Tuesday 13 August 2013

SUNGAI EUFRAT & GUNUNG EMAS (3) Apakah Mungkin Gunung Emas Itu Timbul di Turki?



SUNGAI EUFRAT & GUNUNG EMAS (3) Apakah Mungkin Gunung Emas Itu Timbul di Turki? 

Mari kita bercakap mengenai Turki, punca bagi Sungai Eufrat. Apakah mungkin gunung emas itu akan timbul di Turki? Soalan ini mungkin janggal, mengingatkan bahawa Turki itu punca bagi Sungai Eufrat. Mengikut perkiraan akal, ia tak logik sama sekali.

Tetapi kuasa tuhan tidak boleh ditebak (diduga). Dia boleh berbuat apa sahaja. KuasaNya mengatasi apa sahaja.

Sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya nak siarkan dahulu sebuah mesej dari seorang kenalan saya (namanya P) di Indonesia. Dia berasal dari Jawa Tengah dan sekarang berkerja di Brunei.

Maaf Abah,saya nak tanya pasal mimpi.

Sekitar awal juni lalu ntah tanggal berapa tak ingat , saya pernah bermimpi berjumpa dgn sultan brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dalam mimpi itu saya bercakap cakap dengan beliau macam akrab sangat. Terus dalam mimpi itu beliau memberi saya wang sekitar $3000 Brunei namun tidak saya terima, dan kebetulan ada kawan saya yang mengambilnya.

Saya bermimpi seperti itu setelah saya mengamalkan zikir/wirid istighfar 100X sholawat ummi 100X laa ilaha illallah 100X setiap pagi dan petang

Apa makna mimpi tersebut Abah?

Saya telah menjawab persoalannya dengan baik. Mudah-mudahan dia akan mendapat tafsiran secukupnya dengan apa yang dia mimpikan.

DUIT ITU JUGA EMAS
Gunung emas adalah sesuatu yang sangat berharga, sebagaimana longgokan duit berjuta-juta juga sangat berharga. Saya juga pernah bermimpi berada di dalam istana dan bermimpi seolah-olah raja.

Secara lumrahnya, semua orang inginkan kekayaan. Bahkan saya juga. Tetapi saya selalu berdoa semoga Tuhan jadikan saya seorang kaya yang bersyukur. Tahu bekerja keras untuk dunia dan tahu pula solat 5 waktu sepanjang hari.

ERDOGAN CUKUP MARAH
Erdogan (Perdana Menteri Turki) cukup marah bila seorang wartawan menanyai beliau tentang kemungkinan berlaku Arab Spring di negaranya.

Saya melabelnya sebagai emosi. “Erdogan yang emosi”. Beliau sepatutnya tidak patut marah, bahkan harus mengkaji kenapa rakyatnya menentangnya baru-baru ini. Bahkan lebih penting daripada itu, beliau harus juga mengkaji kenapa markas anak-anak muda yang memprotesnya terletak berdekatan dengan kedutaan AS.

Memang isunya terletak kepada penebangan pokok di Dataran Taksim. Erdogan mahu menjadikan kawasan itu sebagai replika barrak Bani Ottomaniyah. Tetapi kaum sekular tidak menyetujuinya. Bahkan mereka mempengaruhi anak-anak muda Turki untuk membantahnya.

Adakah Yahudi dan Agen-agen Dajjal akan mengkucar-kacirkan Turki selepas ini? Jawapan saya ya. Mereka akan melakukannya atas nama demokrasi walaupun Erdogan itu sudah cukup demokratik.

MOTIF MEREKA JELAS
Motif mereka ialah untuk mendapatkan gunung emas. Mereka barangkali sudah berputus-asa di Iraq dan Syria. Dan sekarang mereka sedang mengintai kemungkinan itu di Turki. Kalau Irak, Syria dan Turki dapat dikuasai di bawah satu pemerintahan, maka jalan menguasai Asia Barat akan menjadi lebih mudah.

KEKUASAAN AS-SUFYANI AKAN DATANG
Anda mesti ingat bahawa As-Sufyani itu adalah pemerintah sebuah kerajaan besar yang meliputi Irak, Syria, Turki, Jordan,  sebahagian Jazirah Arab dan Negara-negara Teluk. Kalau saya boleh mengkelompokkannya, maka ada 2 kelompok seperti berikut.

[1] Kelompok Sungai Eufrat & Gunung Emas iaitu Irak, Syria & Turki. Yahudi & Agen-agen Dajjal akan memusnahkan semuanya dan membina semula (rebuilt) mengikut acuan baru. 

[2] Kelompok kuncu-kuncu Barat & Agen-agen Dajjal iaitu Arab Saudi, Jordan, Lebanon & Negara-negara Teluk. Yahudi & agen-agen Dajjal akan mengabungkan kelompok ini dengan kelompok sebelum ini untuk mendapatkan sebuah kesatuan besar.   

Maka As-Sufyani itulah raja (pemerintah) bagi kesatuan itu. Samada anda percaya atau tidak, terpulanglah. Waktunya sudah sangat dekat dan dekat.  

EMPANGAN KEBAN
Mari kita tinggalkan sekejap As-Sufyani itu. Dan mari kita terus mengembara ke Sungai Eufrat di Turki. Dalam tahun 1975, pembangunan empangan (dam) Keban di Turki benar-benar telah memotong dan menghentikan aliran sungai tersebut.

Akibat daripada pembinaan empangan itu (dikatakan sebesar gunung setinggi 210 meter), tanah sekitarnya dikatakan menjadi sangat bernilai seperti emas. Ini dibuktikan melalui alasan-alasan seperti terhasilnya sumber tenaga elektrik, meningkatnya kesuburan tanah dan tumbuhan disekitarnya, juga kerana mudahnya sarana pengangkutan di kawasan tersebut..

Kononnya, hasil projek pembangunan raksasa yang dikenal sebagai Projek Anatolia Tenggara (GAP) itu dikatakan telah mengungkapkan dengan jelas kebenaran hadis tersebut.

Walau bagaimanapun, saya menolak alasan-alasan tersebut. Ada 3 sebab. [1] Tidak tersingkap gunung emas (dalam bentok emas tulen). [2] Tidak ada manusia yang berperang kerananya, [3] pengeringan air selepas pembinaan empangan adalah perkara lumrah dan bukan sesuatu yang sangat luar biasa.

KHABAR ANGIN?
Di sisi lain, terdapat kabar angin di dalam media (media mana?) yang menunjukkan  foto-foto dari satelit membuktikan adanya timbunan emas di dasar sungai Eufrat. Dan itu bisa dilihat jika airnya tertahan.

Walau bagaimanapun, saya menolak juga khabar angin seperti ini. Adalah bodoh untuk mempercayai khabar angin ini, sebagaimana bodohnya orang yang telah menjumpainya kemudian menyebarkan kepada umum.

Kami tidak mendapat berita sahih tentang lokasi sebenar penemuan emas di dasar sungai itu. Adakah ia berlaku di Iraq? Atau Syria? Atau di Turki?

Jika cerita ini benar-benar berlaku di Sungai Eufrat dalam kawasan Turki, maka saya berpendapat Arab Spring di Turki 90% akan berlaku. Yahudi dan agen-agen Dajjal akan berusaha menguasai Turki dan seterusnya menguasai gunung emas itu.

BEREHAT SEKEJAP
Kita berhenti rehat sekejap di sini. Mari kita tengok kemunasabahan Sungai Eufrat akan kering. Di manakah ia akan kering? Di Iraq? Syria? Atau Turki? Amerika Syarikat sudah 10 tahun berada di Iraq tetapi menemui sifar dari cerita gunung emas itu.

Dan mereka sudah 3 tahun tunggang balik di Syria. Mereka juga menemui sifar tentang gunung emas itu. Adakah gunung emas itu akan muncul di Turki seperti cerita yang kami utarakan di atas? Kalau benar, tentu mereka (Yahudi & Agen-agen Dajjal) itu akan keburu pula ke sana.

Ada satu keterangan para sahabat Nabi SAW yang berbunyi “Di zaman Al-Mahdi, bumi akan mengeluarkan tambangnya yang berharga, seperti gumpalan emas dan perak” (Dari Kitab Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 83).

Kami tidak pasti kaitannya antara kata-kata para sahabat (di atas) dengan hadis-hadis Nabi SAW sebelum ini. Adakah ia berbentok umum atau menjurus kepada maksud gunung emas.

HARTA KARUN DI ARMENIA
Tetapi kami pernah mendengar cerita bahawa Al-Mahdi akan menjumpai harta karun di Armenia (jiran sebelah Timur Negara Turki). Adakah harta karun itu gunung emas tersebut?  Atau adakah Armenia itu masih dikira sebagai Turki dalam konteks ini? Wallahu ahlam.

Kalau benar harta karun itu adalah gunung emas,  maka wujud polemik dari segi jalan cerita. Maksud saya, kalau gunung emas itu sebagai tanda kemunculan Imam Mahdi, maka ia mesti muncul sebelum kemunculan Imam Mahdi. Kalau Al-Mahdi menjumpainya selepas kemunculannya, maka ia jelas bercanggah dengan konsep kemunculan Al-Mahdi itu sendiri.

ISU AIR SETEMPAT
Mari kita berhenti memikirkan perkara yang sulit itu. Mari kita terus kepada pelbagai isu setempat mengenai air dari sungai tersebut. Pelbagai isu selalu mencuat (timbul) di antara tiga negara (Irak, Syria & Turki) yang dilaluinya.

Pembangunan empangan (dam) selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. Pembuatan empangan di Turki mempengaruhi jumlah isipadu  air yang mengalir di Syria. Dan pembuatan empangan di Syria tentunya akan mempengaruhi air yang sampai di Irak. Meskipun belum sampai pada tahap peperangan, tetapi perdebatan soal air ini masih saja terjadi.

Banyak orang mulai khuatir, bahawa ramalan Rasulullah SAW pada akhirnya menjadi kenyataan.  Ramalan itu telah disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat akan menjadi kering dan terjadi peperangan setelahnya.

PEPERANGAN YANG BAGAIMANA?
Soalnya, adakah peperangan itu antara Negara? Atau antara kabilah? Atau antara individu? Semuanya misteri yang sangat rahsia. Kami berpendapat setiap orang (individu) akan berebut-rebut mendapatkan emas tersebut. Mereka akan berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti cerita 3 orang yang tamak di zaman Nabi Isa a.s.

Dengan itu, kami berpendapat gunung emas di Sungai Eufrat akan muncul sebelum kemunculan Imam Mahdi. Ia menjadi bukti betapa dekatnya saat kedatangan baginda yang suci itu.

2 comments:

  1. Boleh x abah buat cerita tentang empangan-empangan sungai di Syria? Boleh jadi dia dapat membantu cerita ini lebih lengkap dan padat.

    ReplyDelete
  2. Sharat Kovakab merupakan gunung berapi aktif di bahagian punca Sungai Euphrates (berdekatan sempadan turkey). Mungkin suatu masa letusan gunung berapi tersebut akan memuntahkan emas dan mengempang sungai menjadikan ianya kering..Wallahualam

    ReplyDelete