Thursday 18 July 2013

IMAM MAHDI (2) Mengenal Dia Dari Pelbagai Sifatnya.



IMAM MAHDI (2) Mengenal Dia Dari Pelbagai Sifatnya.Tentu ramai manusia ingin berjumpa dengannya. Tetapi tentu ramai pula di luar sana yang menolak untuk berjumpa dengannya.

Kalau 5% ingin berjumpa dengannya, mengenalinya & mengharap berkat daripadanya, anda mesti ingat 95% lagi manusia mungkin mengejeknya & mentertawakannya. Bahkan mungkin mereka berkata, betulkah dia ini Imam Mahdi?

Mari kita lihat 2 hadis Nabi SAW seperti berikut.

Telah bersabda Rasulullah SAW : “Al-Mahdi termasuk orang yang sukar bertutur kata”. Dalam hadis yang lain, ada juga disebutkan : “Jika Al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia menepuk pahanya yang kiri dengan tangan kanannya”.

Telah bersabda Rasulullah SAW : “Kedua paha Al-Mahdi melebar dan saling berjauhan”.

Muhamad yang saya temui mempunyai 2 sifat ini padanya. Kakinya pincang (Orang Kelantan panggil pekar) seperti baru lepas habis berkhatan. Dan dia juga gagap.

Saya selalu menyabarkannya. Jangan rendah diri & jangan menghina diri. Semua itu takdir Allah Taala.

Kemunculan Imam Mahdi di Mekah juga akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam hadis berikut :

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju Baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Adakah Al-Mahdi itu asal Mekah? Sebahagian ulamak mengatakan ya, manakala yang lain berpendapat dia mungkin berasal dari luar yang pada tahun (berlaku kerusuhan itu) dia pergi ke sana atas urusannya. Sebab itu, Al-Mahdi itu kurang dikenali & kurang mendapat sambutan semasa di Mekah.

Golongan ulamak yang kedua berpendapat Al-Mahdi adalah keturunan Rasulullah SAW dari sebelah ibunya. Ayahnya orang ajam. Dan sebab itulah kulit Al-Mahdi itu sendiri sawo matang (coklat) sebagaimana disebutkan di dalam hadis Nabi SAW.

Semasa musim haji nanti (pada saat kemunculannya), Al-Mahdi akan dimunculkan Tuhan di sebuah tempat bernama Kurjah berhampiran Madinah. Kemudian dia lari ke Mekah. Kemudian dikenalpasti sebagai Al-Mahdi Al-Muntazar (berdasarkan beberapa sifatnya) oleh beberapa orang yang ada di situ. Kemudian dia dipaksa untuk dibaaih. Tetapi dia menolak sehingga akhirnya dia diancam akan dibunuh.

Itulah Al-Mahdi yang enggan menerima jawatan sebagai pemimpin akhir zaman.  Berhati-hatilah dengan pengakuan (loyar buruk) sesetengah individu masakini yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi. Manusia semacam itu adalah manusia muka tembok yang tidak tahu malu sama sekali.

Mari kita dengarkan penerangan Syeikh al-Baqir, keturunan Rasulullah S.A.W berhubung tanda “jiwa yang agung”. Saya terpaksa mengutarakan penerangan ini supaya anda faham jiwa Al-Mahdi itu dari sudut kesuciannya. Jiwa yang suci adalah jiwa yang agung.

Muhamad yang saya temui itu hanyalah orang biasa, berpakaian biasa, berperwatakan biasa tetapi dia gagap dan kakinya agak melebar. Dia agak kacak tetapi selalu menyendiri.Barangkali dia malu kepada dirinya sendiri.

Kata Syeikh Baqir, jiwa yang agung itu  ada 5 syarat. [1] Jika dizalimi, jangan pula menzalimi, [2] jika dikhianati, jangan pula mengkhianati, [3] jika dianggap pembohong, jangan marah, [4] jika dipuji, jangan gembira & [5] jika dicela, kawallah dirimu.


Syarat-syarat itu pula berkait rapat dengan jiwa yang agung, suci & mulia. Imam Mahdi & para wali lainnya mempunyai jiwa bersih seperti dinyatakan. Kita? Orang semacam kita sangat kotor untuk berada di situ disebabkan sikap kita sendiri yang suka memburu keburukan orang.

Allah s.w.t. tidak pernah menzahirkan sifat-sifat kekurangan para hambaNya yang lain kepada kamu melainkan sedikit sahaja, kerana selebihnya Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada kamu. Maka kerana itu, janganlah kamu suka mencari kesalahan & kelemahan mereka.

Adapun yang disembunyikan olehNya, maka tiada manusia layak menghukumnya dan tiada siapa yang layak melemparkan tuduhan kefasikan terhadap orang-orang yang disembunyikan kefasikannya daripada kita.

Di situlah kelebihan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dia tidak merendahkan manusia lain di hadapanya. Dia juga tidak suka menghina mereka. Bahkan dia melayan mereka dengan akhlak yang lembut & mulia.


Kalau anda mengenal Muhamad yang saya kenali ini, nescaya anda akan mendapati dia berkawan dengan sesiapa sahaja. Dia boleh berkawan dengan orang fakir & miskin. Bahkan dia juga boleh berkawan dengan para ahli maksiat untuk membimbingnya semula kepada kebenaran. Saya sendiri merasa malu dengan akhlaknya.

Bahkan dikatakan akhlak Al-Mahdi itu sangat hebat seperti berikut. Dia adalah orang yang sangat banyak amal ibadahnya, sangat banyak sosialnya (maksudnya bertawadhuk) dan sangat berbelas kasihan kepada orang fakir miskin. (Inilah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 98)

Imam Mahdi juga mempunyai kealiman yang tinggi, yang secara asasnya terdiri daripada 2 sifat mulia seperti berikut.  [1] Dia sangat mengasihi para ulamak, samada para gurunya atau ulamak-ulamak lain yang mengajari kebaikan. [2] Dia tidak suka menghina orang lain, samada para miskin, buruh-buruh geladangan, orang-orang berpenyakit dan sebagainya.    

Pemimpin alim ini (maksudnya Al-Mahdi) yang mendapat petunjuk dari Allah akan berusaha menyatukan kembali semua perpecahan di kalangan umat Islam. Memang ia sebuah kerja sukar. Dia juga tidak dapat lari dari ujian dalam usahanya menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Inilah kisah Al-Baida di mana Al-Mahdi akan dikejar oleh tentera-tentera As-Sufyani yang kemudiannya ditenggelamkan ke dalam bumi. Inilah ujian berat ke atas Al-Mahdi.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Hadis kedua ini sama maksudnya dengan hadis pertama di atas yang menunjukkan As-Sufyani itu penentang kepada Al-Mahdi. Kenapa hal itu terjadi?

Kami akan menceritakan sebabnya kemudian. Anda tunggulah bagaimana kisah pertentangan itu boleh berlaku.

SELASA 2 JULAI 2013 8.05PM

11 comments:

  1. MENGENALI SIFAT2 KEPERIBADIAN IMAM MAHDI AS...

    Sebelum mengenali sifat2 keperibadian, keberadaan Imam Mahdi AS, adalah wajar dicari dan dikenali dulu. Dari jalur siapa asal usul salur galur leluhurnya, hingga sampei talian Nasabnya kepada Rasulullah SAW..?? Kalo dari mula sudah terbabas, maka akhirnya pasti jauh melencong. Kalo sudah jauh melencong, maka ngak putus2 berterusan berlarutan berlaku penyelewengan penipuan pendustaan...

    Walo pun niat kita itu bagus, mahu mengingatkan ummat Muslim akan kedatangan Penyelamat Imam Mahdi AS menjelang Akhir zaman ini. Tapi kalo silap infonya maseh samar2 ada yg cacar marba, kita ibarat orang buta yg maseh teraba2. Kalo Si-Buta mahu membimbing rameinya Si-Buta2, maka akhirnya Si-Buta dgn Si-Buta2 raba meraba dlm gelap gelita, hingga kesemuanya terjatuh bedebab kedlm sumur buta. Oleh itu janganlah kita sendiri jadi Pendusta bagi Rasol dan Imam Mahdi Sejati kita...

    Sabda Nabi : "Islam bakal bangkit semula dari Timur.." Kita diTimur yakni Nusantara beruntong karena kita sudah tersedia dilahirkan secara keturunan dlm keluarga Islam. Tetapi sejarah kemasukan agama Islam keNusantara maseh kabur. Dari manakah bermulanya kemasukan agama Islam keNusantara...??? Jawabannya Allahu'alemmm...

    ReplyDelete
  2. imam mahdi yg ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti berasal dr ahlulbait Rsulullah saw....w'alam..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah,bumi Mekah sudah ditumpahi darah,bumi Mesir sudah dikuasai kezaliman,bumi Syria sudah dilenyapkan keadilan,bumi Iraq sudah hancur musnah,bumi Afghanistan sudah dipenuhi huru-hara dan aku pula melihat banyak fitnah serta pembohongan menguasai setiap negara Islam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Terima kasih banyak sahabat atas informasinya.Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Inna lillahi Wa inna illaihi rajiun..

    ReplyDelete
  6. As Salam. Masyaikh yg muktabar Yakin pads satu perkhabaran. Imam Mahdi will upraded within just one night, dia pun tak tahu dia imam Mahdi sampai keluaq suara Dari langit yg mengatakan dialah imam Mahdi. So mat mat yg bodoh Dan sombong hentikan sebarabg tafsiran hanya berdasarkan terjemahan hadith. Learn Arabic and accompany the truthfull scholars of Islam. Orang Kelantan layak JD MB kelantan .....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. BALE TIRTA
    PANCA ROBA
    TUJUH BALE
    LAWANG SANGA
    SAKA SANGA
    WALI SANGA
    SEPULUH WALI TUNGGAL
    SATRIA PENINGIT
    RATU ADIL IMAM MAHDI

    ReplyDelete
  9. BALE TIRTA
    PANCA ROBA
    TUJUH BALE
    LAWANG SANGA
    SAKA SANGA
    WALI SANGA
    SEPULUH WALI TUNGGAL
    SATRIA PENINGIT
    RATU ADIL IMAM MAHDI

    ReplyDelete