Friday, 19 July 2013

Kemunculan Imam Mahdi (1) Antara Esposito & Abu Hurairah, sahabat Nabi yang mulia..



 
Kami memulakan post kami tentang Imam Mahdi dengan tajuk yang lebih spesifik. Kami menyebutnya dengan nama KEMUNCULAN, sebab saatnya seperti sangat dekat dengan kita.

Cerita tentang Imam Mahdi berlaku sejak lama. Bahkan harapan akan munculnya Imam Mahdi pada abad ke-20 sempat muncul ketika Revolusi Iran (1978-1979) dan Krisis Teluk (1990-1991). 

Dalam keadaan penuh krisis, kritikal dan ketidakpastian yang melanda ketika itu, kaum Muslimin seluruhnya memiliki pengharapan akan datangnya Ratu Adil atau Imam Mahdi.

Imam Mahdi  adalah suatu nama yang cukup besar pada kepercayaan orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan juga orang Syiah.

Menurut John L Esposito, ketika terjadi Revolusi Iran, muncul sebuah ramalan yang menyatakan bahawa Imam Mahdi dari keturunan Musa Al-Kazim (Imam ketujuh Syiah yang secara silisilah Khomeini berhubungan langsung dengannya), akan datang dan memerintah orang-orang ke jalan yang benar.





‘’Sewaktu terjadinya gejolak sosial dan politik di Iran, dilakukan beberapa usaha untuk memulangkan Ayatullah Ruhullah Khomeini dari Paris pada 1 Februari 1979,’’ papar Esposito.
Demikianlah, besarnya usaha kerohanian untuk mewujudkan “proses kemunculan” Al-Mahdi. Malangnya, Al-Mahdi tajaan Syiah itu tetap tak wujud walaupun Khomeini berjaya menguasai Iran dengan segala label kerohaniannya.

Bahkan, kata dia (Esposito), pada 20 November 1979, di tempat paling suci di atas permukaan bumi, yakni Makkah Al-Mukarramah, telah muncul seorang hamba Allah dari Arab Saudi, Jahaimin Al-Utaibi, mengaku dirinya sebagai Al-Mahdi.

Pengakuan itu sebenarnya bertujuan memenuhi ramalan banyak riwayat tentang  munculnya  seorang pemimpin penyelamat dari Masjid Agung Makkah Al-Mukarramah.

Tetapi pengakuan Jahaimin itu pun tidak benar juga. Dia bukannya Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu, tetapi lebih merupakan petunjuk (isyarat) kepada orang yang ujub (bangga diri) kepada dirinya sendiri.



Kemudian pada Februari 1991, beredar khabar angin tentang munculnya seorang laki-laki sekuat karang (maksudnya gagah perkasa) di Jordan dan Tebing  Barat, Palestin sebagai pendukung Saddam Husein, sekaligus sebagai pemenang yang dijanjikan pada bulan itu.

Melihat keadaan di atas, kita semacam jadi keliru untuk menyambut Imam Mahdi yang mana satu. Islam Syiah sedang menunggu Mahdi mereka. Kemudian Islam Sunni (diwakili Saddam Hussein) juga sedang menunggu Mahdi mereka.

Esposito juga mencatat munculnya buku yang membicarakan relevansi messianisme Islam (maksudnya kemunculan penyelamat Islam)  sebagaimana yang dipertahankan tradisi Syiah pada tahun 1979.

Menurut Esposito, buku berjudul Hari Pembebasan di Bawah Lindungan Imam Kedua Belas itu, dilancarkan sebagai peringatan bagi sebahagian besar pemerintah Muslim, bahwa umat Islam sedang menanti berdirinya Daulah Islamiyah yang akan menggantikan penindasan dan kekejaman.

Walau bagaimanapun, kami menolak buku di atas kerana pandangan Syiah sangat jauh berbeza dengan ASWJ.

Kami tetap menganggap Imam Mahdi pasti datang. Kalau dirujuk kepada hadis-hadis Nabi, memang perkara tersebut sangat sahih dan tersebar secara meluas. Cuma kami tidak tahu dengan pasti siapakah dia itu & di mana lokasinya.

Hampir semua orang percaya bahawa Al-Mahdi itu pasti datang. Untuk mengetahuinya secara teliti, elok anda baca blog MENCARI DAMAI DI LANGITMU (MDLM) berkenaan Imam Mahdi Al-Muntazar (29 Siri).

Baca perlahan-lahan, kemudian seraplah maknanya secara perlahan-lahan. Kami mendapat maklumat bahawa Al-Mahdi itu orang Nusantara. Sila baca post APA MAKSUD KEDATANGAN JEREBU di MDLM untuk mengetahui kedudukannya yang sebenar.

Kemudian jika kita sesuaikan kedudukan Imam Mahdi itu dengan kata-kata Abu Hurairah, sahabat Nabi yang mulia, sebagaimana yang ditulis dalam blog MDLM, INI KISAH IMAM MAHDI AKHIR ZAMAN. ANDA MESTI MEMBACANYA,  maka anda mendapati 2 perkara berikut.

[1] Kemunculan Imam Mahdi berlaku sekitar 1420H atau 1430H. Oleh kerana sekarang ini 1434H, maka kami menganggap waktu kemunculannya berada pada saat ini dan waktu ini. Mungkin tahun ini atau tahun depan. Wallahu ahlam.

[2] Ada tertulis di dalamnya, bahawa Saddam Hussein itu adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat Al-Mahdi Al-Amin.

Kami menerima beberapa tafsiran tentangnya. Pertamanya, Saddam Hussein itu adalah seorang pengkhianat kepada Imam Mahdi. Kami tidak tahu samada Imam Mahdi sudah besar, dewasa atau masih kanak-kanak pada masa itu. Wallahu ahlam.

Dan kemudian ada tafsiran yang kedua. Kami menganggapnya tafsiran yang paling disukai ialah bahawa Al-Mahdi yang sebenar (Al-Mahdi dari ASWJ) tidak disukai oleh sebilangan orang (maksudnya Syiah), tetapi Saddam Hussein membelanya dan menjaganya. Maka ia merupakan musuh (kecelakaan) pula kepada orang-orang Syiah itu.

Kami akan memuatkan petikan sebenar tentang Saddam Hussein itu dalam post akan datang. Insyaallah. Semoga anda mendapat manfaatnya.  

SABTU 20/7/13

2 comments:

  1. IMAM MAHDI MANA SATU YG MAHU DICARI DIKENALI..??
    Bani Israel mengenali Mahdi dgn cara rahsia mereka tersendiri.
    Bani Nasara ngaku kenal Mahdi coma direka2 fahaman sendiri.
    Yahudi Dajjal ngak kenal Mahdi ngak mampu hapuskan Mahdi.
    Wahabbi kenal Mahdi tapi kecut perut dgn kebangkitan Mahdi.
    Syiah ngak kenal Mahdi Asli disangka Imam 12 mereka Mahdi.
    Sunni ngaku kenal Mahdi tapi Mahdi Palsu rekaan syok sendiri.
    Dikutip Hadis sana sini Kitab gitu begini sangkanya itulah bukti.
    Dalil Quran tersirat dlm banyak Surah ngak diendah ngak peduli.
    Jelas terang Kitab Pusaka Muqaddam Nabi ngapa ngak dicari?
    Barang siapa miliki Muqaddam Nabi dialah yg bernama AlMahdi.
    Karna itu jadi rebutan antara Ahlulbait Asli dgn Palsu Alam Wali.
    ...Allahu'alemmm... Mahdi Muqaddimu sentiasa memerhati...

    ReplyDelete
  2. Hanya kepada allah swt yg aku sembah

    ReplyDelete