Mari kita melihat
semula Komet ISON itu dari bawaannya sejak 10,000 tahun lampau. Apa maksudnya
ia diliputi oleh api, salji, udara dan tanah?
Saya akan terangkan
kepada anda. Maksudnya begini. DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR
KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.
Anda tentu sukar
memahaminya. Teruskan membaca sehingga anda terjumpa maksud dari hati saya.
ADAKAH MEREKA SAMA?
Setengah orang
berpendapat ia sama dengan Komet 1680 (The Comet Of 1680).
Ternyata anggapan
mereka itu salah. Kajian yang dibuat oleh saintis mendapati bahawa walaupun
mereka seakan-akan sama, seolah-olah dari satu induk (the same parent body),
tetapi mereka sebenarnya tidak berkaitan antara satu sama lain.
Sila rujuk post kami
pada siri (1) untuk pengesahan perkara ini. Kami telah menyebut perkara ini di
situ.
INI FOKUS KAMI
Perkara yang ingin kami
focus pada siri (2) ini ialah tentang sifatnya yang diliputi api, salji, udara
dan tanah. Mari kita lihat semula petikan kata-kata Syaidina Ali k.a.w dalam
kitab Jufr Ahmar.
“…. yang diliputi api,
salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya
matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung
belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit
yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan
kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan
kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan
kerugian bagi orang-orang jahat”.
[5] YANG DILIPUTI API,
SALJI, UDARA DAN TANAH.
Kami namakan sifat itu
sebagai sifat kelima. Kami telah membahas sifat-sifat sebelumnya pada post yang
lepas. Harap maklum.
Sekarang saya memberi
sebab kenapa DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE
SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.
Ayat di atas terkandung
di dalam 4 bahan yang akan kami ceritakan satu persatu. Mari kita mulakan
dengan bahan yang pertama.
BAHAN [1] : API. Dari maklumat
sains yang kami terima tentangnya pada waktu perihelion (the time of closest approach near
the sun) dianggarkan suhunya mencapai 2,700 °C (4,890 °F),
Itu adalah kepanasan
yang sangat tinggi , yang cukup panas untuk mencairkan besi.
MAKSUD API DENGAN
KEBERANIAN
Jika kita melihat
perkaitan ini, maka jelas sekali orang yang akan datang itu (Imam Mahdi)
mempunyai keberanian yang sangat tinggi untuk menundukkan segala manusia yang
sombong dan takbur.
Dengan ini, mana-mana
kuasa besar sekalipun akan jatuh dan roboh kepadanya. AS dan Negara-negara
Barat akan menyerah kepadanya. Russia, Cina & sekutu-sekutunya akan tunduk
kepadanya.
Bahkan Yahudi yang
terkenal sombong dan takabur itupun akan mengakui kepahlawannya.
Jangan kamu takut dan
ragu-ragu untuk berpihak kepadanya. Sekalipun dia gagap dan kakinya pincang,
tetapi dia berhati berani untuk menewaskan musuh-musuhnya.
Janganlah kamu bersikap
bodoh dengan menurut orang-orang yang bodoh sehingga mempersenda-sendakannya.
Ingatlah kepada hadis Rasulullah SAW yang berbunyi seperti berikut.
“Bintang adalah
keselamatan bagi penghuni langit dan ahlul bait (terutama Al-Mahdi) adalah
keselamatan bagi penduduk bumi”.
BAHAN [2] : SALJI. Ia
juga diselaputi oleh salji. Bintang ini bukan setakat mempunyai api yang panas,
tetapi juga mempunyai salji sehingga ia digelar PENJELAJAH BERSALJI
Mari kita dengar
kata-kata seorang saintis yang menukilnya sebagai penjelajah bersalji seperti
berikut.
“Lebih kurang 10000
tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju
matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan
sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu
pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini”.
Kemudian
ada juga pendapat atau kata-kata dari seorang saintis cun astronomi bebas, Luke
Scantamburlo yang berkata seperti berikut,
“pada
pendapat saya, sebagai sebuah badan cakerawala di abnormal pendekatan untuk
Matahari, dan shuns model komet yang berkaitan dengan imej bilangan kecil atau
bola salji kotor….”
BOLA SALJI
KOTOR
Maksud yang
cuba disampaikan oleh beliau ialah tentang bola kecil yang penuh salji. Ia
ditakrifkan kotor ialah barangkali kerana perjalanannya yang panjang sehingga
mencapai 10,000 tahun untuk mencapai satu kitaran orbitnya.
MAKSUD
SALJI DENGAN KEBENARAN
Semua orang
tahu bahawa salji itu putih. Dan putih itu pula bermaksud kesucian. Dan
kesucian itu pula bermaksud kebenaran.
Putih itu
indah sebagaimana kebenaran itu juga indah. Bahkan putih itu sendiri
menimbulkan pemandangan yang sangat cantik dan indah.
Saya baru
terbaca di Metro Online tentang Gurun Acatama di Chile mula diliputi salji.
Selama berpuluh-puluh tahun ia kering kontang dan tandus, tiba-tiba ia menjadi
sangat cantik dan indah oleh hamparan salji. Itulah kehebatan salji dan
barangkali itulah perkara yang patut kita tahu tentang manusia suci akhir zaman,
Al-Mahdi Al Muntazar.
KEBENARAN SEORANG PEJUANG
Seperti
kata seorang komentar yang pernah saya baca, Al-Mahdi sangat takut untuk
menerima takdirNya, maka kerana itu dia lari, lari & lari. Maka dia dipaksa
untuk menerima baaih. Maka bermulalah tugasnya sebagai pemimpin akhir zaman.
Dia
dilantik Tuhan untuk memimpin umat Islam. Maka kepimpinannya ibarat salji yang bermaksud
kebenaran. Dan kebenaran yang dia bawa itu pula memberi keindahan kepada akhlak
manusia melalui keindahan akhlaknya. Kemudian kebenaran yang dia bawa itu juga
menjadi pedoman dan bimbingan kepada susunatur hidup umat Islam di akhir zaman.
Bukan
sahaja kita (umat Islam) terpesona dan tertarik dengan akhlaknya,
kasihsayangnya, kehalusan budi pekertinya, amalan hidupnya & penegakkan
sunnah-sunnah Rasul di dalamnya, bahkan umat-umat lain juga. Bahkan segala
binatang dan pohon kayu juga. Semuanya menerima rahmat dengan bertebarannya
butir-butir salji indah daripadanya.
SIFAT [3] :
UDARA. Komet ISON ini juga memiliki udara bersamanya, selain api dan salji yang
kami sebut sebelum ini. Mana buktinya bahawa ia mempunyai udara (atau gas)?
Mari kita
dengar kata-kata Luke Scantamburlo sekali lagi.
“Sudah tentu, inti cometary
dikelilingi oleh debu dan gas yang dikeluarkan oleh komet (maksudnya komet
ISON) secara beransur-ansur disebabkan oleh interaksi angin solar dengan tenaga
sinaran Matahari….”
Apa yang
disebut oleh Syaidina Ali k.a.w bahawa komet ini diliputi oleh udara juga benar
dan bertepatan sekali dengan penemuan-penemuan sains.
MAKSUD
UDARA DENGAN MEDIUM
Medium ini
maksudnya ke seluruh alam. Ini kerana udara itu wujud di mana-mana sahaja,
samada di bumi, lautan mahupun di kawasan atas (atmosfera). Maka udara itu bermaksud seluruh kawasan yang
terdapat di sekeliling kita.
Bila
Al-Mahdi muncul, dia akan membawa kebenaran itu ke seluruh alam. Ke Timur &
ke Barat, Utara & Selatan. Negeri-negeri besar & kecil semua mengetahui
kemunculannya & mengetahui pula kebenaran yang dibawanya. Kepimpinannya diterima
global samada secara rela atau secara peperangan.
Tidak ada
sesiapapun yang dapat memberi alasan kepadanya. Kerajaannya luas seperti kerajaan
Raja Iskandar Zulkarnain. Dan atas sebab itulah, dia menjadi pemimpin baru untuk dunia yang
baru, dunia Islam alaf baru.
SIFAT [4] TANAH : Maklumat saintifik yang kami kutip
mengenainya menunjukkan bahawa saiz “nukleus palsunya” (teras pepejal dikaburi
oleh gas dan debu yang membentuk koma komet) terdiri daripada kadar yang luar
biasa. Debu yang dimaksudkan itu adalah tanah, iaitu bahan keempat yang kami
sebutkan sebelum ini.
Maka kerana itu, hendaklah anda faham bahawa Komet ISON itu
diliputi oleh api, salji (air), udara & tanah. Ini bersamaan pula dengan
kata orang-orang tua bahawa dia terdiri daripada tanah, air, api & angin.
APA MAKSUD TANAH ITU?
Kalau anda biasa menelaah kitab-kitan tua, pasti anda terjumpa
perbahasan antara langit dan bumi tentang kelebihan mereka. Dipendekkan cerita,
bumi itulah yang lebih mulia kerana di dalam perutnya, terdapat kubur para Nabi
& Rasul.
TANAH BERMAKSUD TAWADUK
Kemudian di antara kawasan bumi (tanah) itu, terdapat pula yang
lebih tawaduk (merendah diri) di antara mereka. Contohnya, Gunung Tursina lebih
tawadhuk daripada gunung-gunung yang lain di zamannya sehingga Tuhan memilihnya
untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
Banyak lagi contoh-contoh lain. Tetapi maksud tanah itu
adalah tawaduk (rendah diri). Dengan ini, hendaklah anda ketahui bahawa
Al-Mahdi Akhir Zaman itu adalah seorang manusia yang sangat tawaduk.
Kami akhiri post kali ini dengan pengulangan ayat yang
sangat penting.
DIA (AL-MAHDI) ITU
MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.
Banyak lagi rahsia-rahsia lain yang akan terbuka selepas
ini. Insyaallah. Kami akan membahas segala sifat-sifatnya, seluruhnya sehingga
kita semua akan menjumpai sesuatu yang lebih menakjubkan.
Begitu juga tentang ramalan Nostradamus terhadapnya.
Teruskan membaca sehingga siri-siri berikutnya.
JUMAAT 30/8/2013
nabi muhammad tidak gagap dan tidak pincang
ReplyDeleteal mahdi tidak gagap dan tidak pincang
pemimpin dunia al mahdi tampan seperti Sri Krisna,
kurang lancar bicara seperti nabi Musa
cepat berjalan seperti Nabi Muhammad
Allah tentu ciptakan bentuk rupa dan tubuh yang indah bagi pemimpin akhir zaman,
sama seperti Allah ciptakan rupa dan tubuh indah bagi Adam, Ibrahim, Yusuf,Sulaiman, dan Muhammad saw.
SAYA INGATKAN !!!
HATI -HATI MEMBUAT CERITA TENTANG AL MAHDI, NANTI SAYA KUTUK ANDA
PEMIMPIN AKHIR ZAMAN HARUS TAMPAN DAN MENARIK HATI SELURUH ORANG YANG MEMANDANG WAJAH NYA.
WAJAH YANG BAIK, HATI PASTI BAIK
Haha, wajah orang israel dan roma vatikan baik baik bos....Alhamdulillah.
DeleteAnon 1957...
DeleteKamu bukan Tuhan yang boleh menetapkan ini itu begini begitu. Jika Tuhan memilih sebaliknya dari apa yang kamu sangka, apa kamu mahu kata? Masing2 ada kecenderungan masing2. Abah sangka Muhammad nya itu lah al Mahdi. Ya mungkin ya mungkin tidak tapi tak perlu la menetapkan sekian sekian.
kepada Anonymous29 August 2013 19:57, komen anda mencerminkan personaliti diri anda...dont judge a book by its cover bro...bahasa jiwa bangsa-hussein hakim
ReplyDeleteSalam untuk semua.
ReplyDeleteJangan kita berlarut-larutan dalam emosi. Tak baik. Tak manis. Tak elok. Elok saudara2 semua baca Komet ISON (3), siri terbaru saya untuk melihat jawapan saya tentang kegagapan dan kepincangan Imam Mahdi.
Kepada saudara saya, anony 29/8/13 19 : 57, janganlah anda terburu2 nak mengutuk saya, sebab perbuatan terburu2 itu datangnya dari syaitan.Harap maklum.
saya IBU WINDA posisi sekarang di malaysia
ReplyDeletebekerja sebagai ibu rumah tangga gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259 tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan