Mari kita bercakap
mengenai Turki, punca bagi Sungai Eufrat. Apakah mungkin gunung emas itu akan
timbul di Turki? Soalan ini mungkin janggal, mengingatkan bahawa Turki itu punca
bagi Sungai Eufrat. Mengikut perkiraan akal, ia tak logik sama sekali.
Tetapi kuasa tuhan
tidak boleh ditebak (diduga). Dia boleh berbuat apa sahaja. KuasaNya mengatasi
apa sahaja.
Sebelum saya
meneruskan perbahasan ini, saya nak siarkan dahulu sebuah mesej dari seorang
kenalan saya (namanya P) di Indonesia. Dia berasal dari Jawa Tengah dan
sekarang berkerja di Brunei.
Maaf
Abah,saya nak tanya pasal mimpi.
Sekitar awal
juni lalu ntah tanggal berapa tak ingat , saya pernah bermimpi berjumpa dgn
sultan brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dalam mimpi itu saya bercakap
cakap dengan beliau macam akrab sangat. Terus dalam mimpi itu beliau memberi
saya wang sekitar $3000 Brunei namun tidak saya terima, dan kebetulan ada kawan
saya yang mengambilnya.
Saya bermimpi
seperti itu setelah saya mengamalkan zikir/wirid istighfar 100X sholawat ummi
100X laa ilaha illallah 100X setiap pagi dan petang
Apa makna
mimpi tersebut Abah?
Saya telah menjawab
persoalannya dengan baik. Mudah-mudahan dia akan mendapat tafsiran secukupnya
dengan apa yang dia mimpikan.
DUIT ITU JUGA EMAS
Gunung emas adalah
sesuatu yang sangat berharga, sebagaimana longgokan duit berjuta-juta juga
sangat berharga. Saya juga pernah bermimpi berada di dalam istana dan bermimpi
seolah-olah raja.
Secara lumrahnya,
semua orang inginkan kekayaan. Bahkan saya juga. Tetapi saya selalu berdoa
semoga Tuhan jadikan saya seorang kaya yang bersyukur. Tahu bekerja keras untuk
dunia dan tahu pula solat 5 waktu sepanjang hari.
ERDOGAN CUKUP MARAH
Erdogan (Perdana
Menteri Turki) cukup marah bila seorang wartawan menanyai beliau tentang
kemungkinan berlaku Arab Spring di negaranya.
Saya melabelnya
sebagai emosi. “Erdogan yang emosi”. Beliau sepatutnya tidak patut marah,
bahkan harus mengkaji kenapa rakyatnya menentangnya baru-baru ini. Bahkan lebih
penting daripada itu, beliau harus juga mengkaji kenapa markas anak-anak muda
yang memprotesnya terletak berdekatan dengan kedutaan AS.
Memang isunya
terletak kepada penebangan pokok di Dataran Taksim. Erdogan mahu menjadikan
kawasan itu sebagai replika barrak Bani Ottomaniyah. Tetapi kaum sekular tidak
menyetujuinya. Bahkan mereka mempengaruhi anak-anak muda Turki untuk membantahnya.
Adakah Yahudi dan
Agen-agen Dajjal akan mengkucar-kacirkan Turki selepas ini? Jawapan saya ya.
Mereka akan melakukannya atas nama demokrasi walaupun Erdogan itu sudah cukup
demokratik.
MOTIF MEREKA JELAS
Motif mereka ialah
untuk mendapatkan gunung emas. Mereka barangkali sudah berputus-asa di Iraq dan
Syria. Dan sekarang mereka sedang mengintai kemungkinan itu di Turki. Kalau
Irak, Syria dan Turki dapat dikuasai di bawah satu pemerintahan, maka jalan
menguasai Asia Barat akan menjadi lebih mudah.
KEKUASAAN AS-SUFYANI
AKAN DATANG
Anda mesti ingat
bahawa As-Sufyani itu adalah pemerintah sebuah kerajaan besar yang meliputi
Irak, Syria, Turki, Jordan, sebahagian
Jazirah Arab dan Negara-negara Teluk. Kalau saya boleh mengkelompokkannya, maka
ada 2 kelompok seperti berikut.
[1] Kelompok Sungai
Eufrat & Gunung Emas iaitu Irak, Syria & Turki. Yahudi & Agen-agen
Dajjal akan memusnahkan semuanya dan membina semula (rebuilt) mengikut acuan
baru.
[2] Kelompok
kuncu-kuncu Barat & Agen-agen Dajjal iaitu Arab Saudi, Jordan, Lebanon
& Negara-negara Teluk. Yahudi & agen-agen Dajjal akan mengabungkan
kelompok ini dengan kelompok sebelum ini untuk mendapatkan sebuah kesatuan
besar.
Maka As-Sufyani itulah
raja (pemerintah) bagi kesatuan itu. Samada anda percaya atau tidak,
terpulanglah. Waktunya sudah sangat dekat dan dekat.
EMPANGAN KEBAN
Mari kita tinggalkan sekejap As-Sufyani itu. Dan mari
kita terus mengembara ke Sungai Eufrat di Turki. Dalam tahun 1975, pembangunan empangan
(dam) Keban di Turki benar-benar telah memotong dan menghentikan aliran sungai
tersebut.
Akibat daripada pembinaan empangan itu (dikatakan sebesar
gunung setinggi 210 meter), tanah sekitarnya dikatakan menjadi sangat bernilai
seperti emas. Ini dibuktikan melalui alasan-alasan seperti terhasilnya sumber
tenaga elektrik, meningkatnya kesuburan
tanah dan tumbuhan disekitarnya, juga kerana mudahnya sarana pengangkutan di
kawasan tersebut..
Kononnya, hasil projek pembangunan raksasa yang dikenal
sebagai Projek Anatolia Tenggara (GAP) itu dikatakan telah mengungkapkan dengan
jelas kebenaran hadis tersebut.
Walau bagaimanapun, saya menolak alasan-alasan tersebut.
Ada 3 sebab. [1] Tidak tersingkap gunung emas (dalam bentok emas tulen). [2]
Tidak ada manusia yang berperang kerananya, [3] pengeringan air selepas
pembinaan empangan adalah perkara lumrah dan bukan sesuatu yang sangat luar
biasa.
KHABAR ANGIN?
Di sisi lain, terdapat kabar angin di dalam media (media
mana?) yang menunjukkan foto-foto dari
satelit membuktikan adanya timbunan emas di dasar sungai Eufrat. Dan itu bisa
dilihat jika airnya tertahan.
Walau bagaimanapun, saya menolak
juga khabar angin seperti ini. Adalah bodoh untuk mempercayai khabar angin ini,
sebagaimana bodohnya orang yang telah menjumpainya kemudian menyebarkan kepada
umum.
Kami tidak mendapat
berita sahih tentang lokasi sebenar penemuan emas di dasar sungai itu. Adakah
ia berlaku di Iraq? Atau Syria? Atau di Turki?
Jika cerita ini benar-benar
berlaku di Sungai Eufrat dalam kawasan Turki, maka saya berpendapat Arab Spring
di Turki 90% akan berlaku. Yahudi dan agen-agen Dajjal akan berusaha menguasai
Turki dan seterusnya menguasai gunung emas itu.
BEREHAT SEKEJAP
Kita berhenti rehat
sekejap di sini. Mari kita tengok kemunasabahan Sungai Eufrat akan kering. Di
manakah ia akan kering? Di Iraq? Syria? Atau Turki? Amerika Syarikat sudah 10
tahun berada di Iraq tetapi menemui sifar dari cerita gunung emas itu.
Dan mereka sudah 3
tahun tunggang balik di Syria. Mereka juga menemui sifar tentang gunung emas
itu. Adakah gunung emas itu akan muncul di Turki seperti cerita yang kami
utarakan di atas? Kalau benar, tentu mereka (Yahudi & Agen-agen Dajjal) itu
akan keburu pula ke sana.
Ada satu keterangan
para sahabat Nabi SAW yang berbunyi “Di zaman Al-Mahdi, bumi akan mengeluarkan
tambangnya yang berharga, seperti gumpalan emas dan perak” (Dari Kitab Inilah
Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 83).
Kami tidak pasti
kaitannya antara kata-kata para sahabat (di atas) dengan hadis-hadis Nabi SAW
sebelum ini. Adakah ia berbentok umum atau menjurus kepada maksud gunung emas.
HARTA KARUN DI ARMENIA
Tetapi kami pernah
mendengar cerita bahawa Al-Mahdi akan menjumpai harta karun di Armenia (jiran
sebelah Timur Negara Turki). Adakah harta karun itu gunung emas tersebut? Atau adakah Armenia itu masih dikira sebagai
Turki dalam konteks ini? Wallahu ahlam.
Kalau benar harta
karun itu adalah gunung emas, maka wujud
polemik dari segi jalan cerita. Maksud saya, kalau gunung emas itu sebagai
tanda kemunculan Imam Mahdi, maka ia mesti muncul sebelum kemunculan Imam
Mahdi. Kalau Al-Mahdi menjumpainya selepas kemunculannya, maka ia jelas
bercanggah dengan konsep kemunculan Al-Mahdi itu sendiri.
ISU AIR SETEMPAT
Mari kita berhenti
memikirkan perkara yang sulit itu. Mari kita terus kepada pelbagai isu setempat
mengenai air dari sungai tersebut. Pelbagai isu selalu mencuat (timbul) di
antara tiga negara (Irak, Syria & Turki) yang dilaluinya.
Pembangunan empangan
(dam) selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. Pembuatan empangan
di Turki mempengaruhi jumlah isipadu air
yang mengalir di Syria. Dan pembuatan empangan di Syria tentunya akan
mempengaruhi air yang sampai di Irak. Meskipun belum sampai pada tahap
peperangan, tetapi perdebatan soal air ini masih saja terjadi.
Banyak orang mulai khuatir,
bahawa ramalan Rasulullah SAW pada akhirnya menjadi kenyataan. Ramalan itu telah disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat akan menjadi
kering dan terjadi peperangan setelahnya.
PEPERANGAN YANG
BAGAIMANA?
Soalnya, adakah
peperangan itu antara Negara? Atau antara kabilah? Atau antara individu? Semuanya
misteri yang sangat rahsia. Kami berpendapat setiap orang (individu) akan
berebut-rebut mendapatkan emas tersebut. Mereka akan berbunuh-bunuhan sesama
mereka seperti cerita 3 orang yang tamak di zaman Nabi Isa a.s.
Dengan itu, kami
berpendapat gunung emas di Sungai Eufrat akan muncul sebelum kemunculan Imam
Mahdi. Ia menjadi bukti betapa dekatnya saat kedatangan baginda yang suci itu.
Boleh x abah buat cerita tentang empangan-empangan sungai di Syria? Boleh jadi dia dapat membantu cerita ini lebih lengkap dan padat.
ReplyDeleteSharat Kovakab merupakan gunung berapi aktif di bahagian punca Sungai Euphrates (berdekatan sempadan turkey). Mungkin suatu masa letusan gunung berapi tersebut akan memuntahkan emas dan mengempang sungai menjadikan ianya kering..Wallahualam
ReplyDelete