Kami merancang untuk menerbitkan
beberapa siri cerita panas tentang pembelotan Putera Khalid Arab Saudi. Ada
sebab-musababnya yang patut anda tahu. Kami mejamin ia ekslusif dan sangat
menarik untuk diketahui
Kami telah menerobos masuk ke
dalam beberapa blog Asia Barat berbahasa Inggeris untuk melihat cerita ini
lebih luas dan lebih tajam. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat info yang
lebih detail dan kemas.
Arab Saudi adalah sebuah Negara
yang menyokong pemberontak Syria. Kononya untuk mewujudkan demokrasi di Syria.
Benarkah begitu? Atau hanya sebuah kata-kata pemanis mulut sahaja.
Kalau anda menyemak kedudukan Hak
Asasi Manusia Arab Saudi dalam perlaksanaan politiknya, anda tentu terkejut
melihat statistik penangkapan musuh-musuh politiknya. Dengan kata lain, Arab
Saudi sendiri telah meningkatkan cengkamannya ke atas penentang-penentangnya.
Setakat ini dikatakan 30,000
orang aktivis politik telah disumbat ke dalam penjara. Dalam satu temubual
ekslusif dengan seorang penentang keluarga diraja Saud, dia menerangkan fenomenanya
dan apakah yang paling ditakuti oleh keluarga diraja tersebut.
“Saudi Arabia has stepped up
arrests and trials of peaceful dissidents, and responded with force to
demonstrations by citizens,”
“Kerajaan Arab Saudi telah meningkatkan jumlah tangkapan ke atas penceroboh-penceroboh
keamanan. Kemudian bertindak dengan
kejam ke atas penunjuk-penunjuk perasaan.”
Di atas semua itu, Badan Hak
Asasi Manusia (Human Rights Watch) telah memasukkan nama Arab Saudi ke dalam
senarai profilenya di dalam laman webnya. Dan itulah sebenarnya yang sangat
ditakuti oleh Keluarga Saud Arab Saudi.
Saya sendiri hampir tidak percaya
dengan angka 30,000 itu. Itu angka yang sangat besar. Kalau sebuah penjara
dapat memuatkan 1000 orang tahanan, maka Arab Saudi memerlukan 30 buah penjara
untuk tahanan politik sahaja.
Terserah kepada anda untuk
percaya atau tidak. Tetapi saya rasa elok anda terus membaca untuk mengetahui
luahan sebenar dari hati Putera Khalid. Penerangan kami kali ini lebih detail
dan lebih ekslusif dari sumber-sumber yang lebih sahih dan dipercayai.
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda bahawa parti politik
diharamkan di Arab Saudi. Dan mana-mana badan hak asasi manusia yang diikttiraf
sah hanya dibenarkan menyiasat tentang korupsi (rasuah) atau tentang
perkhidmatan yang tidak memuaskan atau kemudahan yang tidak mencukupi.
Berkempen untuk kebebasan berpolitik langsung tidak dibenarkan di Arab Saudi
Salah satu daripada kumpulan ini yang gagal mendapat lessen daripada kerajaan, Persatuan Sivil dan Hak-hak Politik Saudi (Saudi Civil and Political Rights Association, ACPRA), telah dipetik sebagai berkata oleh AFP bahawa kerajaan telah menangkap dan menyumbat seramai 30,000 penentang kerajaan ke dalam penjara.
PENGESAHAN SELANJUTNYA
Putra Khaled Bin Farhan Al-Saud, yang
bercakap kepada Agensi berita, RT daripada Dusseldorf, Germany, mengesahkan
laporan berkenaan. Memang benar kerajaan telah menangkap ramai penentang kerajaan
dan itulah salah satu sebabnya kenapa dia membelot daripada keluarga Saud.
Itu mungkin benar dalam konteks
umum. Akan tetapi ada cerita lain yang lebih serius yang patut anda tahu. Saya
sendiri terkejut mendengar kisah penganiayaian dalam keluarga Saud. Mereka
sanggup menzalimi sesama mereka (walaupun adek beradek) demi kakayaan dunia.
Mereka seolah-olah lupa bahawa mereka itu penjaga Haramain yang mulia.
RASUAH DAN KETIDAKPEDULIAN
Dia (Putra Khaled) menuduh
keluarga diraja itu mengamalkan rasuah dan mendiamkan semua suara yang menjurus
kepada perubahan refomasi. Dan dia juga menerangkan lebih detail bagaimana
mekanisma pengadilan Negara itu berfungsi.
“There is no independent judiciary, as both police and the prosecutor’s office are accountable to the Interior Ministry. This ministry’s officials investigate ‘crimes’ (they call them crimes), related to freedom of speech. So they fabricate evidence, don’t allow people to have attorneys”, the prince told RT Arabic. “Even if a court rules to release such a ‘criminal’, the Ministry of Interior keeps him in prison, even though there is a court order to release him. There have even been killings! Killings! And as for the external opposition, Saudi intelligence forces find these people abroad! There is no safety inside or outside the country.”
“Sebenarnya, tidak wujud badan kehakiman
yang bebas. Ini kerana kedua-dua polis dan pihak pendakwaan (badan kehakiman)
bertanggungjawab sepenuhnya kepada Menteri Dalam Negeri (MDN). Bila
pengawai-pegawai dari MDN menyiasat mengenai jenayah yang berkaitan dengan “kebebasan
bercakap”, maka mereka segera mencari bukti dan tidak membenarkan sama sekali orang
tersebut mendapatkan peguambela.
Jika sekalipun undang-undang mahkamah
melepaskan orang tersebut dari tuduhan jenayah, maka MDN tetap mengurungnya
dalam penjara sekalipun ada arahan mahkamah untuk melepaskannya. Selepas itu,
berlakulah pembunuhan, pembunuhan. Bagi penentang-penentang yang berada di luar
Negara, maka ejen-ejen Arab Saudi akan tetap mencari mereka sehingga keluar Negara.
Tidak ada istilah selamat, samada di dalam atau di luar negara”.
KUMPULAN SAUDI MILLION
Gelombang penentangan terhadap
kerajaan Saud telah semakin aktif. Satu kumpulan penentang, digelar Sejuta
Saudi (Saudi Million) telah ditubuhkan pada Julai lalu.
Sejumlah pemuda Arab Saudi yang
menjiwai pergerakan itu meminta pembebasan para tahanan politik dari penjara
serta merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan (demonstrasi) di jalan-jalan.
Mereka menggunakan fb dan suratkhabar elektronik untuk memaklumkan kegiatan
mereka kepada umum.
Pencerobohan Hak Asasi Manusia yang
dilakukan Kerajaan Saud sebelum ini telah
menerbitkan keberanian kepada orang ramai. Mereka sudah tidak takut lagi.
Demikian menurut seorang aktivis, Hala Al-Dosari, yang bercakap kepada RT
daripada Jeddah, Arab Saudi.
“We have issues related to political and civil rights, freedom of expression and freedom of assembly. These are the main issues that cause a lot of people to be at risk for just voicing out their opinions or trying to form associations, demonstrate or protest, which is banned by the government.”
“Kami mempunyai banyak isu berkaitan
politik dan hak-hak sivil, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Inilah
isu-isu utama yang menyebabkan orang ramai berada dalam risiko bila mereka
ingin bersuara atau membentok persatuan, menunjuk perasaan atau memprotes.
Semuanya telah diharamkan oleh kerajaan”.
SIAPA ITU SAUDI ASSANGE?
Suara yang paling lantang dalam
kalangan penentang keluarga Diraja Arab Saudi ialah seorang lelaki dikenali
dengan nama palsu, ‘Saudi Assange’. Nama twitternya ialah @Mujtahidd. Dia telah
merahsiakan semua identity dan rahsianya. Dan dia juga sangat aktif mengkritik
keluarga diraja itu secara “online”, yang menyebabkan pengikutnya bertambah
melebihi sejuta orang.
“The regime can destroy your credibility easily and deter people from dealing with you if your identity is public,”
“The regime can destroy your credibility easily and deter people from dealing with you if your identity is public,”
“Rejim Arab Saudi dapat memusnahkan
kredibiliti diri anda dengan mudah serta menghalang orang lain menghubungi anda
jika pengenalan diri anda terdedah”
Demikian Mujtahid menulis kepada
wakil RT, Lindsay France dalam email-nya.
Sebelum kami
mengakhiri post kali ini, kami akan mendedahkan satu rahsia kepada anda. Kami
kira rahsia ini bukan lagi satu rahsia besar kerana ianya sudah tersebar
merata-rata dalam internet.
Mujtahid Bin Hareth
Bin Hammaam adalah nama lengkap bagi Mujtahid yang lantang suaranya menentang
kerajaan Saud. Dia dan Dr Saad Al-Fagih telah dikenalpasti berada di belakang Putera Khalid Bin Farhan Al-Saud di sebalik peristiwa
pembelotan dari keluarga diraja Saudi pada 27/7/2013.
Kami tangguhkan dahulu kisah ini.
Ceritanya masih panjang dan penuh debaran. Kami baru 30% menulis dan memerlukan
waktu yang mencukupi untuk menghabiskan semua maklumat yang kami terima.
Salam sayang untuk semua.
Pendedahan yang berani. TK
ReplyDeleteSalam Abah..
ReplyDeletedari apa yang saya bace dalam blog Abah ni tentang isu Syria dan Arab Saudi:
- situasi di Syria: SNC & FSA di taja/ada hubungan baik dgn Amerika/Yahudi. Kerajaan Syria harus dikekalkan.
- situasi di Arab Saudi: Kerajaan Arab Saudi ada hubungan baik dgn AS/Yahudi. Penentang/Pembrontak Arab Saudi pula yang harus disokong.
Seperti sedia maklum Syria sinonim dgn Syiah dan Arab Saudi sinonim dgn Wahabi.
masalah org2 Islam sekarang ni, (saya rangkumi Syiah, Wahbi dan Sunni sebagai kelompok Islam) mungkin ada y tidak setuju tetapi realiti yang kita baca dan dgr Sunni mengkafirkan Syiah, Syiah mengkafirkan Sunni, Syiah mengkafirkan wahabi, wahabi mengkafirkan Syiah dan begitu jgk antra Sunni dan Wahabi. biasa jgk kita dgr Wahabi mengatakan Syiah sekutu yahudi/AS. Syiah pulak kata sebaliknya. begitu juga Sunni.
ketiga-tiga kelompok ni sudah diracun oleh yahudi/AS.
hanya pendapat hamba yang lemah....
aBAH ETUJU SANGAT DENGAN KATA2MU
DeleteIslam sekarang dah huru-hara. Tetapi yang paling benar = Sunni (ASWJ). Memang setengah mahzab dalam Syiah itu melampau dan memang patut dihukum kafir. Kita jangan terburu2 menghukum Syiah/Wahabi itu kafir selagi akidah mereka belum sampai ke tahap yang sepatutnya.
Memang Basyar juga syiah, ttp abah tak berani nak hukum dia kafir.King Abdullah pulak wahabi, ttp abah tak berani nak hukum dia kafir. Mereka ttp Islam macam kita.
3 PUAK UTAMA : SYIAH, SUNNI (ASWJ), WAHABBI,
ReplyDeleteSIAPA KAPIR, SIAPA DAJJAL, SIAPA SETAN...???
Islam bukan jadi huru-hara cuma disedari dizaman sekarang,
Malah dizaman Nabi SAW lagi Islam sudah lintang pukang,
Islamkan dunia Kapir Kurish bukan perkara mudah senang,
Cemburu balas dendam tamak haloba membara menjulang,
Fitnah Awal Zaman dari hasutan Iblis sentiasa menghalang...
Bermula bertapak kukoh 28 Kapir Kurish Mekah menentang,
Hingga diusir Nabi dari Mekah keMadinah pindah melayang,
Lantas kononnya hijrah Nabi itu bermula Tahun Islam dibilang,
Wafatnya Nabi SAW bertahtalah 28 Kapir Kurish naik tocang,
Bermula keretakan Kesatuan Islam dari dulu hingga sekarang...
Permusuhan keretakan antara Syiah Sunni ngak bisa dihalang,
Muncul Wahabbi ciptaan ulamak mata satu bertambah malang,
Ketiganya ego keras kepala syok sendiri bakal runtoh tumbang,
Siapa Kapir siapa Dajjal siapa Setan jawaban sudah diambang,
AlMahdi hukum Zulqarnaen seksa padan muka lintang pukang...
easy...kafir tak dapat pecahkn kepercayaan dan kesetiaan umat islam, mereka akan pecahkan umat itu sendiri, api yang direka supaya marak membakar semua umat islam bila berlaku perpecahan..bermula dari kelompok kecil sampai la pemimpin..semua dah jelas..
ReplyDelete