Thursday 18 July 2013

IMAM MAHDI (3) Mengenal As-Sufyani & Mengetahui Perselisihannya dengan Al-Mahdi.

 
IMAM MAHDI (3) Mengenal As-Sufyani & Mengetahui Perselisihannya dengan Al-Mahdi.

Semua orang percaya bahawa konflik Syria yang berlaku sekarang adalah pintu kepada kemunculan Imam Mahdi. Ini pintu kecil. Manakala pintu yang lebih besar ialah kemangkatan King Abdullah, 89T, Raja Arab Saudi sekarang ini.

Baginda sekarang sakit tenat. Dan jika sampai waktunya baginda mangkat, maka saat itu akan menjadi titik permusuhan yang besar. Permusuhan setelah terbunuhnya raja ini akan berubah menjadi suatu permusuhan antara suku-suku Hijaz.

Dalam hadis disebutkan: “Sesungguhnya diantara kemunculan Imam Mahdi adalah terjadinya peristiwa besar di antara dua kota Haram.” Aku bertanya: “Peristiwa apa yang akan terjadi?” Dijawab: “Fanatisme akan tercetus di antara dua Haram, polan anak polan membunuh 15 ekor kambing”, yakni seorang akan membunuh 15 orang atau pemimpin dari kabilah yang bermusuhan, atau dari anak-anak pemimpin yang dikenal memusuhinya.

Dalam keadaan inilah proses kemunculan Imam Mahdi dimulai. Barangkali tanda terbesar dari kemunculan Imam Mahdi adalah seruan dari langit yang memanggil namanya pada tanggal 23 Ramadhan. Kami menjumpai tarikh ini dari sebuah kitab, manakala tarikh yang lain dikatakan pada 1 Muharram. Wallahu Ahlam.

Setelah seruan dari langit ini, mulalah Imam Mahdi berhubungan dengan para pendukungnya, namun secara rahsia. Pada masa itu, masyarakat dunia akan membicarakan tentangnya dan menyebutnya dengan kecintaan sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis sedangkan musuh-musuhnya yang merasa takut akan kemuculannya akan bergiat untuk mencarinya.

Kemudian tersebarlah berita bahawa Imam Mahdi tinggal di kota Madinah, sehingga kerajaan Hijaz atau kekuatan asing yang berkuasa di sana akan memanggil tentera As Sufyani dari Syria untuk mengamankan situasi Hijaz dan menyelesaikan pergolakan kabilah-kabilah yang menuntut kekuasaan.

Selanjutnya tentera As-Sufyani akan memasuki Madinah, menangkap setiap keturunan Bani Hasyim, membunuh sebahagian mereka dan pengikutnya serta menangkap sebahagian yang lain. Pada saat itu, Imam Mahdi dan Al Mansur akan keluar dari Madinah sehingga pasukan As Sufyani mengambil seluruh keluarga Muhammad, besar ataupun kecil.

Mari kita berhenti sebentar merenung pribadi manusia yang bernama As-Sufyani. Siapakah As-Sufyani itu?

Pada masa huru-hara di Mekah akibat perebutan kuasa itu, As-Sufyani dari pemerintahan Syria akan dimintai pertolongannya  untuk membantu menyejukkan keadaan.

Ada 2 keadaan panas pada masa itu. Pertama, pergolakan antara kabilah-kabilah (puak) yang menuntut kekuasaan. Dan keduanya, munculnya seorang Hamba Allah yang bergelar Al-Mahdi Al-Muntazar yang namanya telah tersebar menerusi seruan di langit.

Maka, siapakah As-Sufyani itu?

Kami berpendapat, As-Sufyani itu adalah individu yang sangat rapat dengan kerajaan Arab Saudi sebelum ini, atau seorang pemerintah baru Syria yang telah dirapatkan oleh satu kelompok lebih besar dengan kerajaan Arab Saudi.

Adakah anda fikir dia itu Basyar Al-Assad?. Agak lucu mengatakan demikian kerana hubungan Basyar Al-Assad dengan kelompok pemerintahan Arab Saudi tidak pernah baik dan mesra.

Kami lebih yakin bahawa As-Sufyani itu adalah pemerintah baru Syria (boneka) yang dinaikkan oleh Yahudi dan AS. Bila Arab Saudi huru-hara, maka inilah peluang Yahudi & AS melebarkan kuasanya dan menakluknya melalui campurtangan As-Sufyani itu.     

Di Makkah, Imam Mahdi akan berhubungan dengan sebahagian dari para pengikutnya. Gerakannya yang suci akan bermula di Masjidil Haram pada malam kesepuluh bulam Muharram setelah solat Isyak.

Pada saat itulah beliau menyampaikan keterangan pertamanya kepada penduduk Makkah, sehingga musuh-musuhnya berusaha membunuhnya, tetapi mereka gagal melakukan hal tersebut kerana para pengikutnya mengelilinginya dan mempertahankannya sampai Masjidil Haram dikuasai mereka, dan dari situ, mereka menguasai Makkah.

Pada pagi hari kesepuluh bulan Muharam, Imam Mahdi akan menyampaikan kenyataannya ke seluruh bangsa dunia dengan menggunakan bahasa yang berbeza-beza, dan mengajak mereka untuk membantunya.

Beliau mengumumkan bahawa beliau akan tetap tinggal di Makkah, sehingga terjadi perkara yang disebut dan dijanjikan oleh datuknya (Nabi Muhamad SAW), iaitu tenggelamnya tentera yang dihantar untuk menumpaskan gerakannya.

Dan benar terjadi apabila tentera Sufyani yang hendak menuju ke Makkah ditenggelamkan di sebuah kawasan berhampiran kota Mekah. Setelah berlaku peristiwa penenggelaman ini, Imam Mahdi dengan tenteranya yang terdiri dari beberapa belas ribu orang, bergerak dari Makkah menuju ke Madinah dan membebaskannya setelah melakukan beberapa pertempuran dengan pelbagai kekuatan yang memusuhinya. Dengan pembebasan dua kota suci ini, sempurnalah bagi beliau penaklukan kota Hijaz.

Mari kita berhenti sekejap. As-Sufyani itu sebenarnya seorang pemerintah yang baik. Dia memang ada cita-cita untuk membaaih Imam Mahdi dan menyatakan sokongannya. Akan tetapi kelompok besar yang di belakangnya (maksudnya Yahudi & kuncu Dajjal) telah mempengaruhinya untuk menentangnya.

Inilah buruknya penyesalan kerana bersahabat dengan Yahudi dan AS sehingga menentang manusia suci akhir zaman. Keburukan itu bukan sahaja pada rupa dan perbuatan, tetapi lebih kepada agama & iktikad yang dipegangnya.  

Al-Mahdi itu bukan manusia popular. Tidak ada yang membantunya, termasuk ulamak-ulamak yang ada pada masa itu. Hampir kebanyakan mereka ragu-ragu terhadap lelaki muda yang pincang dan gagap ini.

Sebab itu, Tuhan mendatangkan para wali Abdal dari Mesir, Syria & Iraq untuk membaaihnya. Kemudian ada juga golongan asoib (kerohanian) dari Timur. Kemudian datang pula mereka yang terbuka mata-batinnya. Barangsiapa berkehendak kepada kebenaran, maka pasti Tuhan mendatangkan cahaya (petunjuk)Nya.

Kemudian Tuhan mengesahkan kebenaran pemuda ini dengan suara dari langit. Semua manusia beriman yang tinggal di seluruh penjuru bumi dapat mendengar suara pengesahan tersebut. Maka siapa yang menolaknya, bererti ia mencari celaka terhadap dirinya.

Kemudian pula, Tuhan menguatkannya dengan pemeliharaan malaikat. Itulah yang terjadi kepada tentera-tentera As-Sufyani yang cuba mengejar Al-Mahdi, di mana akhirnya mereka ditenggelamkan ke perut bumi.

Awasilah 3 perkara yang saya sebutkan di atas. Al-Mahdi itu  adalah manusia yang dikasihi Allah. Maka hormatilah dia & ikutilah kata-katanya yang benar. Semoga anda selamat.

18 comments:

  1. ALMAHDI IS THE SUPER LIGHT BEING... He is the Super Magician and the Master Piece of the Cosmic Chess. Mr Magician just watches over his apprentices to ensure the final voyage to be the correct one. As there is no journey to Destiny, but rather Destiny is the journey.... When is the journey and what is the Destiny..?? People plan but hahaha... God laughs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Beware of the coming , he knew every inch of your plan , he is the one who will spread the Islam again , you guys show your weakness , and he gain it to take you down ... The arrogant , shall take you down , down to the hell , Repent , fear Him , and love Him , there is Allah who you will beg for mercy , He is the almighty , The and and only God in this world , the world would come to end

      Delete
    3. witch? do you think al mahdi was witch in LOTR movie? no damned! he general of islam like khalid ibn walid and salahuddin and not more than that!

      Delete
  2. World already come to its ends..... tats why Nasa found too many stars vanishing into the black hole

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bismillaahirrahmaanirrahiim.

    JANGAN KATAKAN AKU BERIMAN SEBELUM DIUJI...

    Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

    Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

    Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

    Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8).

    Secara terang difirmankan olehNya bermaksud: "Dan Kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).

    Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."

    Dalam firman-Nya bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali." (QS Al-Alaq:6-8)

    Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

    Rasulullah SAW dalam sabdanya: "Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita." (HR Bukhari)

    Dalam firman-Nya bermaksud: "Dan antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah." Tetapi apabila mendapat gangguan dan rintangan dalam melaksanakan perintah Allah, dia menganggap gangguan itu seakan-akan seksaan daripada Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Allah, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami berserta dengan kamu (kaum mukmin)." Sesungguhnya bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang beriman dan benar-benar mengetahui orang yang munafik." (QS Al-Ankabut:10-11).

    Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

    ReplyDelete
  5. Bismillaahirrahmaanirrahiim.

    "Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."
    [QS Al-Araf(7:175 – 176)]

    ReplyDelete
  6. Bismillaahirrahmaanirrahiim.

    قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

    "Katakanlah (wahai Muhammad, Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)., (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
    [QS At-Taubah(9:24)]

    ReplyDelete
  7. Bismillaahirrahmaanirrahiim.

    Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
    (QS Al-Hajj, 22:46)

    ReplyDelete
  8. Kaedah ilmu tafsir: Segala pengajaran dalam Al-Quran adalah bersifat seumum lafaznya ia bukan khas untuk orang yang kerananya ayat itu diturunkan.

    ReplyDelete
  9. Bismillahirrahmaanirrahiim.

    قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

    "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
    [QS Ali-Imram(3:31)]

    ReplyDelete
  10. Bismillahirrahmaanirrahim.

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

    Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

    Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

    Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

    (QS Al-Alaq, 96 : 1-5)

    ReplyDelete
  11. Bismillahirrahmaanirrahiim.

    Rasulullah SAW bersabda,” Jika zaman itu telah dekat (kiamat) , banyak mimpi orang beriman tidak bohong. Dan, sebenar benar mimpi di antara kalian adalah mimpi orang yang paling jujur dalam perkataan.”
    (HR Muslim)

    “Mimpinya orang muslim adalah yang dia lihat, atau yang diperlihatkan kepadanya. Dan di dalam Hadits Ibnu Mushir; “Mimpi yang baik adalah bagian dari empat puluh enam kenabian.”
    (HR Muslim)

    "Mimpi seorang mukmin adalah bagian dari enam atau empat puluh enam bagian kenabian.” Dan hadits ini diriwayatkan oleh Tsabit, Humaid, Ishaq bin Abdullah dan Syu’aib dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
    (HR Bukhari)

    “Siapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Karena syaitan tidak mampu meniru rupa diriku.” (HR. Bukahri dan Muslim)

    Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata: “Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa yang melihatku dalam mimpi, maka ia akan melihatku dalam keadaan terjaga. Dan syaitan tidak mampu menyerupaiku”.

    ReplyDelete
  12. Bismillahirrahmaanirrahim.

    https://www.youtube.com/channel/UC_ECU4B8dJxSc_XaeE-cYFA

    ReplyDelete
  13. https://www.youtube.com/channel/UCybYujh4WdACDY8D_nj2oEg

    ReplyDelete
  14. • Hadits ini marfu serta sahih karena sanadnya tidak terputus dan dapat diterima, yaitu:

    - Dari Muhammad Bin Yahya & Ahmed Bn Yusuf
    [ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim ]
    - Dari 'Abdur-Razzaq bin Humam
    [ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari ]
    - Dari Sufyan At-Tsauri
    [ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari ]
    - Dari Khalid bin Mahran al-Hadha'
    [ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari ]
    Dari Abu Qilabah 'Abdullah bin Zayd
    [ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari ]
    -Dari Abu Asma' al-Rahbi
    [ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim ]
    - Dari Tsauban Sahabi Yang Mendengar Dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

    Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan:

    ﺛُﻢَّ ﺗَﻄْﻠُﻊُ ﺍﻟﺮَّﺍﻳَﺎﺕُ ﺍﻟﺴُّﻮﺩُ

    = Kemudian Terbit (tathlu'u) panji-panji hitam
    [ Sunan Ibn Majah 4084 | Marfu | Sahih ]

    Disiplin Didalam Mentafsir Hadith Di Atas:

    Perkataan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
    sentiasa 'Benar'

    Surah An-Najm, Ayat 3 - 4:
    Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
    Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

    Tujuan Perkataan Tathlu'u bukan untuk 'Syair' bukan sekadar perkataan tetapi mengandungi 'Pengajaran' yang besar bagi yang dapat memahaminya.
    Serta Didapati Tathlu'u perkataan terbit sering kali merujuk kepada terbit matahari didalam al-Quran dan Hadith.

    Surah Yassin, Ayat 69:
    (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan.

    3) Akibat Menyembunyikan Perkataan Tathlu'u (Terbit) dengan SENGAJA adalah berdosa besar.

    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
    (QS Al-Baqara, 2:159)

    4) Panji-Panji Hitam Yang Terbit Ke Angkasa untuk memerangi kezaliman:

    ﻓَﻴَﻘْﺘُﻠُﻮﻧَﻜُﻢْ ﻗَﺘْﻼً ﻟَﻢْ ﻳُﻘْﺘَﻠْﻪُ ﻗَﻮْﻡٌ

    = "Lantas Mereka Memerangi Kamu Dengan Cara Yang Belum Pernah Dilakukan Oleh Kaum Sebelummu."
    [ Sunan Ibn Majah 4084 | Marfu | Sahih ]

    Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
    "Apabila peperangan besar (malhama al-kubra) akan berlaku, maka Allah akan menghantar Tentera daripada orang bukan arab, yang akan menjadi sebaik-baik penunggang kuda dan memiliki SENJATA PERANG YANG LEBIH HEBAT daripada orang arab, dan Allah mengkokohkan agama (Islam) ini dengan mereka.”
    [Sunan Ibnu Majah 4090, Hadis Hasan]


    "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) SEGALA JENIS KEKUATAN yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."
    (QS Al-Anfal, Ayat 60)

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
    "Jika zaman itu telah dekat (kiamat) , banyak mimpi orang beriman tidak bohong. Dan, sebenar benar mimpi di antara kalian adalah mimpi orang yang paling jujur dalam perkataan.”
    [Hadis Riwayat Muslim]

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum warahmatullah saudara yang dirahmati Allah. Allah telah hantar pertolonganNya kepada hamba-hambaNya yang beriman melalui mimpi benar hambaNya yang bernama Muhammad Qasim Bin Abdul Karim. Seorang berketurunan Quraish warganegara Pakistan. Pada tahun ini (2018), beliau berusia 43 tahun. Panji hitam adalah jet tempur hitam Pakistan menurut mimpi beliau. Sudah banyak mimpi beliau yang sudah menjadi kenyataan tapi sedih sangat sebab ramai yang tidak percaya kepada kebenaran.

    ReplyDelete