Monday, 12 August 2013

SUNGAI EUFRAT & GUNUNG EMAS (1) Tanda Dekatnya Kemunculan Imam Mahdi.



Rasulullah SAW bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan 'Gunung Emas' yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata,  ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari).

Tanda ini akan berlaku hampir seiring dengan pristiwa kematian Raja Arab Saudi. Tetapi pristiwa kematian itu belum terjadi. Raja Arab Saudi, King Abdullah hanya sakit tenat dan belum lagi meninggal. Bilakah waktunya, hanya Allah jua yang mengetahuinya.

Pristiwa Sungai Eufrat kering juga belum berlaku. Tetapi perancangan Yahudi dan agen-agen Dajjal untuk menguasainya telah lama berlaku. Saya akan tunjukkan buktinya.

Saddam Hussien telah diperdayakan untuk menakluki Kuwait. Kemudian dia diserang oleh agen-agen Dajjal (termasuk NATO) di atas kesalahan tersebut. Akhirnya tercapailah apa yang ingin dicapai oleh pihak Barat. Mereka ingin menguasai Iraq. Sesungguhnya sebahagian dari Sungai Eufrat itu berada dalam Negara Iraq.

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, ‘’Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.’’ (HR Bukhari Muslim).



Anda tentu ingin tahu kenapa Rasulullah melarang kita mengambilnya? Kerana proses untuk mengambilnya akan menyebabkan peperangan dan berbunuh-bunuhan.

Umat Islam sudah banyak berperang sesama sendiri sebelum ini. Kebanyakannya berpunca dari pertelingkahan politik. Dan kalau mereka mengengkari tegahan Rasulullah di dalam hal ini, nescaya terjadilah apa yang terjadi. Hanya 1% manusia yang hidup dari sekian banyak manusia yang tamak terhadap gunung emas itu.

Peperangan kerana perbezaan politik berbeza dengan peperangan kerana merebut kekayaan gunung emas. Pertelingkahan politik masih menggunakan kewarasan berfikir walaupun penuh emosi dan kebencian. Tetapi berperang kerana merebut kekayaan akan lebih parah.

Masing-masing tamak untuk membolot kekayaan itu. Sebab itu mereka saling berbunh-bunuhan untuk mencapai kemahuan nafsu mereka. Maka kerana itu, umat Islam dilarang mendekati gunung emas itu.

Imam Bukhari juga  meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, ‘’Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.

Hadis ketiga ini menunjukkan sesuatu (hasil yang sebenar) dari kedua-dua hadis di atas. Kami berpendapat, sekuat manapun manusia berebut-rebutan dan berbunuh-bunuhan sesama mereka, namun mereka gagal mencapai hasilnya.

Gunung emas itu hanyalah pemandangan fatamorgana yang menjerat setiap orang yang kehausan. Ia ibarat wap air yang tak boleh diminum sama sekali.  

Maka maksudnya mudah sekali. Gunung emas itu ada, tetapi ia tidak dapat dimiliki oleh sesiapapun. Berebut-rebutan untuk menguasainya adalah sia-sia. Dan berbunuh-bunuhan terhadapnya juga adalah sia-sia.

Kemudian dalam hadis yang lain, Rasulullah pernah  bersabda, bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahwa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi Al-Muntazar akhir zaman.

Nah, maka kesimpulannya mudah sekali. Pemililk harta karun (maksudnya gunung emas) itu adalah Al-Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.

Hanya manusia yang berjiwa suci, zuhud, qanaah & warak sahaja mampu memiliki gunung emas itu. Itulah Al-Mahdi, di mana kekayaan itu akan digunakannya untuk Islam, dan bukan sama sekali untuk kepentingan pribadinya.

Anda tanya diri anda dengan jujur. Di manakah aku takkala sebuah gunung emas tiba-tiba muncul di hadapanku?

Ada 3 jawapan saya sediakan untuk anda. Tepuk dada, tanya iman. Jawablah secara jujur, secara sir (rahsia) di dalam hati sehingga saya tidak mendengar suara anda.

[1] Aku akan berusaha supaya gunung emas itu menjadi kepunyaan mutlak diriku. Kenapa aku mesti mensia-siakannya sedangkan Allah telah memunculkannya di depanku?

[2] Aku akan mengambil sedikit sahaja, sekadar 1 kg, 2 kg atau beberapa kg yang perlu. Aku malu kepada Tuhan untuk menjadi tamak haloba seperti anjing serigala di hutan. Biarkan orang yang tamak haloba itu dengan sikap mereka, sedangkan aku sangat malu kepada Tuhanku, Rabbul Jalil.

[3] Aku tidak mahu mengambil sedikitpun. Aku biasa hidup susah dan miskin. Dan aku sangat bimbang dengan gunung emas yang tiba-tiba muncul ini.

Saya tidak mahu memberi jawapannya saat ini. Anda teruskan sahaja membaca. Insyaallah, anda akan menemui jawapannya.

Mari kita kembali semula kepada hadis di atas. Ia jelas membicarakan tentang Sungai Eufrat yang mengalir di tiga Negara berikut iaitu Turki, Syria & Irak. Dalam bahasa Arab, Eufrat dikenal dengan nama Al-Furat atau air paling segar. Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.

‘’Sungai itu membelah pengunungan Toros, lalu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Irak di kota al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,’’  ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya, yakni Al-Balikh dan  Al-Khabur sudah mengering.                  

Mari kita berhenti sebentar dan merenung kenapa Turki, Syria dan Irak sentiasa penuh ketegangan dan tidak pernah aman.

Saya selalu menyebut bahawa Yahudi dan Agen-agen Dajjal sentiasa mendahului kita dalam memahami sesuatu. Mereka berjaya menawan Iraq lebih dahulu dari Syria dan Turki.

Tujuannya mudah. Tetapi saya harus menceritakan sesuatu yang relevan dengannya terlebih dahulu. Jika terdapat empangan (dam) di Turki, maka air di Syria akan sedikit cetek. Dan jika terdapat empangan di Syria, maka air di Irak akan bertambah cetek. Dan sebab itulah, AS & agen-agen Dajjal yang lain menyerang Irak terlebih dahulu.

Mereka menyerang Irak dengan banyak tujuan. [1] Membunuh Saddam Hussein, [2] Mencari & bertujuan membunuh Imam Mahdi dan [3] Menanti peluang keringnya Sungai Eufrat di Irak (kawasan paling hilir) sehingga terlihat gunung emas tersebut.

Malangnya usaha mereka sia-sia. Selama 10 tahun sejak kekalahan  Saddam Hussein pada 2003 sehingga sekarang, usaha mereka menjejaki Imam Mahdi  & gunung emas itu seperti pekerjaan yang sia-sia sahaja.

Sekarang mereka berada dalam keadaan campurtangan di Negara kedua (Syria). Tujuan merekapun sama juga. Tetapi mereka gagal membunuh Basyar Al-Assad. Mereka juga gagal menjejak Imam Mahdi. Dan mereka juga tidak menjumpai gunung emas seperti yang disebutkan Rasulullah SAW.

Mereka juga merancang menyerang Turki melalui konsep Arab Spring. Tetapi ramai orang tak percaya kata-kata saya ini. Saya tangguhkan dahulu tentang Turki. Nanti dalam siri berikutnya, saya akan ceritakan tentangnya supaya anda Nampak kaitannya dengan Sungai Eufrat dan gunung emasnya.

Sekian dahulu untuk kali ini.

3 comments:

  1. Ini tajuk baru kami. Selamat membaca dan menganalisa.

    ReplyDelete
  2. Hulubalang Diraja5 September 2013 at 02:26

    Teringat cerita P.Ramle - Ahmad Albab:

    "Hai manusia jangan kau sentuh harta itu, bukan kamu yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya."

    ReplyDelete
  3. Ini pulak teringat cerita kesah Abu Qasem dipangkuan keharibaan Paduka Ayahandanya. Bersabda ayahnya : "Wahai sekelian manusia, jangan sekali2 kamu sentuh itu harta. Karena itu harta Abu Qaseq yg ampunya..." Namun kesemua harta pusaka haknya telah disonglap oleh Si-Malaun cucunya...

    ReplyDelete