Jangan anda terkejut mendengar tajuk
yang saya utarakan di atas. Memang benar Saddam Hussein juga seorang Sufyani.
Saya ada bukti jelas.
Mari kita dengarkan balik petikan
kata-kata dari sahabat Nabi yang mulia, Abu Hurairah r.a. Saya akan
copypastekan yang asli untuk anda.
Atau kalau anda nak penjelasan yang
detail, sila baca sendiri post, INILAH KISAH AL MAHDI AKHIR ZAMAN. ANDA MESTI
MEMBACANYA dalam blog MENCARI DAMAI DI LANGITMU (MDLM) dalam MyBloglist saya di
bawah.
Berikut ialah petikan kata-kata beliau.
[Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu
Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada
orang-orang disekelilingnya] :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan
yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata :
"Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala
yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad
hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad
kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh
dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.
Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi
berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai
nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri
bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung
tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun,
hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang
digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab'
(Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah
peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk
memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang
paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab
menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya
daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri
Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
***Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani,
pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun'
sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman
aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul
menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada
kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik
dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."
"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun,
hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin
yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu
memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai
(Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri
Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia
dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu
dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian,
menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali negeri-negeri salju yang sangat
dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa
seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH
boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.
Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada
ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan
dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan
anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka.
langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua
orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}
Di bahagian bertanda (***) itulah,
terdapatnya kisah tentang Saddam Hussin yang kami bicarakan.
HARAPAN & PENANTIAN
Setelah Rasulullah SAW wafat pada 12
Rabiul Awal tahun 11 Hijrah atau pada bulan Jun 632 M, muncullah sebuah pengharapan
di kalangan umat Islam akan kedatangan seorang pemimpin adil (biasa juga
disebut ratu adil) atau lebih popular dengan nama Imam Mahdi.
Keyakinan akan datangnya seorang juru
penyelamat atau Imam Mahdi berakar kuat, baik di kalangan Sunni maupun Syiah
JURU SELAMAT AKHIR ZAMAN
Menurut Ensiklopedia Islam, Imam Mahdi
adalah seorang juru selamat di akhir zaman. Imam Mahdi diyakini sebagai
seorang Muslim berusia muda (sekitar 30 – 40 tahun) yang akan dipilih oleh
Allah SWT untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka
bumi ini sebelum datangnya hari kiamat.
‘’Istilah Imam Mahdi muncul dan berhubungan dengan aqidah mahdawiyyah,’’ tulis Ensiklopedia Islam. Yakni, keyakinan bahwa pada akhir zaman akan datang seorang juru selamat yang akan menyelamatkan kehidupan umat manusia di muka bumi dari ketidakadilan, kesengsaraan, dan kekejaman yang akan membawa pada kebahagian dan kedamaian.
‘’Istilah Imam Mahdi muncul dan berhubungan dengan aqidah mahdawiyyah,’’ tulis Ensiklopedia Islam. Yakni, keyakinan bahwa pada akhir zaman akan datang seorang juru selamat yang akan menyelamatkan kehidupan umat manusia di muka bumi dari ketidakadilan, kesengsaraan, dan kekejaman yang akan membawa pada kebahagian dan kedamaian.
Kalau anda memahami betul-betul
penjelasan Abu Hurairah di atas, anda
pasti akan bertemu dengan kata “Al-Mahdi Al-Amin” (bermaksud yang diberi
petunjuk & diberi kepercayaan).
KAITANNYA DENGAN SADDAM
Kemudian bila anda kaitkannya dengan
Saddam Hussin (tokoh yang kita bicarakan ini), ada disebutkan bahawa “dia
(Saddam) adalah orang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat Al-Mahdi
Al-Amin”.
Saya terkejut besar di sini. Semacam ada
pertalian dengan kisah Sufyani akhir zaman yang akan menentang Al-Mahdi. Mari
kita lihat persamaannya.
[1] Saddam Hussin digelar AS-SUFYANI
kerana dia kejam, zalim & melakukan perbuatan khianat kepada Al-Mahdi
Al-Amin.
[2] Seorang pemimpin akhir zaman (tidak
diketahui siapa orangnya) juga dipanggil AS-SUFYANI kerana terkenal dengan
sifat kejam, zalim & melakukan penentangan terbuka terhadap Al-Mahdi
Al-Amin.
KESIMPULAN 1
Maknanya, perkataan AS-SUFYANI itu
bermaksud jahat, kejam, zalim dan ada kaitannya dengan Al-Mahdi.
KESIMPULAN 2
Maknanya, Al-Mahdi sudah ada pada zaman
pemerintahan Saddam Hussin berkuasa.
KESIMPULAN 3
Sebutan Al-Amin pada Al-Mahdi itu
menunjukkan bahawa dia (Al-Mahdi) itu sudah terkenal sebagai seorang soleh
& amanah sekitar Iraq atau di lain-lain tempat yang dia dipercayai.
MARI KITA UNDUR KEBELAKANG
Bagi ayat “ kecelakaan bagi pengkhianat
Al-Mahdi Al Amin”, ada 2 tafsiran yang diperbahaskan. [1] Saddam memang
benar-benar melakukan perbuatan khianat kepada Al-Mahdi. [2] Saddam merupakan
benteng (kecelakaan) bagi sesiapa sahaja yang mengkhianati Al-Mahdi.
Walaupun tafsiran (2) lebih disukai
umum, tetapi saya berpendapat tafsiran (1) lebih tepat dan mendekati kebenaran.
Cuma masalahnya ialah pertikaian logic seperti berikut.
MASALAH 1
Siapakah Al-Mahdi Al-Amin pada masa
pengkhianatan itu? Masih seorang bayi, remaja, dewasa atau bagaimana?
MASALAH 2
Jika dia seorang bayi atau remaja, maka
tentulah dia berasal dari keluarga yang mendapat intimidasi (tekanan) dan
penganiayaian dari Saddam Hussein. Bahkan mungkin keluarganya pernah diusir
keluar dari Iraq. Atau mungkin dia sendiri pernah diseksa sebegitu rupa
sehingga kakinya pincang.
MASALAH 3
Misalkata dia seorang dewasa, maka
Al-Mahdi Al-Amin itu tentulah seseorang (atau dari keluarga) yang sangat
dibenci oleh Saddam Hussin. Adakah dia golongan habib yang dimusuhi? Atau
pejuang kemerdekaan bangsa Kurdish (Islam Sunni) di Utara Iraq? Atau golongan
Syiah yang berdiam di Iraq? Atau rakyat Iraq yang diusir keluar dan dicabut
kerakyatannya? Atau bagaimana?
PERSOALAN YANG RUMIT
Saya sendiri tidak dapat memberi jawapan
tepat kepada semua masalah di atas. Ia menyangkut misteri akhir zaman yang
sangat rahsia.
Dalam kepala saya, saya tetap
beranggapan Al-Mahdi itu berasal dari Nusantara. Bahkan jarak lokasi rumahnya
dengan ibu pejabat Zionis Asia Tenggara itu dekat sahaja.
Tetapi bagaimana pula kaitannya dengan
Saddam Hussin seperti dalam kisah di atas? Adakah Al-Mahdi itu rakyat Iraq yang
kononnya pernah diburu oleh askar-askar AS suatu waktu dahulu.
Malangnya, mereka tetap gagal
membunuhnya. Lalu ia barangkali berpindah ke Nusantara. Atau ada cerita lain tentangnya. Sungguh hebat perancangan Allah Taala. Allahu Akbar.
AHAD 21/7/2013
Assalammualaikum,
ReplyDeleteSemoga Abah selalu dalam keadaan sehat. Berkaitan dengan kalimat "Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani....", saya memahaminya begini; karena setelah kata "kejam" ada kata/kalimat yang hilang, begitu juga setelah kata "dan", mungkinkah dalam paragraf ini sebenarnya Abu Hurairah ra bermaksud menceritakan tentang dua orang, yaitu Saddam dan Sufyani. Saddam dikemukakan karena ia merupakan salah seorang tokoh akhir zaman, penanda suatu babak penting peristiwa dunia. Irak adalah babilonia kuno yang kejatuhannya disebabkan oleh USA, the new babylon.
Kalimat "Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin", sangat misterius. Hal apakah yang pernah dilakukan Saddam sehingga digolongkan pengkhianatan kepada al-Mahdi? Mungkin al-Mahdi sendiri saat ini belum mengetahui/memahami perbuatan khianat Saddam itu sebagaimana dia juga belum menyadari bahwa dirinyalah the chosen one. Mungkin saja Saddam telah mencelakai kaum kerabat al-Mahdi atau mungkin juga Saddam pernah mengungkap sesuatu yang penting perihal keberadaan al-Mahdi yang sampai kepada agen-agen dajjal sehingga dari situ mereka bisa menelusuri ulang jejak pelarian leluhur al-Mahdi setelah wafatnya Muhammad Hasan al-askari.
Wallahu alam.
Saya menghormati pandangan Sri. Mungkin juga begitu. Sesungguhnya kata-kata Abu Hurairah itu sangat dalam maksudnya sehingga kita tenggelam mencari maknanya. Bagaimana kita mendengar penjelasan Muhamad tentangnnya?
ReplyDeleteTiada daya dan kekuatsn melainkan dengan Allah
ReplyDeleteSaddam jatuh krana telah bertindak melampau dengan menulis Al Quran dengan menggunakan darahnya sendiri.
Pendirian Imam Ahmad Al Hassan (a.s) terhadap perang menjatuhkan Saddam (l.a)
Ketikamana Saddam (l.a) mencemari Quran yang mulia dengan menulis menggunakan darahnya yang najis sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yang tercela itu. Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah mengatakan bahawa ini adalah ulang tahun kelahiran yang terakhir buat Saddam (l.a) dan dia tidak akan menyambutnya lagi selepas dari tahun tersebut kerana telah bertindak melampau ke atas Allah SWT dalam menentang hak KekuasaanNYA, maka Allah SWT tidak akan membiarkannya begitu sahaja.
Diriwayatkan di dalam Hadis Qudsi daripada Allah SWT bahawa “Penzalim itu adalah pedang. Maka AKU menuntut bela daripadanya dan membalas dendam ke atasnya.” Oleh itu Saddam (l.a) adalah penindas dan dia mendapat balasannya dari Allah dengan pedang
http://yamani.org/wp-content/uploads/2013/01/Mempertahankan-Al-Yamani.pdf
saya juga seperti anda sejak tiga puluh tahun lalu mengumpul dan mendalami apa-apa sahaja sumber yang dapat diperolehi berkaitan kemunculan imam mahdi.tapi inilah kali pertama saya membaca hadis tuan di atas ini.suatu hadis yang sangat menarik sehingga saya macam tak percaya dengan isinya yang sangat bersamaan dengan apa yang telah terjadi sejak bermulanya abad ke 14 belas hijrah ini.pada tahun 1399 hijrah seorang lelaki berjubah dan berserban hitam muncul secara tiba2 dan dapat ditonton oleh jutaan manusia seluruh dunia melalui berita2 utama di televisyen dan di muka2 hadapan akhbar-akhbar harian utama.lelaki itu memimpin sebuah revolusi besar yang digelar revolusi islam yang berjaya menumbangkan seorang raja yang menggelarkan dirinya raja segala raja yang disokong oleh tentera yang terkuat di timur tengah dan kelima terkuat di dunia pada masa itu.pemimpin agama berjubah itu berjaya menjatuhkan raja yang sangat zalim hanya melalui keset2 syarahannya yang diseludup ke dalam negara oleh penolong2nya dan berjaya mencetuskan revolusi yang sangat besar.tetapi malangnya kepada pencinta ahli sunnah wal jamaah,lelaki berserban hitam itu muncul dari kalangan syi'ah dan bukan sunnah.tepat pada tahun hijrah 1400 satu pilihanraya telah diadakan dan telah mengesahkan kedudukan lelaki berketurunan mussawi itu (dari keturunan musa bin ja'far as-sadiq,cicit kelima kepada saidina husin anak fatimah binti Rasulullah) selaku wilayatul faqih,pemimpin tertinggi dalam negara revolusi itu.lelaki itu bernama ruhollah (menyerupai gelaran nabi isa) dan diberi gelaran "imam" oleh seluruh pengikut2nya yang kebanyakannya wanita berpurdah hitam.secara sangat kebetulan lelaki yang bergelar ulama' itu memiliki raut wajah yang luas dahinya,mancung hidungnya dan ada tahi lalat di pipi kanannya.setahun selepas itu,saddam husin yang sufyani dalam hadis di atas tadi telah melancarkan perang ke atas negara yang baru menang revolusi itu.perang berlanjutan selama lapan tahun dan telah mengorbankan jutaan pengikut dari kedua2 belah pihak.mungkinkah imam al-amin yang dikhianati oleh saddam sufyani itu adalah sang imam syi'ah yang muncul di awal abad ke14 hijrah itu dan sangat berbetulan pula dengan tahun2 seperti yang disebutkan dalam hadis yang tuan paparkan di atas.masalahnya,adakah mungkin imam yang kita tunggu2 ini tiba2 muncul pula daripada syi'ah dan bukan dari sunnah waljamaah,maka apakah kita akan membencinya?adakah kita akan menjadi sama seperti orang2 yahudi di zaman rasulullah yang menunggu2 nabi akhir zaman tetapi apabila nabi itu muncul bukan dari kalangan yahudi tetapi dari kaum arab,maka mereka membenci dan memusuhinya?
ReplyDeletedari mana dapat riwayat ni?
ReplyDeleteSADDAM HUSSEIN - TAURUS THE ALDEBARAN STAR...
ReplyDeleteSaddam Hussein adalah seorang Ahlulbait Nabi dari Nasab Imam Hussein AS. Beliau berfahaman Sunni (ASWJ), sangat membenci dan membunuh kejam Puak Syiah termasuk orang2 Kurdis. Seorang Ahlulbait Nabi tidak sepatutnya berlaku zalim kejam terhadap warga rakyat negaranya. Tatalakunya dan kuasanya sebagei Nasab Ahlulbait Nabi telah menodai Amanah Rasol dan harapan Imam Mahdi AS. Naseb malang yg menimpanya adalah koq balasan kadho Allah terhadap kekejaman kezaliman yg telah dilakukannya....
Imam Mahdi AS hanya memerhatikan saja dia "dari jauh". Imam Mahdi AS ngak mahu beri apa2 berakah bantuan terhadap keselamatan Saddam Hussein.. Sehebat2nya rejim Saddam Hussein yg sangat digeruni oleh musuh2nya, akhirnya rebah tombang tersungkor kebumi digulingkan. Betapa beliau diaibkan kecut ketakutan menyorok, diburu hingga kelobang tikus. Akhirnya beliau mati ditali gantong....
Jangan seenaknya kamu memfitnah orang. Mungkin kamu sendiri yg sufyani.
ReplyDeleteJgn suka menuduh oerang dgn tuduhan jahat kamu tau saddam hnya dr wartawan2 kafir /yg benci saddam. bagaimna klau perkataan mu itu tak betul dgn kebenaran, pasti kamu itu sendiri yg akn mendapat jaminan masuk neraka. jadi jgn lah kamu hnya krna duit blogger yg sedikit ini lantas menjadi penyebar fitnah musuh2saddam. Sekarang taliban yg fisabilillah di fitnah menjadi pengganas padahal anaknya istrinya sanaksaudaranya diperkosa dibunuh n disiksa. bagaimna klau ini terjadi padamu apakah kamu akan membiarkan anakmu istrimu di rogol? Pakai otak semua dong gmna kalau kamu kedatangan tamu yg jahat kerumahmu? Apa tindakan kamu? tolong jgn menuduh sesuka hatimu pada orang, ingatlah waktu dihisab di padang mahsyar.
ReplyDeleteinsya allah penulispun akan mendustakan saat bertemu mahdi,saat belum banyak orang belum banyak mengenalnya,,,
ReplyDeleteSetahu saya penulis blog ni telahpun meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dibalas dengan kebaikan atas penulisannya
ReplyDeleteAlhamdulillah...Allah Ya Latiff
ReplyDeleteAlhamdulillah...Allah Ya Latiff
ReplyDeletee_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ReplyDeleteWhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
[[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]