Saturday, 24 August 2013

MARI SAYA JELASKAN KEKELIRUAN ANDA



Saya telah menerima sebuah komentar dari seorang Hamba Allah yang bernama Abdel Malek Mus’ab As-Zamaksyari. Nama sebenarnya Abdul Malik bin Seman, pemilik sebuah blog XXXXX yang telah dihapuskan. Dia juga warganegara Malaysia seperti saya. Cuma saya tidak tahu, dari negeri mana dia berasal.

Mari kita dengarkan kata-katanya, sebagaimana yang tertulis dalam ruangan komentar dalam post, KEMUNCULAN IMAM MAHDI (5), Inilah hakikat Namanya. Tidak Akan Dijumpai Sampai Bila-Bila.

Alangkah indahnya bila membaca tulisan saudara.. Saudara mengatakan itu dan ini dengan perjalanan cerita yang amat menarik.. Namun sayangnya, hakikat sebenar penulisan saudara tidak lebih dari hikayat yang mirip kepada cerita dongeng dahulukala..

Saya membaca hampir 5% sahaja penulisan saudara.. Dan saya temukan banyak cerita-cerita 'lucu' di dalamnya.. Tambah mengelikan hati apabila saudara mengatakan bahawa saudara kenal akan Muhammad (Imam al-Mahdi) dan Muhammad itu pula rapat dengan saudara.. Alangkah manisnya hidup saudara jika begitu..

Saudara.. Jika semua manusia di bumi Allah (termasuk ulama'-ulama' besar dan para Mujahideen di seluruh dunia) tidak punya kemampuan untuk mengenali Imam al-Mahdi, apakah kelebihan yang saudara miliki hingga mampu rapat dengannya? Berikan satu sahaja sebab yang membuktikan saudara layak untuk bersemuka dengan Muhammad al-Mahdi berbanding semua manusia lain..

Saudara.. Jangan berkata sesuatu yang saudara sendiri tahu tidak ada kebenarannya.. Jangan berkata sesuatu yang bukan haq saudara.. Jangan berkata sesuatu demi untuk mendapat pujian manusia yang sedikit nilainya.. Bertaubatlah.. Pohonlah Keampunan Allah SWT.. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun..

Saudara.. Imam al-Mahdi itu pasti akan tiba.. Dan dia tetap akan keluar di khalayak manusia walaupun semua manusia menafikannya.. Janganlah ada antara kita yang terlalu ta'sub sehingga berkata sesuatu yang bukan haqnya.. Yang paling penting adalah tingkatkan usaha kita untuk memperlengkapkan kesatuan ummah bagi menyambut kedatangan al-Mahdi.. Bukan dalam ilmu kita untuk berkata al-Mahdi akan tiba dengan pakaian yang begini, wajah yang begini, cara yang begitu, berbuat begini dan begitu melainkan berpandukan apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW.. Bukan juga dalam ilmu kita untuk berkata al-Mahdi akan keluar pada waktu sekian hari sekian bulan sekian dan tahun sekian di tempat-tempat sekian melainkan apabila Allah SWT berkehendakkan yang demikian..

Saudara.. Tulisan saudara hanya akan membuahkan pandangan tentang betapa ceteknya pemahaman sebenar saudara tentang Hakikat Akhir Zaman.. Saya juga bukan begitu arif, bahkan tidak ada kelebihan langsung dalam memperkatakan sesuatu yang bukan dalam ilmu ini.. Tetapi gaya dan bahasa saudara mengatakan seolah-olah saudaralah orang 'kepercayaan' al-Mahdi.. Namun pada pandangan saya, saudara tidak lebih cuma hanya mahukan perhatian yang lebih dari kalangan manusia terbanyak..

Wallahu`alam..

Pesanan saya : "Saudara.. Celakalah manusia-manusia yang menjual urusan Akhirat (agama) dengan harga dunia yang sedikit.. Dan berbahagialah manusia-manusia yang menjaga lidah mereka.. Ingatlah saudara, bahawa barangsiapa yang membuat khianat (menipu) dengan menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya; maka haram bagi mereka itu bau Syurga walaupun bau Syurga itu dapat dihidu dari jarak yang jauh"..

JAWAPAN [1]
Saya tidak pernah menganggap Muhamad itu sebagai IM, bahkan saya pernah menyebut (menulis) sebelum ini bahawa kalau Muhamad itu datang kepada saya dan mendakwa dirinya sebagai IM, maka sayalah orang pertama yang akan mengusir dirinya daripada khalayak ramai.

Saya hanya menduga (membuat anggapan awal) bahawa Muhamad itu calun IM disebabkan beberapa perkara seperti berikut.

[1] Beliau bermimpi beberapa kali (sejak berusia 13T), salah satunya bertemu Rasulullah SAW dan memeluk baginda semasa baginda duduk di atas kerusi raja. Banyak lagi mimpi-mimpinya yang lain. Tetapi biarlah saya rahsiakan.

[2] Memiliki persamaan-persamaan fizikal seperti yang tercatit di dalam hadis dan keterangan ulamak. Kalau saya tidak menjumpai bukti-bukti ini, pasti saya menolaknya tanpa tolak ansur sedikitpun.

JAWAPAN [2]
Terdapat kesamaan antara sifat-sifat fizikalnya dengan hadis dan keterangan ulamak. Di antaranya, [1] berambut merah, [2] gagap, [3] pincang atau pahanya melebar, [4] dahi sulah (botak), [5] bertahi lalat di pipi kanan, [6] berkulit sawo matang  dan sebagainya.

Anda boleh percaya dan boleh juga menolak keterangan saya. Saya tidak untung satu sen pun dari keterangan ini dan tidak rugi apa-apa pun jika anda mencemuh saya.

Sila ke Blog saya MENCARI DAMAI DI LANGITMU (MDLM) dan baca semua cerita saya tentang IM. Paling penting, sila baca MANUSKRIP TEMBAGA (29A) Rujukan kepada Nas Hebrew/Ibrani dan juga  MANUSKRIP TEMBAGA (29B) Rujukan kepada Nas Aramiah.

Sebenarnya banyak cerita tentang IM berada di sana. Elok anda ke sana & baca selumat-lumatnya cerita tentang dia. Itu penting supaya anda mendapat info lebih lengkap.  

JAWAPAN [3]
Saya ada tiga kemungkinan untuk menceritakan pasal IM Akhir Zaman. Tetapi saya memilih untuk berlaku jujur kepada diri sendiri. Pahit atau manis, kelat atau masam, semuanya akan saya telan sekalipun anda tidak percaya kepada saya.

KEMUNGKINAN [1] : Saya berbohong sepanjang cerita saya mengenai IM dan Muhamad itu sendiri. Kalau begitu keadaannya, maka sia-sialah saya mengambil tarikat Samaniyah Naqsanbandiyah dari guru saya, Tuan Haji Basir bin Khatib pada 30/8/1985, kira-kira 28 tahun yang lampau. Celakalah diri saya dan musnahlah kesucian tarikat saya serta rosaklah nama ahli-ahli silsilah tarikat saya sampai kepada Rasulullah SAW.

KEMUNGKINAN [2] : Saya membuka cerita saya tentang IM tetapi menyembunyikan pertemuan saya dengan Muhamad. Maka apakah erti perbuatan saya ini?

Adakah saya patut berbuat demikian semata-mata untuk mengelak diri dari dikata ujub (bangga diri), sombong, mempamerkan hebat dan sebagainya? Demi Allah, saya tidak ada sedikitpun cita-cita untuk meraih semua itu. 

Bahkan apa yang berlaku sekarang adalah geri-geri dari Allah Taala. Semuanya kudrat dan iradat Dia sahaja. Mulai tahun 2012, saya tercari-cari siapakah pemilik 2 buah mimpi yang saya jumpai dalam sebuah blog. Masa itu, fikiran saya mengatakan pemilik mimpi itu adalah seorang yang hebat, bahkan suatu masa nanti, dia akan menjadi seorang yang hebat.

Awal tahun 2013, dia datang ke fb saya. Kebetulan masa itu, saya secara tak senjaga confirm satu nama dari Indo. Dia kemudian menghantar mesej..ASSALAMUALAIKUM ABAH. Saya terkejut dan hairan. Dia lantas memperkenalkan diri sebagai Muhamad. Maka bermulalah perkenalan kami.

Barangkali ini adalah kemakbulan doa saya 30 tahun yang lepas.

Saya pernah menyebut sebelum ini, bahawa di antara doa utama saya 30 tahun lepas  ialah supaya Tuhan mempertemukan saya dengan IM, berjuang bersamanya dan mendapat syahid di dalam perjuangan menegakkan Daulah Islamiyah Akhir Zaman.

KEMUNGKINAN [3] : Menulis secara jujur, berani dan tanpa apa-apa kepentingan peribadi. Kalau memang saya tidak mengenal Muhamad & mengetahui pribadinya, maka Demi Allah, saya tidak akan menulis sedikitpun tentang dia.

Apa yang saya tulis tentang dia, semuanya benar.  Dia sudah beristeri, sudah anak dua dan mempunyai pekerjaan di bidang pendidikan. Dalam cerita Bocah Angon (si anak gembala), dia mengembala ranting dan kayu (bidang penulisan).

KESIMPULANNYA
Anda boleh percaya atau tidak kepada saya. Bagi saya, dia belum lagi IM selagi belum dibaaih. Tetapi hidupnya selalu murni. Dia sangat baik kepada anak-anak kecil dan orang miskin.

Konsep utama hidupnya adalah jujur dan banyak berserah diri (tawakkal) kepada Tuhan. Sekian dahulu. Nanti kita jumpa di lain waktu.     

16 comments:

  1. abah, saya sangat setuju dengan apa yang abah katakan pada tulisan terdahulu :
    ..Tujuan saya memanaskan cerita IM ini adalah supaya manusia2 akhir zaman tidak terkejut dengan kedatangannya. Itu sahaja.
    .....
    semoga kita menjadi manusia-manusia pilihanNya, amin.
    wassalam,
    penunggu imam mahdi

    ReplyDelete
  2. Teruslah menulis Abah, luruskan niyat dan selalu berserah diri,
    semoga kita selalu dalam lindungan Alloh Swt.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Abah, teruskan saja tetapi jgn taksub sahaja. Saya sendiri pernah jumpa orang macam Muhammad (berdasarkan apa yang abah cerita). Ada sebahagiannya melebihi sebahagian yang lain. Salah satunya mungkin dia yang ditunggu.

    Perlu diingat al Mahdi ialah Imam Zaman, dia seorang dah sangat istemewa. Orang kanannya pun sgt istemewa dan selebihnya dari kalangan 313 semuanya istimewa. Sudah begitu lama tiada dikumpulkan sebegini ramai sejak berakhirnya badar..

    ReplyDelete
  4. IM akan muncul..In Sha Allah...saya setuju dgn abah.. Abah bukannya mengatakan ya ialah IM tapi.. Allah lebih mengetahui.bersabarlah kita menunggu saat itu..bakal rakan FB abah

    ReplyDelete
  5. Salam abah..tadi saya terbaca satu blog yg menceritakan perihal perang amagadon dan imam mahdi..blog tu di tulis sekitar 2007..kemudian di bahagian komen ada hamba Allah yang namanya Dono menceritakan mimpinya saya rasa bertembung dengan malaikat...wallahualam..adakah ianya Muhammad yang mungkin abah ceritakan... Bakal rakan FB abah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. ada bainya kalau anda dapat copypaste content cerita itu di isitu. boleh kita sama2 tengok dan buat kajian. abah rasa bukan muhamad yang menulis, tetapi abah cuba tanyakan.

      Delete
  6. Dono. berkata

    Julai 29, 2008 pada 10:32 am
    Ass.wr.wb,
    Sebelum saya menceritakan pengalaman saya yang berikut ini, saya memohon agar kita sebagai muslim agak sedikit melapangkan dada untuk menerima atau tidak menerima cerita saya berikut ini.Apakah ini suatu kenyataan ataukah tidak terserahlah kepada yg mendengarnya, kalau seandainya anda keberatan untuk menerimanya dan menghapusnnya, untuk pribadi saya, juga saya tidak ada masalah,karena menurut hakikat saya,mendengar atau melihat cerita ini akan menimbulkan kebencian, penghasutan, pencacian dll,jadi saya serahkan saja kepada akal manusia yg sehat untuk menimbang baik atau buruknya.

    Beginilah ceritanya:
    Pada tanggal 3 bulan juli th 2008 masuk bulan rajab malam jumaat lalu setelah maghrib muncul makhluk bersayap yg sayapnya seperti mutiara-mutiara yg bertebaran di muka bumi ,begitu besarnya beliau dari pandangan saya,yg berjarak kira-kira 5 meter dari hadapan saya,keindahaan beliau tidak terlukiskan.
    Perkataan beliau yg pertama adalah: Tuliskan!lantas sekali lagi Tuliskan!
    Saya cepat mengambil kertas dan pena kemudian duduk kira-kira satu meter dari hadapan beliau.
    Perkataan beliau yg kedua:Assalamualaikum.
    Saya jawab wallaikumsalam.
    Perkataan beliau yg ketiga:saya Jibril,Tuliskan!
    Saya akan datang bersama Isa almasih kedunia bersama sembilan wali-wali dan bersama 200 lebih malaikat-malaikat.
    Waktu sudah sangat singkat, mulai tahun 2010 banyak kejadian yg akan merampas jiwa manusia.
    Perkataan beliau yg keempat:apa yg engkau inginkan? menyebarkan firman-firman Allah S.W.T, jawab saya.
    Perkataan beliau yg kelima:ada lagi?InsyaAllah, Allah S.W.T akan memberikan petunjuk kepada kami,jawab saya.
    Perkataan beliau yg keenam:baiklah! lantas beliau mengambil kedua belah tangan saya,beliau menyuruh saya berzikir.
    -Allahhuakhbar33x
    -Subhanallah33x
    -Alhamdulillah33x
    -Allah S.W.T33x
    -Laillahhailallah33x
    -Laillahhailallahmuhammadarasulallah33x
    Perkataan beliau yg kesepuluh:ingat!
    1.jangan engkau sombong
    2.bersabarlah
    3.sayang kepada kedua orang tua
    4.jangan engkau membuat kesalahan
    Beliau tunduk sejenak, lantas beliau berkata,saya musti kembali dan menyapa saya assalamualaikum, saya jawab wallaikumsalam Jibril a.s, dia membuka sayapnya lantas terbang begitu cepatnya.

    Saya beranggapan bahwa ini hanyalah sebagai amanah.
    Marilah kita menyimak cerita ini bersama dengan akal yg sehat menurut Alquran dan hadits-hadits rasulallah Muhammad S.A.W.

    Wassalam,Dono.

    Apa pendapat abah..bakal rakan FB abah

    ReplyDelete
  7. Cerita yang sangat menarik. Abah pernah terbaca dulu. Cuma ingat2 lupa. Tentang kesahihan cerita itu, mari kita serahkan kepada Tuhan. Semoga Allah merahmati kita semua.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt., saudara ABAH, saya ingin sekali menjadi "friend" dalam FB saudara, tapi tidak tahu apakah alamat fb saudara. TQVM.

    ReplyDelete
  9. tidak salah andai segala sesuatu yg kita usahakan dan bicarakan akan membantu dan mendorong orang lain untuk meningkatkan keimanan masing2..semoga kita sentiasa berusaha bagi meningkatkan ketaqwaan diri serta ibadah dan sentiasalah berusaha agar kita diberikan hidayahNya dan keberanian utk menjunjung panji-panji Islam sebenar2nya. Amin.

    ReplyDelete
  10. Salam abah, bisa sy tau email address abah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila masuk MDDLM - Perang Amargeddon (4)....

      Delete
  11. AL-FATEHAH BUAT ALMARHOM PAK USTAZ (ABAH / CIKGU ZAIN) YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 19/09/2013... SEMOGA ALLAH TEMPATKAN RUHNYA DIKALANGAN HAMBA2NYA YG BERIMAN.... AMIN...

    Diperkirakan kalo ngak silap, karya AlMarhom yg terakhir adalah pada MDDLM : PERANG AMARGEDDON (4).... @17/09/2013... Allahu'alemmm...

    ReplyDelete
  12. AL MAHDI bermakna ORANG YANG DIBERI PETUNJUK. Siapakah orang diberi petunjuk itu? Jangan kita risau akan kehadirannya. Jika kalian semua ingin bersama sama menegakkan Dien Al Islam..maka kembalilah kepada Al Quran..pelajarilah..dalamilah...pasti kalian akan dipilih Allah untuk bersama sama AL MAHDI. Janji Allah itu benar. Kepastiannya ada didalam Al Quran. Hanya orang orang yang mempergunakan AKALnya yang akan dapat dipertunjukkan segalanya.

    ReplyDelete
  13. Salam semua, agak menarik cerita tapi saya baru saja di beri tugas pada Oct 2015. Saya masih lagi mencari2 petunjuk.
    Tugasan pertama saya adalah memberitahu semua BLOGGERS supaya berhenti menyebarkan pengajaran yang menyalahi ajaran Islam kerana Allah di dalam kitab Al-Quran telah menyatakan bahawa kebanyakkan penghuni Neraka adalah pengfitnah ajaran Islam. Saya cuma seorang pemberitahu sahaja. Sila rujuk Surah Al Baqarah. Tq

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Bukan ke tuan sendiri yang menolak teori IM tu berasal dari Nusantara. Kalau Muhamad tu dari Indo, kenapa berharap yang dia akan jadi IM? Terima kasih.

    ReplyDelete