KOMET ISON [5] Kemunculan Al-Mahdi Selepas Bermulanya Perang Amargeddon. Dialah Pembasuh Gelap Pekat Fitnah Akhir Zaman.
Umat Islam mesti percaya bahawa
Al-Mahdi itu pasti datang. Walau apapun namanya, gelarannya, labelnya oleh
musuh-musuhnya, dia pasti datang menemui kita pada saat yang ditunjukki Tuhan."
Yahudi memanggil kita (umat
Islam) sebagai pesakit jiwa kerana mengharapkan kedatangan seorang penyelamat
yang belum sahih kemunculannya. Sampai mereka mempersendakan kita, di mana imam
kamu, di mana penyelamat kamu, pada saat mereka menganyang orang Palestin
semahu-mahunya?.
Sekarang mereka memijak Syria
& Mesir dengan angkuh dan sombong. Dan mereka tanpa rasa takut memanggil
Imam Mahdi sebagai tikus besar. Di mana tikus besar kamu? Di mana dia
bersembunyi? Tunjukkan kepada kami, kami ingin membunuhnya.
Sekarang kecoh tentang serangan
AS ke atas Syria. Dan lebih kecoh lagi kerana Russia juga bergerak ke Laut
Meditranean. Peperangan akan jadi besar. Dan sebabnya sangat mudah difahami.
Ini adalah peperangan antara blok Timur & Barat.
Dia akan datang, tetapi
kemunculannya adalah selepas perang besar
ini. Bilakah masanya? Menurut pendapat Syiah, dia akan datang pada tahun yang
berakhir dengan angka ganjil. Mungkin 1435, 1437, 1439 atau seterusnya?
Kemunculannya membawa rahmat. Dia
seolah-olah seperti tangan ajaib yang akan memberhentikan peperangan antara 2
blok terbesar itu.
Kata guru kerohanian yang
mengulas tentangnya, “Ia seolah-olah seperti tangan suci dari shurga yang turun
ke bumi, yang akan memberhentikan peperangan tersebut.
Dan sebagai tanda kemunculan Imam
Mahdi, maka ini kami bawakan sifat ketujuh bagi komet ISON yang berbunyi
seperti berikut.
[7] KEKUATAN SINAR YANG KUAT
memancarkan sinar terang dalam langit
yang gelap seperti matahari yang terbit.
Perkataan ini memang jelas
menunjukkan bahawa ia sangat terang, bahkan sampai pada satu saatnya, ia akan
menjadi 15X ganda lebih terang daripada sinar bulan purnama.
Maklumat saintifik yang kami terima menunjukkan bahawa dia adalah bintang yang paling terang semasa dia berada dekat dengan matahari.
Walau bagaimanapun, pada masa itu, ia dikatakan berada kurang daripada 1 darjah daripada matahari pada waktu perihelionnya, maka kerana itu sukar melihatnya dengan jelas disebabkan silau cahaya matahari.
Kemudian plot yang terhasil berikutnya menunjukkan komet ini meningkatkan kecerahannya dengan cepat, pada kadar R+4.35.
Jika kadar ini terus meningkat
sehingga sampai kepada perihelion, kecerahannya akan mencapai nilai −17, lebih
cerah daripada bulan purnama itu sendiri.
Saat ini banyak peneliti yang
berlomba-lomba ingin meneliti komet ISON. Mereka ingin mengetahui, komet ISON
terbentuk daripada apa, bagaimana reaksinya dengan lingkungannya, dan mungkin
saja komet ISON dapat menjelaskan tentang asal usul Tata Surya.
Kemudian, mari kita melihat
kepada kata-kata yang berikut. Ada satu keterangan dari Abu Basir yang memetik
kata-kata dari Imam Ja'far Sadiq bahawa beliau telah berkata seperti berikut :
Al-Qaim kami akan muncul pada hari Sabtu, iaitu pada hari As-Syura, hari di
mana Syaidina Hussein r.a telah
terbunuh.
Sumber lainnya datang dari Ali
Ibne Mahziyar yang memetik kata-kata dari Imam Muhammad Baqir bahawa dia telah
berkata seperti berikut :
“Seolah-olah aku telah melihat
Al-Qaim itu pada hari Sabtu (iaitu Hari As-Syura), sedang berdiri antara Rukun
dan Maqam. Jibrail pula sedang berdiri di hadapannya memanggil wali-wali Allah
memberi baaih kepadanya atas nama Allah”.
Dengan menganggap bahawa
masa, tarikh & tempat kemunculan Al-Mahdi tidak bersalahan antara Sunni
& Syiah, maka apa yang disebutkan di atas patut menjadi data-data konkrit
untuk menyambutnya.
[8] KEMBALI NORMAL PADA ORBITNYA
Kemudian mari kita melihat sifat
terakhir dari komet ISON itu seperti berikut. Petikan ayat dari Syaidina Ali
(dalam Jufr Ahmar) yang merumuskannya berbunyi seperti berikut,
“kemudian bintang itu akan kembali
beredar pada orbitnya”.
Perjalanan 10,000 tahunnya akan berakhir pada penghujung
orbitnya pada 28 November 2013. Maka timbullah soalan demi soalan kepada kita.
[1] Apakah Al Mahdi Al-Muntazar (panggilan lumrahnya)
atau Al-Mahdi Al-Amin (sebutan dari Abu Hurairah r.a) atau Al-Mahdi Al-Qaim
(panggilan Syiah terhadapnya) akan keluar pada 1435H?
[2] Kalau dia keluar seawal 1435H, maka di manakah
keberadaan PBT yang mendahuluinya?
TIGA KESALAHAN
Jika Al-Mahdi muncul pada tahun 1435H, maka akan wujud 3
ketidakmunasabahan (kesalahan) seperti berikut.
[1] Perihelion berlaku pada 28/11/2013 (bersamaan 22
Safar 1435H). Jika Al-Mahdi muncul pada 10 Muharram 1435H, maka kemunculannya
mendahului kemunculan bintang berekor (komet ISON).
Maka ini bersalahan dengan apa yang disebut oleh Syaidina
Ali bahawa kemunculan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang berekor yang besar.
[2] PBT belum muncul dan belum diketahui di mana
lokasinya. Dikatakan PBT akan muncul 18 bulan (1.5T) lebih awal daripada
Al-Mahdi itu sendiri. Di manakah PBT itu?
[3] Perang Amarggedon belum berlaku, sedangkan menurut
riwayatnya Al-Mahdi akan keluar selepas berlakunya perang tersebut. Dialah yang
akan memberhentikan perang tersebut.
NOSTRADAMUS YAHUDI
Memang selama ini tidak semua ramalan Nostradamus yang
berhasil terbukti. Namun dia meramalkan bahwa mendekati akhir tahun 2013 nanti,
akan ada komet yang lepas dari 'perangkap' matahari.
Uniknya, ramalan tersebut juga mirip dengan analisa dan pemantauan NASA. Pihak NASA mengatakan bahwa sekitar 28 November 2013 nanti, sebuah komet bernama ISON akan melintasi bumi.
"Objek tersebut memiliki kecepatan yang rendah dan pergerakan unik. Namun, kita tetap belum dapat memastikan apakah objek tersebut adalah komet atau benda lain kerana dalam pantauan kami, objek tersebut sangat kecil," jelas seorang ahli astronomi menurut majalah Mercury News (31/12/2012).
Uniknya, ramalan tersebut juga mirip dengan analisa dan pemantauan NASA. Pihak NASA mengatakan bahwa sekitar 28 November 2013 nanti, sebuah komet bernama ISON akan melintasi bumi.
"Objek tersebut memiliki kecepatan yang rendah dan pergerakan unik. Namun, kita tetap belum dapat memastikan apakah objek tersebut adalah komet atau benda lain kerana dalam pantauan kami, objek tersebut sangat kecil," jelas seorang ahli astronomi menurut majalah Mercury News (31/12/2012).
Menurut Nostradamus, dalam catatannya yang berjudul Century 2 Quatrain 46 tertulis, "After great trouble for humanity, a greater one is prepared. The Great Mover renews the ages: Rain, blood, milk, famine, steel and plague. In the heavens fire seen, a long spark running."
Kami tidak mahu mengulas perkara itu di sini. Maka mari
kita tangguhkan dahulu. Apa yang ditulis oleh Nostradamus itu boleh dihuraikan
panjang lebar selepas ini. Tunggulah. Insyaallah, kami akan datang.
insya allah, kemungkinan besar pbt sudah di suriah.
ReplyDeletepenunggu imam mahdi.
anggota mujahidin suriah sebagian berasal dari negeri timur, dimana mungkin pbt ada didalamnya. semoga pbt dapat menyiapkan daulah islam di suriah dan kekhalifahan suriah ini akan menggemparkan timur dan barat, kemudian kepemimpinannya akan diserahkan kepada imam mahdi. amin.
DeleteNB. syariah islam sudah diterapkan di sebagian wilayah yang dikuasai mujahidin.
salam,
Deleteabah, saya suka membaca apa yang abah tulis. abah dah bercerita tentang al Mahdi dari sumber hadis, kitab-kitab dan tanda-tanda alam. Tetapi apa yang abah sampaikan akan jadi lengkap jika abah bercerita tentang al Mahdi yang bersumber dari hanya al Quran, hanya al Quran... mahukah abah merungkai kisah al Mahdi yang tercatat kemas di dalam al Quran? Terima kasih.
-Ahmad
Apa fungsi dan tanggungjawab kita sebagai Muslim berkenaan dengan perihal Imam Mahdi ini?
ReplyDeleteKita sebenarnya terlupa bahawa bukanlah menjadi tanggungjawab kita untuk menunggu kedatangan Imam Mahdi ini. Bila tiba saatnya kita haruslah membantunya dalam perjuangan menegakkan keadilan sepertimana yang termaktub dalam perjanjian kita dengan Allah sebagai Muslim. Tibanya Imam Mahdi juga membawa maksud kedatangan Dajjal dan peperangan yang mengorbankan majoriti umat Islam akan berlaku. Apakah itu yang kita tunggu sedangkan Nabi s.a.w. sentiasa mengingatkan kita supaya berdoa supaya dihindari dengan fitnah Dajjal.
Imam Mahdi bukanlah keutamaan hidup dalam setiap Muslim. Keutamaan setiap Muslim ialah menegakkan agama Allah tidak kira siapa jua dirinya itu samada dia seorang pemimpin, imam atau rakyat biasa. Melakukan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangnya serta amar maa’ruf nahi munkar merupakan tanggungjawab setiap Muslim. Menunggu Imam Mahdi datang untuk melaksanakan tanggungjawab yang seharusnya dilakukan oleh kita sebelum dari kedatangannya menunjukkan kita sebagai Muslim merupakan umat yang paling tidak bertanggungjawab!
Kedatangan Imam Mahdi itu sendiri membawa maksud bahawa Muslim yang ada dan wujud pada ketika kedatangannya itu majoritinya tak boleh diharap langsung sehinggakan disegerakan Allah kedatangannya untuk memperbetulkan keadaan dunia dan memikul tanggungjawab sebagai Muslim yang telah ditinggalkan. Ingatlah, tanggungjawab kita sebagi Muslim ialah memajukan umat dengan memajukan diri sendiri dan masyarakat supaya Islam tidak dipandang hina sepertimana yang kita alami sekarang ini. Kini wujud ramai individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim dengan pelbagai label moden. Mereka ini cuba menjadi juara kononnya dalam mempertahankan hak-hak asasi manusia dengan merendah-rendahkan ajaran Islam mengikut lojik akal mereka sendiri. Ramainya mereka ini semakin mendekatkan kita dengan kedatangan Imam Mahdi kerana kita tidak ertanggungjawab dengan agama kita.
Sudahkah kita berfungsi sebagai Muslim yang sebenarnya? Jika benar kita telah melakukannya, kenapa pula angkasawan kita terpaksa menumpang kapal angkasa golongan bukan Islam? Tidakkah kita terasa sedikit tercalar dengan kedaifan kita ini biarpun kita semakin membuka langkah untuk cuba menguasai teknologi ini? Apakah yang kita lakukan selama ini? Makan, tidur, pencen ke surau dan mati? Itukah saja sumbangan kita yang lebih kepada mementingkan diri sendiri? Bolehkah kita digelar sebagai Muslim yang bertanggungjawab sekiranya 80 peratus kekayaan Negara dimilik oleh bukan Islam yang merupakan hanya 30 % dari jumlah penduduk Negara ini? Kita harus sedar segera dari lamunan yang terlalu panjang ini… kelak kitalah umat yang akan berjumpa dengan Mahdi. Wallahua’lam… Bakal rakan FB abah
Read more: http://satuhala.blogspot.com/2007/10/jika-al-quran-itu-sempurna-kenapa-imam.html#ixzz2f3tIq4c4
Yang diramalkan Nostradamus itu adalah goro-goro Nusantara + goro-goro Dunia = Kiamat 2012 Suku Maya yang akan segera terjadi dan waktunya sudah dpersingkat menjadi total hanya 4 minggu saja. (Update schedule terbaru dengan ijin Allah SWT akan terjadi mulai 8 Desember 2013 - 4 Januari 2014) Jadi kira-kira dimulai 10 hari setelah titik awal perihelion dan berakhir kira-kira 10 hari sebelum akhir perihelion). (Satrio Piningit / Khalifah al Mahdi)
ReplyDeletekebangkitan agama buddhi, adalah hari kelahiran nabi Cina Konghucu,
ReplyDeletenabi Muhammad berkata : belajarlah sampai ke negeri Cina,
2500 tahun yang lalu Konghucu berkata: "aku tidak membawa agama baru, aku belajar agama nabi kuno"
nabi kuno yg dimaksud adalah nabi Ibrahim.
tahun 2556 bermakna QS.25:66 berisi tentang waktu neraka Jahanam.
untuk menyambut kelahiran nabi Konghucu alam akan bergembira, goro-goro dimulai
Sabda Nabi SAW : "Tuntutlah ilmu walo sampei ke Negeri China.."
DeleteNabi tahu akan ada Ahlulbaitnya yg menyebarkan Islam diChina..
Perang Amargeddon akan meletus setelah bergema kebangkitan tentera AlMahdi diTanah Suci Mekah...
ReplyDelete