleh dirujuk dalam post INILAH KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN,
ANDA MESTI MEMBACANYA, sebagaimana yang terdapat dalam blog MENCARI DAMAI DI
LANGITMU (MDLM), terbitan abah.
Mari
dengarkan petikan tersebut seperti di bawah.
Dan di Iraq Syam, ada
lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua
matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada
pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa
saja yang menentangnya), dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang
dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali
dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi
pengkhianat al-Mahdi al-Amin."
Ada banyak perkara
yang boleh dipetik dari kata-kata di atas. Pertamanya, Iraq itu juga dinamakan
dengan Syam, untuk mengambarkan luasnya kerajaan yang bernama Syam itu. Atau
boleh jadi juga bermaksud kerajaan Iraq itu sama sifatnya atau tabiatnya dengan
Kerajaan Syam yang memerintah Damsyik.
Keduanya, ada gelaran
Sufyani (biasanya ditakrifkan sebagai manusia yang kejam) kepada Saddam
Hussein.
Kalau ini dapat
dihalakan kepada Basyar Al-Assad, maka ia juga kejam dan zalim seperti Saddam
Hussein. Bahkan kedua-duanya berasal dari parti yang sama, iaitu Parti Baath.
Cuma bezanya, Basyar Al-Assad berfahaman Syiah seperti Iran & Hizbullah, sedangkan Saddam Hussein seorang Sunni.
Tentang kekejamannya,
maka wajahnya sahaja sudah mengambarkan kebengisan dan kekuatan melakukan
intimidasi. Arahannya diikuti dan suaranya ditakuti.
Dia bukan sebarangan
orang. Bahkan saya pernah mendapat khabar bahawa dia tidak teragak-agak
membunuh sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannnya.
Ketiga, memang mata
Saddam Hussein ada kasal, suatu tanda yang melambangkan kemalasan dan suka
hidup secara berlebihan. Ini juga betul dan dapat dilihat dengan jelas pada
matanya.
Keempat, Namanya
Saddam adalah pecahan dari kata Shidam dan slogan kekuatannya ialah penghancur
bagi sesiapa yang menentangnya. Ini memang betul & bertepatan pula dengan
sejarah.
Penentang-penentangnya
akan menikus di depan kekuasaannya. Orang Syiah di Iraq tidak berani mengangkat
muka atau membantah segala kata-katanya.
Begitu juga bangsa
Kurdi di Utara Iraq. Mereka tidak berani menerobos masuk ke dalam kerajaan
Saddam & melakukan penentangan terbuka.
Semuanya sangat takut
kepada Saddam Hussein, termasuk Yahudi & agen-agen Dajjal itu sendiri.
Amerika Syarikat juga kecut perut dengannya.
Tetapi di sebalik
kebengisannya, rupa-rupanya dia mudah diperbodohkan oleh mulut manis musuhnya
sendiri. Dia dihancurkan di sebalik keujuban (bangga diri) yang tinggi dalam
dirinya sendiri.
Buktinya ada dalam
perkara kelima yang kami akan sebutkan di bawah.
Kelimanya, dia telah
tertipu dengan permainan politik Amerika Syarikat yang seolah-olah membenarkannya
menyerang Kuwait. Kemudian dia dipersalahkan. Dan akibatnya, seluruh dunia
berkumpul dengan segala alat kententeraannya menyerangnya.
Keenam, anda tentu
dapat melihat betapa Islam telah menjadikan sejarah Saddam Hussin itu kekal
sebagai seorang pemimpin Islam.
Adakah anda faham
maksud saya? Saddam Hussin itu sebenarnya manusia jahat dan terkenal zalim
kepada rakyatnya. Dia sanggup membunuh penentangnya, termasuk menggunakan racun
kimia kepada bangsa Kurdish, rakyatnya sendiri.
Itulah maksud dari
ayat TIDAK ADA KEBAIKAN DALAM DIRI
SUFYANI KECUALI DENGAN ISLAM.
Kemudian kita pun
sampai kepada ayat berikutnya, yang berbunyi DIA ADALAH ORANG YANG BAIK DAN
JAHAT.
Maksud baik itu ialah
dia menjaga kebajikan rakyatnya sehingga mereka dapat hidup makmur dan penuh
sentosa.
Maksud jahat itu pula
bermaksud tindakan-tindakannya yang zalim kepada para penentangnya dan
musuh-musuhnya. Dia sanggup melakukan apa yang tidak sanggup dibuat orang lain.
Bahkan dia sanggup
melakukan apa yang sebenarnya tidak terjangkau oleh fikiran kita sebagai
manusia. Dia sanggup menyeksa, membunuh, menyembelih dan seumpamanya. Dialah
As-Sufyani sebagaimana yang disebut oleh Abu Hurairah r.a dalam kata-katanya
kepada kita.
Ayat paling akhir
ialah KECELAKAAN BAGI PENGKHIANAT AL-MAHDI AL AMIN.
Kami sudah memberikan
beberapa tafsiran ringkas kepada ayat di atas dalam KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI
1) sebelum ini. Tetapi ia sebenarnya memerlukan kajian lanjut dari segi sejarah
dan kejadian yang berkaitan.
Insyaallah, tajuk
ringkas itu akan kami kupas dalam post akan datang. Semoga kita akan memenui
sesuatu di dalamnya.
SABTU 20/7/2013
KEMUNCULAN ALMAHDI - DALIL2 BUKTI KEDATANGANNYA...
ReplyDeleteDimanakah mahu dicari dalil2 bukti kedatangan Imam AlMahdi?
Ada orang rujuk Hadis2 Saheh dan Palsu itu begini sebagei bukti.
Ada orang rujuk Kitab2 Ulamak tentang kedatangan Imam Mahdi.
Ada orang rujuk peristiwa2 dunia semasa yg relevan dimasa kini.
Ada orang rujuk ketandaan dilangit sudah dekat datangnya Mahdi.
Tetapi hanya sedikit rujuk AlQuran bukti jelas munculnya AlMahdi..
KEMUNCULAN ALMAHDI - DLM ALQURAN MAHU DICARI..
Ada yg bilang AlQuran sempurna lengkap sudah puas rata2 cari,
Tetapi koq ngapa ngak ketemu nama dan kesah Imam AlMahdi?
Sebenernya dlm AlQuran itulah paling tepat kedatangan AlMahdi.
Kesahnya tersirat tersembunyi dlm beberapa Surah ajaib sekali.
Bermula diSurah mana kesah keberadaan AlMahdi mahu dicari?
Kedua diSurah mana kesah keperkasaan AlMahdi mahu dikaji.?
KEMUNCULAN ALMAHDI - BERMULA THE 21ST CENTURY..
Ketiga diSurah mana ada mengesahkan kedatangan AlMahdi?
Surah mana kemunculan Mahdi dikhabarkan ada berapa kali?
Surah mana kemunculan AlMahdi beres lalui tanpa disedari?
Kali terakhir dikhabarkan paling cemas Dunia Islam ternanti2.
Kalo ngak ketemu jawaban megah khatam Quran banyak kali.
Selamet mengaji AlQuran semoga ketemu Imam Mahdi Sejati...
...
ReplyDeleteTHE 21ST CENTURY BERMULA KEDATANGAN ALMAHDI..
Bermula 21st Century 2001 tahun China Tahun Ular namanya diberi.
Snake is a Karmic Sign ditakuti tapi terpendem Super Power digeruni.
21st Century ada tersirat dlm AlQuran kesah AlMahdi tapi ngak perhati.
Bermula datangnya senyap sunyi lalui rintangan sekatan tanpa sedari.
Disusuli berita hadirnya dikhabari namun ngak ada siapa ambil peduli.
Kapan muncul lagi ngak ketahui Dunia Islam baru menyebok tercari2...
Selama 12 tahun hilang shedding skin 2013 Tahun Ular berulang lagi.
Tahun 2013 berhimpon pergolakan dunia terpendem ngak bisa hindari.
Namun Imam Mahdi maseh bersembunyi pencintanya puter2 mencari.
Pada 31/1/2014 tamat power Tahun Ular masuk Tahun Kuda mengganti.
Tahun 2014 Tahun Kuda amat kritikal Pegasus bageikan setia berbakti.
Kemuncak hadir AlMahdi ngak ketahui namun AlQuran mengkhabari...
SELAMET TINGGAL TAHUN CHINA TAHUN ULAR 2013..
SELAMET MENYAMBUT TAHUN BARU TAHUN KUDA 2014...
Sama-sama kita perbanyakkan hadiahkan
ReplyDeleteAl-fatihah dan Al-ikhlas kepada pemimpin akhir zaman..
supaya kita boleh bersama2 beliau nanti..
Kalau Junjungan Nabi muhammad kita selawat..
apa salah nya kita hadiahkan surah Al-ikhlas kepada imam mahadi
RINTINTAN KISAH imam mahdi (YANG DI) beri code yakni pekbaran wahyu pertama yg mana ia nya tak terfikir pun sebelum nya'merangkumi perjalan sebuah Cerita baik yg ghaib mahu pun yg nyata the numeric serta sistem tulisan value 69 19 dan juga surah al fateha code 139 13 yg mana ia dapat merunkai segala heorgraf mesir menjadi semua alphabet dunia dan rahsia numeric al jibra dalam penguasann setiap bahasa di dunia yg berbentok logogram,,,,matematic value alphabet,,dari situ lah 114 surah dapat di baca melalui encode dan decode
ReplyDelete