Friday, 30 August 2013

KOMET ISON (3) Berkelajuan tinggi Dalam Sebuah Perjalanan Panjang. Dia Sanggup Terbakar Dalam Perjalanan itu.



Komet C/2012 S1 (dipanggil juga Komet ISON)  adalah sebuah komet kecil tetapi memiliki cahaya yang sangat terang. Ia sedang menempuh perjalanan berbahaya melewati Tata Surya. ISON adalah sebuah komet berekor yang berisi partikel debu.

Saya gembira berada di sebuah blog (COMET ISON 2013) yang mencatat perjalanan ISON secara berkomputer. Dan saya telah berjaya mendapat beberapa data seperti berikut.

Pada waktu jam saya, lebih kurang 9.40 am, Jumaat, 30/8/2013, masa masih berbaki sekitar 90 hari, 11 jam, 7 minit dan 2 saat untuk perihelion (saat komet ISON berada pada jarak terdekat dengan matahari) berlaku.

Perihelion dijangka berlaku pada 18 November 2013 pada waktu 18:49 UTC.

Pada masa ini (maksudnya 9.40 am), komet ISON dikatakan berada 204, 301. 741 mil (2.2032 AU) daripada matahari dan mengembara pada kadar kelajuan 63, 352.76 mph atau 28.32 km/s.

Manakala komet ISON daripada bumi pula ialah 280, 744. 637 mil (3.0201 AU) dan pada masa yang berkenaan, ia sedang berada pada buruj Cancer.

Menurut beberapa peneliti, komet ISON dijangka  akan hancur lebur ketika mencapai jarak terdekat dengan matahari dan itulah yang akan mengakibatkan hujan meteor di Bumi.

Sesungguhnya, sifat keenam yang ada pada komet ISON (menurut kata Syaidina Ali dalam Jufr Ahmar) ialah kelajuannya seperti cahaya. Mari kita lihat kebenarannya.

[6] KELAJUANNYA SEPERTI CAHAYA.
Sebagaimana saya sebutkan di atas, kelajuan yang tercatat secara computer ialah 28.32 km/s atau 28320 m/s. Berapakah kelajuan cahaya?

Kelajuan cahaya dalam vacuum (hampagas) adalah 299,792,458 m/s. Jika ditukar kepada mil perjam     (imperial unit), maka ia menjadi 186,282 mph.

Cuba anda lihat kenyataan saintifik di bawah yang dikeluarkan oleh pihak bersangkutan. Ternyata ia akan mencapai tahap kelajuan 186,000 mph, bahkan akan melebihinya sehingga mencapai 845,000 mph.  

“Comet ISON’s average speed throughout August 2013 will be 60,462mph. It will continue to accelerate steadily until 28th November 2013 when it’ll whip around our Sun at an astonishing 845,000mph”

Demikianlah ketakjuban kita terhadap kelajuannya seperti cahaya, bahkan melebihinya pulak pada saat dia mendekati matahari. Maka benarlah kata-kata Syaidina Ali k.a.w terhadapnya.

DIA AKAN HANCUR
Menurut Space Daily, bertarikh 18 Julai 2013, pada saat ini (maksudnya 17/7/2013) posisi komet ISON masih sekitar 230 juta mil, atau setara 370 juta kilometer dari matahari, tapi tingkat radiasi matahari sudah mulai mendidihkan ekor komet yang berisi partikel debu. Itu langkah pertama menuju KEHANCURAN KOMET.

Sekarang jaraknya semakin dekat mendekati matahari, sekitar 204 juta mil. Bermakna ekornya semakin panas dan mendidih. Ekornya sedang terbakar secara perlahan-lahan dan akan menwujudkan hujan meteor (meteor shower) pada saat nukleasnya hampir merapati matahari suatu ketika nanti.

PERJALANAN AWAL
Awal perjalanan Komet ISON di mulai dari awan Oort (Oort Clouds) yang merupakan bagian dari Tata Surya dan lalu pergi menuju ke arah matahari. Diperkirakan posisi terdekatnya dengan matahari pada bulan November 2013.

Pada saat itu, jarak komet Ison hanya 730.000 mil, atau sekitar 1.1 juta kilometer dari matahari. Komet akan mengelilingi matahari dan kewujudan komet tersebut akan dapat dilihat dari sebelahan hemisfera Utara Bumi dengan mata telanjang (naked eye). Para peneliti menjangkakan komet ISON akan terlihat sangat cerah dan indah.

TANDA KEMUNCULAN MAHDI?
Komet Ison pertama kali terlihat berada pada jarak 585 juta mil, atau setara 941 juta kilometer dari Bumi. Diperkirakan itu merupakan pertama kalinya komet ISON mengelilingi matahari.

Para peneliti juga mengatakan pada saat pertama kali mengelilingi matahari, komet ISON masih terbuat dari bahan (material) murni yang berasal dari awal pembentukan Tata Surya.

Maka ramai beranggapan bahawa kehadirannya adalah tanda kemunculan Imam Mahdi. Sepanjang kajian saya tentang Meteor Gemini, Perseid dan ISON, maka saya melihat Meteor ISON ini lebih relevan & lebih mendekati kebenaran. Kemudian ada pula petikan kata-kata dari Syaidina Ali k.a.w untuk menyokongnya.

Cuma saya sedang memikirkan, bagaimanakah saya dapat mengambil petunjuk yang lebih  tepat, luas, dinamik dan sebagainya untuk saya mengenali Al-Mahdi dan asal-usulnya. Mungkin ada caranya dan setakat ini saya sedang mengusahakannya.

BENARKAH AL MAHDI ITU GAGAP?
Tadi ada seorang komentar (Rujuk Post KOMET ISON (2) : Trajektori Api, Salji, Udara & Tanah) tidak bersetuju dengan saya bila saya kata Al-Mahdi itu gagap dan pincang.

Lebih lucu lagi bila dia memberi peringatan & ugutan untuk mengutuk saya. Saya senyum jew. Saya fikir tak manis kalau terlalu emosi. Kalau benar anda ingin bersamanya, berjuang bersamanya dan sebagainya, maka LANGKAH PERTAMA anda mesti buat ialah membersihkan jiwa anda. Banyakkan bersabar dan mengawal diri.

MARI IKUTI HADIS INI [1]
Kami sertakan dua buah hadis yang menceritakan tentang kegagapannya. Kedua-duanya kami kutip dari Kitab Inilah Al-Mahdi Yang DiTunggu-Tunggu, karangan Ibnu Hajar Al-Haitamy.

Telah bersabda Rasulullah SAW : “Al-Mahdi termasuk orang yang sukar bertutur kata” (No 53, ms 61).

Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Jika Al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia menepuk pahanya yang kiri dengan tangan kananya”. (No 54, ms 62)

Hamba Allah tersebut menerangkan bahawa Al-Mahdi itu tidak gagap, sebaliknya ia kurang lancar berbicara seperti Nabi Musa a.s. Kami tidak mahu membahas panjang untuk mencari perbezaannya. Terpulang sahaja kepada anda.

MARI IKUTI HADIS INI [2]
Kemudian ada lagi satu sifat yang tidak disukai oleh Hamba Allah tersebut. Katanya, Imam Mahdi itu segak dan tampan dan tidak mungkin cacat sama sekali.

Kami perturunkan hadis ini untuk anda melihat sendiri dan mengerti sendiri maksudnya.

Telah bersabda Rasulullah SAW : “Kedua paha Al-Mahdi melebar dan saling berjauhan (Inilah Al-Mahdi Yang DiTunggu-Tunggu, No 59, ms 67).

Kalau di Kelantan, kami panggil kejadian ini sebagai pengkar (pincang). Samada anda setuju atau tidak, terpulanglah. Apa yang kami sebut itu datangnya dari mulut Rasulullah SAW sendiri.

MAKSUD DARI BIBLE CODE
Nampaknya cerita Komet ISON ini sama menjalar kepada semua orang, semua bangsa dan semua agama. Umat Islam menganggap keadatangannya sebagai isyarat kemunculan Al-Mahdi. Bagaimana dengan ugama Kristian?.

Berikut kami sertakan Versi Interpretasi ELS yang memuatkan ceritanya seperti berikut.

Micheal Drosnin, pengarang buku The Bible Code, telah menganalisis Kitab Imamat, 18:20 sampai Ulangan 27 dengan komputer. Hasil analisisnya adalah ia telah menemui sandi (password) tentang kedatangan sebuah komet. Apakah komet itu?

Dengan metode Equidistant Letter Sequence (rangkaian huruf berjarak sama), perikop Al-Kitab tersebut diperoleh rangkaian kata sebagaimana berikut.: komet, 5772, dan Bumi dibinasakan.

Angka 5772 merupakan angka tahun dalam Kalendar Ibrani yang bersamaan (equivalent) dengan 2012 Masehi. Artinya, pada tahun 2012, akan ada komet yang akan menghentam (menabrak) dan membinasakan Bumi.

Ternyata, selain tertulis komet, 5772, dan Bumi dibinasakan, juga tertulis kalimat Ini akan dihancurkan, Aku akan mencabiknya menjadi berkeping-keping.



PENJELASAN KAMI
Secara fizikalnya, Komet ISON sangat kecil (diameter 3 km) dan tidak kedengaran khabarnya akan menghentam bumi. Tetapi kalau ditafsirkan secara batiniah, maka maksud kemunculan Imam Mahdi (kemudian diikuti oleh Nabi Isa a.s) memang benar-benar menandakan dunia akhir zaman.

Tuhan akan membinasakan semuanya. Perkataan “mencabiknya berkeping-keping” menunjukkan kekuasaan Tuhan yang boleh melakukan apa sahaja. Wallahu ahlam.

JUMAAT 30/8/2013  10.21 PM

4 comments:

  1. jika faham hadis akhir zaman secara direct seperti yang difaham kebanyakan orang dan ulama, maka tak jauh beza la dari kefahaman yahudi dan nasara. Sebab mereka faham begitu lah mereka gagal menemui dia yang tersembunyi. Bukankah dalam perang boleh membuat helah? Nabi SAW telah berjaya mengelirukan yahudi dan nasara di dalam strategi paling hebat yang tak terkalahkan lebih dari 1400 tahun. Dah lebih 1400 tahun tapi mereka tetap bebal tak kenal dia, padahal dia juga hidup seperti manusia lain. Apa yang dikatakan Nabi, itulah yang benar cuma manusia jew tak dpt faham...

    ReplyDelete
  2. Benerkah Al-Mahdi itu gagap dan pincang..?? Hahaha... Thread Anun tuh bukannya mengutuk bung, tapi koq beliau cuma membantah sebab bung bilang Al-Mahdi itu gagap dan pincang.. Pendirian beliau Imam Mahdi Sejati itu sewajibnya sempurna sifat2 zahirnya dan batinnya...

    Ketahuilah, antara yg gagap ialah Pak Moses kerana lidahnya cacat. Ada dikhabarkan ketika kecilnya beliau telah pernah terkebam bara api. Antara yg sebelah kakinya pincang ialah Imam Ali, karena kecacatannya itu sedari kecil lagi sudah semula jadi..

    Urang yg kalo berjalan pincang urang Hinduk bilang "Nundi"... Allahu'alam...

    ReplyDelete
  3. @ ..KEDUA PEHA ALMAHDI MELEBAR & SALING BERJAUHAN...??
    Saling berjauhan bermakna koq sepit udang renggang bukan kakinya pincang.
    Karna cetek akal ada yg menyangka kaki AlMahdi itu pengkor jalannya pincang..
    Astagfirullah.. Imam Agong kita itu sempurna sifat zahirnya tiada apa yg kurang...

    ReplyDelete
  4. saya IBU WINDA posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai ibu rumah tangga gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259 tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




    ReplyDelete