Ramai orang sangat gembira dengan kehadiran komet ISON. Kata mereka, komet ini sangat
terang, bahkan 15X ganda lebih terang dari bulan purnama.
Kata setengah yang lain, aku gembira sebab komet ini sebagai
tanda kepada kemunculan Imam Mahdi Akhir Zaman.
Nasihat saya, janganlah anda terlalu gembira dengan
kedatangan komet ini. Ada 3 sebab utama. Mari kita tengok satu persatu.
[1] Ia datang pada saat Syria dan Mesir mengalami
kesedihan dan kemusnahan. Kalau anda gembira, bermakna anda menyukai kesedihan
dan kemusnahan yang saudara-saudara kita alami.
Tetapi kalau anda gembira bahawa kedua-duanya akan aman
sejahtera kembali di bawah pemerintahan Imam Mahdi, maka kegembiraan anda itu adalah
benar. Ketahuilah, bahawa Imam Mahdi itu pembawa rahmat & pemusnah
kejahatan.
Tetapi ingin saya jelaskan, masa kemunculan Imam Mahdi
itu masih jauh lagi, sebab Pemuda Bani Tamin (PBT) pun belum keluar lagi. Jarak
antara kedua-duanya adalah 18 bulan atau 1.5 tahun.
[2] Ia datang pada waktu yang hampir berkebetulan dengan Perang Amargeddon
yang akan mencetuskan konflik antara Blok Timur & Barat di tengah-tengah
kawasan dunia Islam. Maka masamlah segala wajah yang telah menderita. Dan
bersedihlah segala hati yang telah mengalami pahit kehidupan.
Kalau anda bergembira dengan kedatangan komet ISON, maka
seolah-olah anda gembira dengan berlakunya perang Amargeddon ini. Janganlah
sesekali anda gembira. Perang ini bukan untuk kita. Perang ini sangat
merbahaya.
[3] Fitnah akan terus datang dan datang, bahkan akan
bertambah pahit dan pahit. Sebelum perang Amargeddon, fitnah bertunas serata
tempat. Bila ia berlaku, fitnah merebak ke serata tempat. Dan sebelum ia
berakhir, fitnah menyentuh sesiapa sahaja.
FITNAH [1] Pertelingkahan sesama Islam di Syria, sehingga
askar & rakyat berperang sesama mereka, ulamak berperang fatwa menegakkan
kata. Darah mengalir, pembunuhan merata dan ramai warga tua, anak-anak &
wanita menjadi pelarian ke Negara jiran.
FITNAH [2] Perbalahan politik di Mesir, sehingga dua
kumpulan bersaudara bertempur sesama mereka. Ini juga fitnah besar. Ia bukan
semakin surut tetapi akan berterusan sehingga terjadi perang saudara.
FITNAH [3] Perang Amargeddon antara kuasa Barat dan kuasa
Timur. Perang ini akan mengheret blok masing-masing, sehingga umat Islam keliru
untuk memilih blok mereka. Pemimpin-pemimpin Islam senyap di bawah ketiak
kuasa-kuasa besar. Ulamak-ulamak akan lebih senyap. Maka rakyat biasa akan
menjadi korban dari segala kesulitan dan kesusahan ini. Maka niat merekalah
yang penting.
ADAKAH ANDA GEMBIRA?
Adakah anda gembira dengan kemunculan Imam Mahdi? Saya
secara pribadi tak boleh menjawab secara tepat. Perasaan saya bercampur-baur.
Secara zahirnya, saya gembira dengan kehadirannya sebagai
penyelamat ummat. Tetapi secara batinnya (hakikat), kehadirannya merupakan
tanda dari sekian banyak tanda, dan isyarat dari sekian banyak isyarat.
Banyak orang (termasuk pemimpin, ulamak, petani, guru,
teknorat dan sesiapa sahaja) akan melupakannya pada saat dia muncul. Tanda itu
sangat mengkhuatirkan kami.
Kemudian kami juga bimbang bahawa ramai manusia nanti
akan menolaknya, bahkan tidak kenalpun kepada namanya. Maka maksudnya apa?
Barangsiapa menolaknya, maka ia bererti menolak kebenaran
dari Allah Taala. Maka hukumnya sangat berat. Dia telah menempah celaka untuk
dirinya, dunia dan akhirat.
JAWAPAN SEBENAR
Untuk menjawabnya secara benar, mari kita tengok kepada
kata-kata terakhir Syaidina Ali k.a.w dalam Jufr Ahmar. Kami namakan kata-kata
itu sebagai perkara kesembilan.
[9] MALAPETAKA & KEMATIAN
Dari Syaidina Ali k.a.w, bahawa
beliau ada menyebut seperti berikut “
“….Setelah itu akan datang banyak
malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik,
dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat”.
PERGERAKAN SEHINGGA PERIHELION.
Sebelum kami menghurai lebih
lanjut kata-kata di atas, elok kita turuti pergerakannya (Komet ISON) sehingga
kepada tarikh perihelion (28/11/2013) akan datang.
[1] Dalam bulan October 2013, Komet
ISON (C/2012 S1) akan melalui buruj Leo dan akan melintasi bintang di Buruj Leo
yang paling cerah, iaitu Regulus. Kemudian akan mendekati planet Marikh pada
langit malam. Bintang-bintang yang cerah ini akan memudahkan komet ISON (C/2012
S1) dikenalpasti.
[3] Dalam bulan November 2013, bila
komet ISON (C/2012 S1) menjadi lebih cerah, ia akan menyapu (membawa bersama)
satu lagi bintang yang cerah di langit kita, iaitu Spica dalam buruj Virgo dan
satu lagi planet, Saturn.
[5] Pada masa ia sampai kepada waktu
perihelion pada 28
November 2013, ia akan menjadi sangat terang sehingga mungkin mencapai
magnitude -17.
PERANG AMARGEDDON?
Dalam pergerakannya (komet ISON) menuju kepada perihelion, maka anda
tentu dapat melihat kapal-kapal perang AS dan Russia masing-masing berperak
menuju ke Laut Meditranean.
Bahkan tentera laut AS dan Israel telah menjalankan latihan laut
bersama baru-baru ini, sebagaimana dikesan oleh radar tentera laut Russia. Maka
kerana itu, Russia membalas balik dengan membawa peluru berpandu (missile)
S-300 ke Syria.
MALAPETAKA & KEMATIAN.
Mari kita melihat kembali bentok fitnah yang akan terjadi sebagaimana
telah kami huraikan di atas.
FITNAH [3] Perang Amargeddon antara
kuasa Barat dan kuasa Timur. Perang ini akan mengheret blok masing-masing,
sehingga umat Islam keliru untuk memilih blok mereka. Pemimpin-pemimpin Islam
senyap di bawah ketiak kuasa-kuasa besar. Ulamak-ulamak akan lebih senyap. Maka
rakyat biasa akan menjadi korban dari segala kesulitan dan kesusahan ini. Maka
niat merekalah yang penting.
Perang ini akan merebak sehingga ke Arab Saudi, sehingga sampai ke
Mekah dan Madinah, sehingga keluar As-Sufyani yang kejam dan sehingga keluar
Al-Mahdi yang akan memotong kepalanya.
KEUNTUNGAN BAGI ORANG BAIK
Barangsiapa yang beramal soleh dan sabar di atas segala kesulitan ini,
maka dia akan menemui Allah SWT dengan niatnya yang suci bersih.
Sekiranya dia dipanjangkan umur, maka dia mesti bertanggungjawab ke
atas dirinya dengan menyertai kelompok Imam Mahdi & berjuang bersamanya
untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.
KERUGIAN BAGI ORANG JAHAT
Barangsiapa yang terpengaruh dengan kehidupan kotor dunia dan memilih
jalan yang salah dalam kehidupannya, maka malapetaka dan kematiannya adalah
satu kerugian untuknya.
Sekiranya dia dipanjangkan umur, maka hendaklah dia membentengi
(memagari) dirinya dari berada di dalam kelompok As-Sufyani. Dan hendaklah dia
ketahui bahawa As-Sufyani itu mahkluk Tuhan yang sangat jahat.
PELBAGAI PENDAPAT TENTANG AS-SUFYANI
Sepertimana yang pernah saya sebut sebelum ini, Basyar Al-Assad itu
bukanlah lelaki (yang menurut pendapat saya) adalah As-Sufyani. Dia tidak
memenuhi ciri-ciri lelaki yang dikatakan As-Sufyani itu.
Saya tetap menganggap As-Sufyani itu adalah dari pihak lain (pihak
pemberontak) yang lebih kejam, zalim, bengis dari Basyar itu sendiri. Dia akan
menjadi pemerintah sebahagian tanah Arab, Negara-negara Teluk, Syam dan
sebagainya, yang bertuankan kepada Bani Kalb.
BANI KALB.
Ada orang menganggap Bani Kalb itu Iran (atau Bani Kalb itu Russia),
sehingga Basyar mengikut telunjuknya dan bertindak kejam sebagai As-Sufyani.
Saya terpaksa bertegas mengatakan Bani Kalb itu adalah AS. Ada beberapa sebab
untuk itu.
[1] Bani Kalb itu bermaksud Bani Anjing. Dan bangsa yang mempunyai
sifat anjing itu adalah Barat yang diketuai oleh AS.
[2] Bukti sifat anjing itu adalah kerana mereka mengikut telunjuk
Yahudi-Zionis dalam semua perkara dan keadaan. Memang benar kalau ada orang
mengatakan, bahawa semua Presiden AS itu adalah barua (anjing) Yahudi.
[3] Campurtangan AS di Asia Barat atau terbarunya, serangan AS ke atas
Syria adalah petunjuk bahawa AS itu adalah alat (anjing) kepada Yahudi Zionis
untuk remapping (pemetaan semula) Asia Barat serta untuk mengaut kekayaan
gunung Emas di kawasan Syria, Lebanon & Israel itu sendiri.
Sekian dahulu. Insyaallah. Kita jumpa lagi.
JUMAAT 6/9/2013
bani kalb bapa saudaranya sufyani itu ialah arab saudi. di dalam siri perang al Mahdi, kalb akan diperangi sehingga kalah dan rugilah barangsiapa yang tidak melihat harta rampasan perang yang tersangat-sangat banyak dalam kekalahan kalb itu seperti yang diriwayatkan dalam hadis.
ReplyDeletekerajaan US dan blok Eropah sangat kaya dan mempunyai harta yang melimpah ruah, tetapi arab saudi lebih kaya lagi. saya pernah melihat rekod perpindahan kekayaan US ke arab saudi. apalah sangat emas seberat 8,000 (sebut: lapan ribu) tan yang dimiliki US jika nak banding kekayaan arab saudi sebenar.
kalau tak percaya sila track rekod syarikat-syarikat global, korporat-korporat, holdings, konglomerat Arab Saudi yang sangat kaya jauh melebihi kekayaan barat. kekayaan barat ialah kekayaan palsu manakala kekayaan arab saudi ialah kekayaan yang sebenar.
abah suka mendengar pendapat kamu dan suka mendengar pendapat2 lain. abah menghargai semuanya. Terima kasih.
ReplyDeletemaaf, menurut saya bisa jadi PBT itu tlh muncul, ia mungkin mujahidin dr negara timur yg trlibat atas konflik syiria, mengingat konflik Syiria sudah lebih dari 2 thn(lbh dr 18 bulan), bisa jadi pula bahwa Assufyani itu sdh muncul tapi kekuasaanya belum mencapai jazirah arab keseluruhan, cuma memang Allah memberi kita kelemahan untuk mengetahui identitasnya,
ReplyDeletetdk lama ini heboh diberita bahwa USA akn menyerang Syiria karna konpirasi snjata kimia, bisa jadi pula yang dinamakan ARMAGEDDON ini adalah serangan USA dan sekutu mnyerang Syiria , Rusia, dll. bisa dibayangkan betapa dekatnya kita dengan armageddon dari sekarang jika serangan Amerika benar2 terjadi, dan mengenai hadits Abu Hurairoh tentang waktu kedatangan Almahdi juga dengan hadits sayidina Ali tentang komet ISON yg tak lama akan muncul, tidak menutup kemungkinan bahwa Imam Mahdi akan muncul tahun ini seperti diprediksi sebelumnya,
Bravo Imam Mahdi, kami tak sabar menanti,,,,
mungkin juga sesungguhnya bahwa diantara pemberontak2 mujahidin di syiria yang menurut pendapt abah adalah alat USA dan yahudi menumbangkan rezim Basyar itu salah satunya terdapat PBT dan pasukanya, mereka sengaja bersekutu dengan USA dengan tujuan mendapat bantuan persenjataan padahal bisa jadi jauh dilubuk hatinya yang paling dalam adalah menegakan KHILAFAH dimuka bumi ini bermula dari Syiria, sesungguhnya kita dituntut untuk lebih berhati hati menilai, fitnah yg teramat besar yang membingungkan hati dan fikiran kita menafsirkan pihak mana yang seharusnya kita bela, sejahat jahat pemberontak juga mereka kebanyakan adalah SUNNY yg menginginkan tegaknya KHILAFAH, sedangkan semanis manisnya Basyar Al Asyad juga dia adalah Syiah, dan Syiah bukanlah Islam,
ReplyDeleteSemoga Allah selalu memberi petunjuk pada kita semua
Apakah mungkin assufyani itu pribadi dari beberapa orang ?, misalnya : saddam husein (iraq), suriah (basyar al asyad), mesir ( sisi), dan mungkin akan muncul di tempat yang lain, misal: arab saudi, yaman dll. sehingga dapat dikatakan assyufani sudah mencapai jazirah arab.
DeleteABAH TAK FIKIR SERAMAI ITU. WBP...IA MUNGKIN BERERTI BEGINI, SADDAM ITU SUFYANI, BASYAR PUN, AL SISI PUN, TETAPI AS-SUFYNI AKHIR ZAMAN (DISEBUT DALAM HADIS)= ORANG LAIN YANG SANGAT JAHAT, SANGAT ZALIM DSB. IA SATU TOKOH SEORANG DIRI JEW.
Deleteimam mahdi dah ada! sudahkah kita bersedia!imam mahdi x ada laman web,x payah ryjyk kat mana-mana, malaysiakan ada
ReplyDeleteSchedule terbaru kemunculan Pajajaran Anyar: Daulah Khilafah Islam dengan ijin dan pertolongan Allah SWT di atas tanah Jawa yang akan dikomandoi Khalifah Allah SWT, Khalifah al Mahdi / 666 / Satrio Piningit / Budak Angon / Satrio Pinandito Sinisihan Wahyu / The Man from The East / Ratu dari ujung bumi yang akan melaksanakan penghakiman sbb:
ReplyDeleteKutukan Tuhan Kolosal yang akan menimpa sejuta orang zalim yang amat sangat melampaui batas di atas tanah Jawa : Minggu 8 Desember 2013 malam Senin.
Letusan Gunung Gede disusul 7 gunung + 3 gunung, diikuti gempa 9.8 SR an dan tsunami dahsyat di pantai selatan Jawa, pantai barat Sumatra, Selat Sunda, pantai utara Banten dan Jakarta : Minggu 15 Desember 2013.
Gempa bumi Jakarta 8.7 SR antara tanggal 16 - 21 Desember 2013.
Penghakiman Langsung Negeri Amerika Serikat yang langsung diikuti Al Malhamah (Huru-hara / goro-goro Dunia) : Minggu 22 Desember 2013. Segera setelah peristiwa ini terjadi Pajajaran Anyar : Daulah Khilafah Islam diproklamirkan di atas tanah Jawa dan secara resmi pula waktu berbai'at / berjanji setia umat Islam kepada Khalifah al Mahdi / 666 dimulai.
Pulau Jawa diberkati dengan terpecah 3 : Minggu 29 Desember 2013.
Goro-goro dunia tuntas selesai : Sabtu 4 Januari 2014. (Waktu goro-goro dunia berarti waktunya telah dipersingkat menjadi 2 minggu saja)
Mulai 5 Januari 2014 keadaan dunia tanpa listrik telah dicapai sehingga semua peralatan modern berbasis energi listrik dan bahan bakar fosil sudah tidak bisa digunakan lagi / sudah jadi macet semua.
Demikian disampaikan oleh Ratu Adil - 666 untuk menjadi perhatian umat Islam dan penduduk bumi pada umumnya
jangkaan ison akan bagi kesan pada bumi antara mac hingga may 2014. kalau jangkaan ini tepat maka tahun depan Kemunculan Imam mahdi.
ReplyDeleteGud... Tanggal 14 Januari 2014 (12 Rabbiulawal 1435H bersamaan Maulidur Rasul) bumi akan merempoh debu2 orbit peninggalan laluan Komet ISON. Apakah kesan2nya..?? Para saintis meramalkan ngak ada apa2 kesannya pada bumi. Tetapi dialam spiritual apakah kesan2nya, jawabannya ngak tahu.. Hanya Allah Rabbul Jalal itu jua Yg Maha Tahu... (Tok Janggot itu pun ngak tahu)...
ReplyDeleteBERGEMBIRALAH DGN KEKEMUNCULAN IMAM KITA..??
ReplyDeleteSiapa yg bener2 akan bergembira dgn kedatangan Imam Mahdi?
Siapa yg bener2 terbela disimpati dgn kebangkitan Imam Mahdi?
Siapa pula yg bener2 takut kecut perut kapan datangnya Mahdi?
Siapa pula yg disuroh tobat setelah munculnya Khalifah AlMahdi?
Siapa pula yg enggan tobat akan dipancong oleh tentera Mahdi?
Jangan syok sendiri kononnya AlMahdi pembela Islam yg dinanti.
Jangan perasan sudah Islam rupanya maseh Kapir disisi AlMahdi..
Setelah Kapir Wahabbi Dajjal Yahudi Illuminati kojol ditelan bumi,
Sebahagian petanda Miracle Mukjizat Imam Mahdi Sejati terbukti.
Bersedialah Syiah dan Sunni he2 siapa dulu roboh tumbang mati.
Mahkamah Keadlilan AlMahdi ha2 Syiah dan Sunni akan dihakimi.
Antara Syiah dg Sunni siapa Kapir siapa Dajjal hu2 pasti ketahui.
Pengikut Ajaran 28 Kapir Kurish geleng kepala mula sedari kesali.
Pemesong Ajaran Syiah Ali termenong tongkat dagu kancing gigi..
Sementara menanti kedatangan Imam Mahdi kapan ia ngak pasti,
Dunia Islam sudah capek oppressive lentang lereng separuh mati.
Segerkan badan Bapak2 minum banyak2 power root Tongkat Ali,
Ibuk2 dgn minuman Kacip Fatimah malem ini gerenti menanti jadi.
Jalan2 cari makan simpan uwang utk tambang ketemu Pak Mahdi.
Kapan bergegar diKota Mekah itu petanda sudah dekat yg dinanti.
Bersegera kesana sambut kedatangan Imam Agong kita AlMahdi...
saya IBU WINDA posisi sekarang di malaysia
ReplyDeletebekerja sebagai ibu rumah tangga gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259 tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan