Saturday, 31 August 2013

KOMET ISON (4) Wajah Imam Mahdi Itu Sangat Bercahaya. Mari Melihatnya Dalam Cerita Bentok Lingkarannya Seperti Raksasa.



KOMET ISON (4) Wajah Imam Mahdi Itu Sangat Bercahaya. Mari Melihatnya Dalam Cerita Bentok Lingkarannya Seperti Raksasa. 

Saya telah mengkaji beberapa jenis bentok bulatan untuk menemukan sifatnya (maksudnya Komet ISON)  seperti raksasa. Ada bentok bulatan (circle), parabola & hyperbola.

Di antara ketiganya, bentok paling munasabah ialah parabola, yang bersesuaian dengan kata-kata Syaidina Ali (dalam Jufr Ahmar) seperti berikut.

“Hujung depannya (Komet ISON) bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa”,

Komet itu sekarang bergerak tak berhenti-henti. Dari catatan saintis, purata halaju pergerakannya sekarang (bulan Ogos) ini ialah 60,000 mph.

Kemudian kelajuannya dijangka meningkat dan terus meningkat sehingga akhirnya sampai kepada 845,000 mph saat dia mendekati matahari bulan November nanti.

[6] SEPERTI LINGKARAN RAKSASA
Ini adalah sifat keenam bagi Komet ISON.  Dan kami telah menyediakan 2 maksud raksasa seperti berikut.

MAKSUD RAKSASA [1]
Paling ringkas ia dapat diertikan dari sudut fizikalnya sendiri. Gambarannya adalah seperti sperma yang mempunyai kepala dan ekor.

Nukleasnya terkandung dalam kepala manakala ekornya sangat panjang. Dikhabarkan bahawa ia panjang seperti 100 hari perjalanan.

Anda faham maksud saya? Mari saya jelaskan. Katakan nukleasnya bergerak sehingga hari yang ke 100, maka ekornya yang terdiri daripada partikel-partikel debu masih lagi bergerak dan kelihatan.

Secara matematiknya, nisbah panjang kepala kepada ekor adalah 1: 10. Dan itu menunjukkan kepanjangannya yang sangat luar biasa. Dan barangkali itulah maksudnya, ia kelihatan seperti seekor raksasa.

MAKSUD RAKSASA [2]
Komet ISON ini juga adalah yang pertama kalinya dijumpai oleh manusia. Bahkan menurut kajian pusat angkasa, ia sudah bergerak sejak 10,000 tahun lalu.

Maka dari itu, dia digelar bintang berabad-abad (umurnya sudah tua) & mempunyai kitaran orbit 10,000 tahun sekali.

Jika ini diambil kira, maka kitaran orbitnya dianggap sangat besar dan dianggap menepati dengan gelarannya sebagai raksasa.

WALAU BAGAIMANAPUN
Walau bagaimanapun, kami berpendapat maksud raksasa (1) itu lebih tepat kerana lebih bersesuaian dengan keterangan Syaidina Ali dalam Jufr Ahmar yang berbunyi seperti berikut:

“Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa”,

MARI MERAPATI PERGERAKANNYA
Untuk lebih mengenali Komet ISON ini, ada baiknya kita merapati perjalanannya seperti berikut.

[1] Daripada 5 June sehingga 29 August 2013, Komet ISON (C/2012 S1) dikhabarkan mempunyai pemanjangan kurang dari 30 darjah daripada matahari.

[2] Pusat Teleskop Spitzer (The Spitzer Space Telescope) berjaya mengesan aktiviti Komet ISON pada 13 June 2013, yang berupa pengeluaran gas karbon dioksida pada kadar 1 juta kilogram (2.2 juta pound) setiap hari.

[3] Sekitar bulan September 2013, ia akan kelihatan cukup cerah untuk dilihat melalui teleskop kecil atau binokular. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dilihat melalui mata kasar sehingga November 2013.

[4] Dengan menganggap bahawa dia berjaya mendekati perihelion pada 28 November 2013, maka ia akan berjaya dilihat dengan mata kasar sehingga awal Januari (maksudnya 14-15 January 2014)

RAHSIA TERSEMBUNYI
Jika anda melihat ayat (3) & (4) di atas, anda akan melihat 2 perkara penting di sini.

PENTING [1] Ia boleh dilihat secara terang-terangan mulai 28/11/2013 dan seterusnya.

PENTING [2] Ia boleh dilihat dengan mata kasar (naked eye)

MAKSUD TERSIRAT?
Jika Komet ISON ini dianggap ada kaitan (isyarat kemunculan) dengan Imam Mahdi, maka maksud tersiratnya juga ada 2 seperti berikut.

TERSIRAT [1] Tarikh kemunculan Imam Mahdi akan bermula sejak dari tarikh  28 November 2013 atau tarikh selepas itu.

TERSIRAT [2] Ramai orang boleh melihatnya atau mengetahui kemunculannya.

MARI MENDENGAR MIMPI INI
Semalam, ada seorang Hamba Allah (namanya MIDDKA) yang menulis tentang mimpinya kepada saya seperti berikut. 

Sila rujuk ruangan komentar KEMUNCULAN IMAM MAHDI (4) Saatnya sudah semakin dekat, dekat & dekat.

“Mashaa Allah... Bulan Ramadhan yang lepas saya ada termimpi diperlihatkan wajah Imam Mahdi yang sangat indah rupanya. Saya terkejut dengan komentar dari Anon 12:58 perihal bicara Abah mengenai Imam Mahdi yang berambut merah. Saya turut bermimpi beliau (imam mahdi) berambut merah, berhidung mancung. Agak kurus sedikit, dan kelibatnya seperti seorang pemuda biasa. Janggutnya tidaklah lebat, nipis. Di dalam mimpi itu saya sempat bertanyakan, "Siapa pemuda ini? Gayanya seperti orang-orang dari Bani Israel." Kemudian ada suatu suara memberitahu saya, itulah rupa Imam Mahdi. Pada masa kejadian mimpi itu, saya berada di sebuah tasik. Susuk tubuh Imam Mahdi yang saya lihat seperti seorang gergasi yang merenung ke dalam ke sebuah tasik yang semakin kering. Manakala saya seperti semut yang tersangatlah kecil jika mahu dibandingkan dengan beliau. Wallahu'alam”.

SEMOGA DIA DIRAHMATI ALLAH
Semoga mimpinya itu benar. Dan semoga hidupnya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah setiap waktu. Melihat keadaan yang berlaku sekarang, maka saat kemunculan Al-Mahdi itu sudah tersangat dekat.

DUA TARIKH PENTING KOMET ISON
Ada dua tarikh penting sepanjang pengkajian terhadap komet ISON ini. Mari kita melihatnya dari Tahun Hijrah.

TARIKH [1] : 28/11/2013 (Tarikh Mula Perihelion) adalah bersamaan dengan 22 Safar 1435H.

TARIKH [2] : 14/1/2014 (Tarikh Akhir Perihelion) adalah bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1435H.

Kata kunci penting dari 2 tarikh tersebut ialah tahun 1435H. Dan kata kunci tersebut tentunya mempunyai misteri yang patut anda tahu.

Saya berhenti di sini dahulu. Misteri sekitar 2 tarikh tersebut akan saya kupas berikutnya. Insyaallah. Bersabarlah menunggu siri berikutnya dengan cerita yang lebih sarat dan lengkap.

SABTU 31/8/2013 HARI KEMERDEKAAN.

10 comments:

  1. alangkah baiknya jika kami mengetahui apa yang dilakukan Muhammad sekarang ini? yg kata abah bakal calon IM, paling tidak bagaimana reaksi beliau melihat keadaan konflik timur tengah yg semakin memperihatinkan, Sehebat hebat IM tdk akan sanggup mnghadapi dunia sendirian tanpa para pendukung dan mujahid yg siap dan setia, paling tidak dari sekarang beliau telah mempersiapkan semuanya, karna kata abah bahwa waktunya sudah semakin dekat, semoga dibai'ah ataupun tidak dibai'ahnya Muhammad ini, tetap dia bisa menjadi org yg membawa nusantara ke arah kedamaian walaupun dia bukan IM yg sebenarnya....Amin, insyaallah



    salam untuk Muhammad dan gembalaanya,,,

    ReplyDelete
  2. Abah akan menghubunginya untuk bertnyakan keadaan dan pendapatnya. Nampaknya kisah IM semakin panas, seperti panasnya kisah AS mula menyerang Syria & konflik Mesir itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dengan nusantara terutama malaysia ini? Ada org kata perjanjian TPPA bakal membawa masuk perubahan ketara. Kaitan harta raja raja. Boleh ulas ?

    ReplyDelete
  4. maaf, apakh mnurut abah PBT tlah muncul? kira2 ada sdikit kaitan dan hubungan sama Muhammad calon IM? maaf

    ReplyDelete
  5. Saya bukan peminat astrologi tuan (Abah). Sekadar memaklumkan isyarat. Mengenai kisah mimpi, Hadrat Imam sememangnya dari keturunan ahlul bayt Nabi SAW memang tidak dipertikaikan. Namun beliau sangat hampir dengan kelompok Banu Ishaq, Afghanistan maka tidaklah menghairankan kalau mengambil susuk rupa Banu Israel. Banu Ishaq Pashtun yang kini kebanyakan hidup dalam buangan masih memelihara ras keturunan mereka tidak pernah bermuafakat dengan para teroris takfiri ciptaan Zionis & khawarij Najd dan jangan kaitkan dengan Taliban yang semata-mata agen fitnah rekayasa mereka (musuh Islam) dalam memburu Imam setelah sekian lama. Mereka Banu Ishaq ini telah menadah tangan berdoa untuk bantuan ALLAH sejak mulanya peperangan Afghan-Soviet ciptaan AS & Zionis untuk memecahkan blok Soviet. Kajilah tertib bantuan ALLAH pada banu Ishaq nescaya tidak akan melebihi 40 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bahkan dalam diri dan tubuh Imam terdapat tanda yang jelas bahawa dia adalah salah seorang dari keturunan bani Ishak. siapa yang perasan ada ciri fizikal tertentu pada bani Ishak maka siapa yang mahu kenal dia, carilah dengan bantuan Allah.

      Delete
  6. saya bukan seorang astrologi. tetapi saya sedang mengupas tentang komet ISON dari sudut penceritaannya dari manuskrip2 tua zaman dahulu kala.

    Saya pernah terengar cerita tentang bani ishaq yang ada kaitannya dengan kaum pahstun. Masing2 kita ada teori dan pandangan masing2.

    Mari kita sama2 membaca. Saya suka juga membaca artikel2 tuan dn sangat menghargai beberapa pendapat tuan di dalamnya.

    Semoga tuhan merahmati tuan dan juga saya. Dan semoga mempertemukan kita di dalam kebenaran selama-lamanya.

    ReplyDelete
  7. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
    (Ibrahim 14:35)

    ReplyDelete
  8. saya IBU WINDA posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai ibu rumah tangga gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259 tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




    ReplyDelete