Kisah ini adalah kisah
pertarungan keluarga dalam kerajaan monarki Arab Saudi. Sebab itu saya menyuruh
anda membaca hari ini juga. Dan anda mesti baca sehingga terjumpa CST.
Apakah anda faham maksud CST itu?
Ia bukan CINTA SEPANJANG TAHUN atau CERITA SERIBU TAHUN. CST bermaksud CERITA
DI SEBALIK TABIR.
Anda mesti baca, baca dan baca
sehingga terjumpa CST. Kita mulai kisah siri (2) ini dengan kenyataan Putra
Khaled berbunyi seperti berikut.
“They don’t think about anything but their
personal benefits and do not care for the country’s and people’s interests, or
even national security,”
“Mereka tidak memikirkan tentang orang
lain, sebaliknya tentang kepentingan diri sendiri sahaja. Mereka langsung tidak
menghiraukan kepentingan Negara dan orang ramai, hatta keamanan Negara
sekalipun”
Kenyataannya di atas dipetik oleh
laman web berpusat di Tehran, Al Alam International News Channel. Dan secara harfiahnya, kenyataan itu jelas ditujukan kepada seseorang.
MENOLAK TRANSFORMASI
Putera itu juga mengkritik keluarga diraja Saudi kerana mendiamkan semua suara yang menyeru kepada perubahan (transformasi). Dia juga telah belajar banyak perkara pahit (melalui pengalaman pribadi) sewaktu kecil tanpa menyebut dengan jelas apa maksudnya.
Penggunaan nama anonymous dalam
twitter (atau apa sahaja) adalah sesuatu yang sangat difahami (understandable)
iaitu untuk menghindari bahaya. Tetapi sesetengah penggunanya kadangkala
melebihi batas.
CONTOH NEGATIF
Contoh terdekatnya ialah kisah Raif Badawi, seorang pengasas kepada Persatuan Laman Web bebas Saudi. Dia telah didapati bersalah kerana menghina Islam dalam forum online-nya. Akibatnya dia telah dihukum 600 lashes dan tujuh tahun penjara.
Contoh terdekatnya ialah kisah Raif Badawi, seorang pengasas kepada Persatuan Laman Web bebas Saudi. Dia telah didapati bersalah kerana menghina Islam dalam forum online-nya. Akibatnya dia telah dihukum 600 lashes dan tujuh tahun penjara.
Dalam bulan Jun 2013, tujuh orang
lelaki telah dihukum penjara sehingga 10 tahun kerana mengalakkan protes
terhadap kerajaan melalui Facebook. Mereka
menafikan tuduhan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka tetap dipenjarakan dan
mengalami kejutan perasaan (tortured) sepanjang hukuman tersebut.
*Saya tidak menyalahkan pihak
berkuasa Arab Saudi dalam hal tersebut. Bahkan dia satu kewajaran yang mesti
dipertahankan. Tetapi menghalang kebebasan bersuara, berkarya, berdiskus dan
sebagainya adalah suatu hal yang sangat buruk.
*Tetapi saya sangat menyokong penggunaan nama samaran oleh Mujtahid atau sesiapapun demi menyelamatkan dirinya. Itu adalah langkah terakhir untuk menyatakan kebenaran dan keadilan sejagat.
MEREKA SANGAT TAKUT
Walau bagaimanapun, mereka (kerajaan Arab Saudi) itu sangat takut kepada revolusi rakyat. Ini adalah satu perkara yang
benar dan dapat dilihat daripada kenyataan Putra Khaled seperti di bawah.
“The government is obviously
scared of the Arab revolutions. And they’ve responded as they usually do: by
resorting to oppression, violence, arbitrary law, and arrest,”
“Kerajaan sebenarnya sangat takut kepada
Revolusi Arab. Dan mereka selalu memberi perhatian serius sebagaimana biasa
dengan memberi tekanan, keganasan, tindakan-tindakan tak popular (TTP) dan
tangkapan”
Putera Khaled kemudian menambah,
semakin kuat tindakan intimidasi (tekanan) kerajaan ke atas mereka, maka
semakin lantang tindakan penentang terhadap mereka. Mari ikuti kenyataan
Putra Khaled berikutnya.
“The opposition used to demand
wider people’s representation in governing bodies, more rights and freedoms.
But the authorities reacted with violence and persecution, instead of a
dialogue. So the opposition raised the bar. It demanded constitutional monarchy,
similar to what they have in the UK, for example. And the Saudi regime
responded with more violence. So now the bar is even higher. Now the opposition
wants this regime gone.”
“Pihak pembangkang meminta penglibatan serius orang ramai dalam badan kerajaan, lebih banyak hak dan kebebasan. Tetapi pihak berkuasa selalu melayan permintaan tersebut dengan kekerasan dan kekejaman, bukan dengan dialog sepatutnya. Maka kerana itu pembangkang meningkatkan tindakan mereka dengan meminta monarki berperlembagaan seperti di UK. Tetapi kerajaan bertindak lebih keras. Pembangkang sekarang akan bertindak lebih keras. Mereka hanya mahukan rejim itu dihapuskan”
“Pihak pembangkang meminta penglibatan serius orang ramai dalam badan kerajaan, lebih banyak hak dan kebebasan. Tetapi pihak berkuasa selalu melayan permintaan tersebut dengan kekerasan dan kekejaman, bukan dengan dialog sepatutnya. Maka kerana itu pembangkang meningkatkan tindakan mereka dengan meminta monarki berperlembagaan seperti di UK. Tetapi kerajaan bertindak lebih keras. Pembangkang sekarang akan bertindak lebih keras. Mereka hanya mahukan rejim itu dihapuskan”
PERCUBAAN MAHAL YANG GAGAL
Pada permulaan Arab Spring pada tahun 2011, pada waktu Kerajaan Arab Saudi cuba melembutkan para pembangkangnya dengan program semahal $60 billion. Pepe Escobar, wakil Asia Times, menjelaskan percubaan itu adalah untuk menyatupadukan penduduknya. Walau bagaimanapun, terdapat halangan dalam cubaan ini. Mari ikuti penjelasan Escobar.
Pada permulaan Arab Spring pada tahun 2011, pada waktu Kerajaan Arab Saudi cuba melembutkan para pembangkangnya dengan program semahal $60 billion. Pepe Escobar, wakil Asia Times, menjelaskan percubaan itu adalah untuk menyatupadukan penduduknya. Walau bagaimanapun, terdapat halangan dalam cubaan ini. Mari ikuti penjelasan Escobar.
“Masalahnya terletak pada kaum Syiah yang berjumlah 10% dari keseluruhan penduduk Arab Saudi. Mereka kebanyakan tinggal di kawasan Timur yang menjadi tempat laluan saluran paip minyak. Mereka keseluruhannya tidak mahu mengulingkan kerajaan. Mereka Cuma mahu lebih banyak penglibatan dalam badan kerajaan, tidak berlaku campurtangan badan kehakiman dalam urusan agama dan lebih banyak kebebasan demokratik. Ini tidak mungkin berlaku di Arab Saudi dan lain-lain Negara Teluk”.
Escobar kemudian menyelar sikap hipokrit pemerintah Arab Saudi. Mereka berlagak seolah-olah cuba menasihati Negara-negara jiran supaya mengamalkan demokrasi, sedangkan mereka sendiri mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk.
“Mereka berkata kepada orang-orang Amerika bahawa
mereka ingin mewujudkan demokrasi di Syria. Manakala dalam Arab Saudi sendiri,
terdapat kelompok Sunni & Syiah. Bahkan Syiah itu berjumlah hampir 10% ari
jumlah penduduk”.
RAHSIA DI SEBALIK
TABIR : KENAPA PUTERA KHALID MEMBELOT.
Seorang aktivis politik Arab Saudi, sekaligus pembangkang
kerajaan menerangkan bahawa perebutan kuasa merupakan satu sebab kenapa Putra
Khaled bin Farhan Al-Saud membelot dari keluarga Diraja baru-baru ini.
Mujtahid Bin Hareth Bin Hammaam, dengan nama gelarannya (nicknamed) "Saudi Assange" adalah seorang yang mengetahui cukup banyak tentang perkara tersebut. Dialah yang mengesahkan pristiwa pembelotan tersebut dan memaklumkan bahawa Putera Khalid Bin Farhan telah menyertai pihak pembangkang.
Meneruskan ceritanya, dia berkata bahawa Khalid Bin Farhan adalah ahli keluarga Al Saud . Dia dan tiga generasi keluarganya telah berkhidmat dalam banyak peperangan, termasuk yang berlaku semenjak pemerintahan King Abdul Aziz lagi. Malangya, tidak ada seorangpun ahli keluarganya yang diberi jawatan penting dalam pemerintahan Negara.
KEADAAN MULAI GAWAT
“Masalah mula timbul
bila ayah Khaled, Farhan bin Abdulaziz
al-Farhan telah diletakkan dibawah tekanan (put under pressure) oleh Putra Salman.
Keadaan ini menyebabkan Farhan tidak dapat keluar Negara.
APAKAH PUNCANYA?
Apakah punca kepada
tindakan kejam ini? Ini disebabkan oleh keengganan Farhan al-Farhan’s (maksudnya ayah Khaled)
membenarkan Putra Salman campurtangan dalam urusan bisness keluarganya.
Demikianlah yang ditulis oleh Mujtahid dalam akaun twitternya untuk pengetahuan semua.
Putra Salman bin
Abdulaziz Al Saud adalah Putra Mahkota, Timbalan Perdana Menteri Pertama dan
Menteri Pertahanan Arab Saudi.
“Tekanan dan kawalan pergerakan yang dialami oleh Farhan al-Farhan akhirnya membawa kepada pengasingan dirinya. Walau bagaimanapun, beberapa orang anak lelaki dan perempuannya telah merempuh dan memecahkan larangan ini. Mereka berjaya keluar Negara.
PUTRA SALMAN MARAH
Ini menyebabkan Putra
Salman naik marah dan merancang sesuatu yang lebih teruk untuk memaksa mereka
balik dan meletakkan ayah mereka dalam tekanan yang lebih teruk.
Menurut keterangan Mujtahidd lagi, Putra Mahkota itu gagal memaksa Putra Khaled balik ke Arab Saudi. Walau bagaimanapun, adek perempuannya seorang doctor gigi berjaya dipaksa pulang. Sekarang dia dikenakan tahanan dalam rumah dan tidak lagi bebas seperti dahulu.
Mujtahid seterusnya berkata, oleh kerana Putra Salman mengetahui niat Putra Khaled untuk membongkar rahsia tentang rasuah keluarga diraja itu, beliau bercadang memerangkap Khaled terlebih dahulu sebelum bercadang mencederakan adek perempuannya.
Khalid, walau bagaimanapun tidak menunggu lama untuk
memulakan kempen penentangannya. Bahkan kata Mujtahid, Khaled merancang untuk
bertindak lebih nekad. Dia mahu menggulingkan rejim Arab Saudi itu.
As-salam
ReplyDeleteTerima kasih kepada abah Z kerana penyampaian cerita yang legkap dan terkini. Saya sukakan blog ini kerana intinya yang padat dan penyampaiannya bergetah. Semoga abah terus maju
Kemelut pembelotan keluarga itu sandiwara kecil Dajjal ngak takut.
ReplyDeleteMustahil Arab Spring karna Dajjallah penaja semua menjadi turut ikut.
Hanya kebangkitan AlMahdi bikin Dajjal Yakjod Makjod kecut perut.
Tiada yg mengetahui secara terperinci kecuali mereka yg dikehendaki Allah mengetahuinya tersimpan rapi rahsia Tampa menceritakan brg sedikit pun rahsianya sehinggalah masa yg dikehendaki selain ITU hanya bersandarkan pd zahir hadis shj Dan selebihnya syok sendiri dgn menyatakan IM Dari negaranya & sebangsa dgnnya maaflah almahdi bukan spt yg kalian sangkakan
ReplyDelete